BAB 2

322 6 0
                                    

Razif meneliti arah yang tertera di skrin GPS. Dia sudah hampir dengan tempat kediaman Zaharah, kekasih hatinya. Percintaannya dengan Zaharah bermula sejak menuntut di universiti lagi. Mereka berpisah setelah masing-masing bekerja. Razif di Kuala Lumpur dan Zaharah di Pulau Pinang. Sebenarnya, Razif dalam perjalanan untuk menemui Zaharah. Perasaan rindu yang menggebu, mengamitnya ke situ. Dia ingin membuat kejutan serta meraikan ulang tahun kelahiran Zaharah.

"Mungkin flat ini gamaknya," ujar Razif sendirian.

Razif memarkirkan kereta di petak parkik. Dia cuba mendail nombor telefon Zaharah. Berkali-kali dia mencuba tetapi tiada jawapan.

"Kenapa tak angkat? Takkan kerja pulak hari ni? Semalam aku dah tanya kawan dia. Memang dia cuti. Ni buat aku tak sedap hati," Ujar Razif sambil melepaskan keluhan.

Teringat dia akan perbualan telefon dengan Zaharah, seminggu lalu. Ketika itu dia ingin menyampaikan hasratnya untuk meminang Zaharah.

"Za, mak I dah setuju nak masuk meminang you hujung bulan ni," Ujar Razif dengan gembira.

"Err... kita tangguhkan dulu soal ni. I tak dapat bagi komitmen pada you jika kita kahwin. You pun tahu, kesibukan kita dengan kerjaya masing-masing," Zaharah beralasan.

"Bila you sedia?" soal Razif, kecewa.

"Mungkin dua tiga tahun lagi."

"Kenapa Za? You dah banyak berubah sejak beberapa bulan ni. Dulu hari-hari you telefon atau SMS I. Tapi sekarang ni, dah takde SMS you. Bila telefon, you bagi alasan sibuk. I pun doktor . Sibuk macam you juga tapi masih ada masa untuk orang tersayang."

"I betul-betul sibuk, Razif. Kalau I ada masa, I akan mesej you."

"Za, I nak you berterus terang. You dah ada orang lain ke?"

"Apa yang you merepek ni? I nak cari kawan pun tak sempat, inikan pula nak ada orang baru."

"Kalau macam tu, kita bertunang dulu. Bila you dah sedia, baru kita kahwin," ujar Razif masih mengharap.

"Razif, I penat ni. Boleh tak kita bincang soal ni lain kali?"

"Za, please! Cakap ya atau tak."

"You ni suka mendesak. Tapi takpe. Kalau you nakkan I, tunggu dua atau tiga tahun lagi. tak perlu bertunang, terus berkahwin."

"tapi za...

"Maafkan I. i nak sambung kerja sekarang. Pesakit ramai di luar sana." Zaharah mematikan talian sebelum sempat Razif membalas.

Lamunan razif terhenti apabila telefonnya berdering. Hatinya berlonjak gembira memikirkan kemungkinan Zaharah menelefonnya. Tetapi hatinya menjadi hampa kerana abangnya, Razman yang menelefon. Razif menjawab salam yang diberikan oleh Razman.

"Razif,abang tak tahu nak cakap macam mana," ujar Razman lemah, di hujung talian.

"Kenapa bang?"

"Abang rasa Hanis main kayu tiga di belakang abang. Tapi abang takde bukti."

"Abang dah siasat dan intip dia."

"Abang dah cuba siasat, tapi dia tak tinggalkan jejak."

"Cuba abang pura-pura ada kerja luar kawasan. Abang sewa mana-mana hotel dan tengok apa yang dia nak buat."

"Okey,abang akan ikut cadangan Razif. Abang sangat berharap, Allah tunjukkan kebenaran."

"Mudah-mudahan, abang."

