1. Jam Loceng

8.8K 110 1
                                    

[MEDIA]
- Micheal

Esok hari terakhir Michael menjejak ke sekolah. Esok jugak result SPMnya akan keluar. Michael merupakan salah seorang pelajar terbaik di sekolah.

Disebabkan Michael berdarah Siam, dia mempunyai wajah yg tampan. Semua pelajar ingin mendekatinya tapi ditolak dengan baik oleh Michael.

Kecuali aku. Michael cakap, muka aku macam arwah adik kandungnya. Sebab itu Michael meminta aku menjadi adik angkatnya. Michael hanya tua setahun dari aku. Aku pun terima jelah permintaan dia! Sape taknak woi? Dah la hensem, tinggi, pandai, baik pulak tu! Orang gila je taknak weh!

Nama je adik angkat. Tapi aku dengan dia macam kawan biasa. Kami tak guna gelaran "adik" dan "abang" , hanya sekadar gelaran nama ataupun "awak" dan "saya" .

Sedang kusyuk aku stalk instagram Michael dekat laptop. Tiba-tiba handphone aku berbunyi tanda ada chat dari Whatsapp. Aku pun capai handphone aku yang berada tidak jauh dariku. Setelah itu, aku on skrin. Terpapar nama Michael disitu. Mesti ada something yang dia nak bagitahu aku. Aku pun mengerakkan button slide lalu menekan ikon Whatsapp.

From : Michael
Time : 9:17 pm
Hi, gudnight qis. Tomorrow i must go to school. Can you follow me?

Ikut dia? Ikut tu maknanya teman lah kan? Emm. Boleh jugak. Uish!

To : Michael
Time : 9:21 pm
Follow awak? Emm. Boleh jugak. Nak pergi pukul berapa ye?

Sent! Aku malu sebenarnya. Dekat sekolah kami jarang bebual. Jumpa pun jarang. Kami hanya bebual kosong dekat whatsapp. Kekadang aku minta dia mengajar aku tentang Matematik. Maklumlah, dia kan mahir bab tu.

Bunyi chat masuk.

From : Michael
Time : 9:25 pm
Thanks. Pukul 8 dah kena keluar rumah. Sebab pukul 9 result keluar. Nanti i pickup you oke. Kita breakfast dulu. Jangan lupa share location! Hehe.

"Wahhhh. Dia nak datang ambil aku. Bayangkan ehh. Dia datang ambil aku pastu sampai dekat sekolah, semua perempuan tengok. Lepastu mesti mulut dia orang terlopong! Terkejut tengok aku datang dengan Michael! Wowowowowo! " Sempat pulak aku berangan.

Sebelum aku terlupa, baik aku reply chat dia.

To : Michael
Time : 9:30 pm
Okay! Call dulu sebelum datang tau. [Laugh] Hee, kejap nak sent location. [Shy]

Sent! Sekarang nak hantar location pulak.

Okay done! Now kena tunggu Michael reply.

Bunyi chat masok.

From : Michael
Time : 9:34 pm
Okay. Dah dapat location >_<
Gudnight again. See you tomorrow. Bye

To : Michael
Time : 9:36 pm
Gudnite too. See you!

Sesudah membalas chat Michael, aku pun meletakkan handphone di atas meja yang berada dekat sisi katil. Lalu aku bangun. Berjalan menuju closet. Mahu mencari baju apa yang aku mahu pakai esok.

Sesudah menyelongkar closet, aku terjumpa sepasang baju. Baju blaus yang berwarna biru gelap dan mempunyai corak bunga di pergelangan tangan itu memang cantik.

Baju tu hadiah dari mama sempena hari kelahiranku beberapa bulan yang lepas. Baju tu kelihatan masih baru sebab aku tidak pernah memakainya. Tapi esok, buat pertama kali aku akan pakai baju tu. Baju blaus biru gelap dengan seluar jeans berwarna biru lembut. Match!

Setelah selesai pilih baju untuk dipakai esok, aku pun kembali berbaring di atas katil. Mengadap laptop yang ada didepanku. Lalu aku menyambung meneroka instagram. Stalk instagram milik Michael.

QistinaWhere stories live. Discover now