Mereka berbual seketika sebelum menamatkannya. Razif mencapai jambangan bunga dan melangkah keluar dari kereta. Matanya meliar mencari kedudukan rumah Zaharah. Tiba-tiba melintas seorang remaja di hadapannya.

"Adik,tumpang tanya," sapa Razif dengan sopan.

Remaja lelaki itu menghentikan langkah dan menghadap Razif.

"adik tahu tak alamat rumah ni?" soal Razif sambil menunjukkan alamat rumah Zaharah.

"Oh, rumah Kak Za!"

"Adik kenal ke dia?"

"Kenal sebab dia selalu beli nasi lemak kat warung mak saya. Abang ni siapa? Kenapa nak cari dia?"

"abang ni bakal suami dia."

Remaja itu menganggukkan kepala dan mengajak Razif menaiki lif. Mereka sempat berbual ringan sehingga tiba di rumah sewa Zaharah.

"Inilah rumah Kak Za. Abang tekan loceng depan pintu tu. Saya nak minta diri dulu sebab mak saya dah lama tunggu kat warung," ujar remaja itu.

"Baiklah. Terima kasih atas pertolongan adik," ujar Razif lalu bersalaman dengan remaja itu.

Razif menekan loceng rumah Zaharah setelah remaja itu berlalu pergi. Agak lama dia menekan, barulah dia mendengar bunyi selak pintu dibuka. Razif bersiap sedia dengan bunga di tangan. Dia berharap kejutannya itu membuatkan Zaharah terharu. Senyumannya melebar.

Terbuka sahaja pintu, senyuman Razif turut menghilang. Bukan Zaharah yang muncul, sebaliknya seorang lelaki yang berseluar pendek tanpa baju dengan rambut seperti orang baru bangun tidur.

"Cari siapa?" soal lelaki itu sambil menguap.

"Maafkan saya. Betul ke ni rumah Zaharah?" soal Razif penuh curiga.

"Ye. Kenapa?"

"Saya nak jumpa dia jap," pinta Razif ragu-ragu. Perasaannya mulai tidak enak. Persoalan siapa lelaki itu, bermain di minda.

"Darling! Siapa yang datang tu?" Terdengar suara Zaharah dari dalam bilik.

"Kawan you," laung lelaki itu.

Perasaan Razif tidak menentu ketika itu. Pelbagai andaian buruk bermain di minda.

"Darling, I..."Zaharah tergamam melihat Razif di hadapan pintu.

"Apa semua ni Za?" soal Razif, meradang.

"Razif, I minta maaf," ujar Zaharah perlahan.

"Siapa lelaki ni?" suara Razif makin meninggi.

"Siapa you nak marah-marah isteri I?" soal lelaki itu sambil menghalang Razif daripada memasuki rumah.

"Isteri you?" soal Razif, memandang tepat ke wajah lelaki itu.

"Ya, isteri I. Dah dua hari kami kahwin."

Seperti halilintar membelah bumi, kata-kata lelaki itu menghancur hati Razif. Punah segala impian. Hancur sebuah pengharapan.

"Patutlah you asyik elak I je, rupanya you dah ada orang lain. Mana janji you nak sehidup semati dengan I? I datang dari jauh semata-mata nak sambut birthday you. Rupanya ini hadiah yang you beri pada I."

"Maafkan I, Razif. Perkahwinan kami pun tak dirancang. Kami terpaksa kahwin sebab kami ditangkap khalwat."

"Khalwat?"

Makin hampa rasa hati Razif, Zaharah yang disangka menjaga batas pergaulan, ditangkap khalwat dengan lelaki. Bermakna sifat curang memang sedia ada pada perempuan. Luaran nampak alim tetapi sebenarnya penuh kepura-puraan. Begitulah tanggapan Razif kini.

Razif mencampakkan bunga ke dalam tong sampah dan berlalu pergi dari situ. Dia memandu keluar ke arah Batu Feringgi. Fikirannya seolah tepu dengan kemarahan.

Abang King KontrolWhere stories live. Discover now