Waktu Malam (밤에 인사) : Di Sungai Han
"Arggh" Jeritan perempuan itu telah memecah keheningan malam
Hantu! Jerit seorang lelaki lalu menarik kekasihnya pergi dari tempat tersebut
Hahaha" Ketawa si Hantu (귀신) melihat mereka berlari tidak tentu arah
Siapa lagi kalau bukan 'hantu pengacau' iaitu Kim Mingyu, seorang lelaki bujang yang mati sebelum sempat berkahwin
"Wah, rezeki malam ni" kata Mingyu sambil menikmati aiskrim yang ditinggalkan oleh pasangan kekasih sebentar tadi.
___
Gadis bernama Lee Soojung bangun daripada tidur lalu membuat senaman ringkas. Selesai membersihkan diri Soojung terus pergi ke dapur.
Bip bip? Bunyi tersebut daripada telefon milik gadis tersebut segera membuka mesej lalu mengeluh panjang.
"Omma suka sangat kacau orang" Bisik hati Soojung lalu bersiap untuk pergi bekerja
"Kesian Hani sampai demam sebab gangguan hantu" ujar Joy teman kepada Soojung. Topik hantu menjadi perbualan mereka pada pagi itu.
"Ouh, kesiannya" kata soojung sambil tangannya ligat menyusun fail
"Nanti waktu lunch aku tak boleh teman kau sebab aku nak pergi makan dengan suami aku" jelas Joy
"It's okay lagipun aku diet hariini" kata Soojung sambil ketawa kecil
"Okay" Joy kembali membuat kerja
"So lucky " detik hati Soojung entah kenapa dia masih belum mempunyai teman hidup walaupun umurnya makin meningkat.
___
Keadaan bandar Myeondong agak panas. Hantu Mingyu masih berlegar-legar ke sana sini. Mingyu terdengar duit syiling jatuh lalu mengambil sambil membeli kopi daripada mesin air
"Wah, sedapnya tapi sayang tak dapat merasai kepuasan" bentak Mingyu naluri hantunya menginginkannya.
"Saya nak juga" kata si hantu budak lingkungan 9 tahun menyapa Mingyu. Budak tersebut mati 6 tahun dahulu akibat kemalangan jalan raya.
"Sorry dah habis" selorah Mingyu lalu meninggalkan hantu itu
___
"Omma, kita nak pergi mana?" ujar Soojung memusingkan stereng kereta pelik melihat jalan yang belum pernah dia lalui.
"nak berubat kamulah" ujar Puan Lee
"Bwo? saya tak sakitlah " terkejut Soojung dengan kenyataan Puan Lee
"Masuk rumah tu" arah Puan Lee. Soojung hanya turuti perintah omma
Sekitar kawasan rumah itu kelihatan tenang. Agak menyeramkan kerana rumah tradisional itu bersebelahan dengan hutan
"Mari masuk" ujar seorang nenek yang menpelawa masuk gayanya seperti bomoh ataupun penilik nasib
"Tolonglah berubat supaya anak saya cepat dapat jodoh" kata Puan Lee
"Omma" bisik Soojung kerana permintaan ibunya agak melampau
"Baiklah, dipersilakan keluar dulu" arah nenek tersebut kepada Puan Lee
"Omma" Soojung menahan tangan Puan Lee daripada keluar
Puan Lee terus menepis tangan Soojung lalu beredar. Nenek itu terus menbakar colok dan menbaca mantera
"Buka baju kamu" akhirnya nenek itu bersuara
Haa! Soojung teragak-agak untuk membukanya mungkin benda ghaib yang akan masuk ke dalam tubuhnya namun pasrah. Satu persatu butang baju ditanggalkan.
"Pandai juga aku cari tempat macam ni" kata si hantu Mingyu yang merayau-rayau di sekitar rumah itu lalu tertumpu ke arah suatu bilik sambil mendekatinya.
"Wow" jerit Mingyu melihat seorang gadis yang hampir membuka pakaiannya.
Soojung masih teragak-agak menbuka satu lagi butang terakhir lalu berkata "Mianhae saya tak sanggup" Soojung terus berlari keluar
Si hantu Mingyu mengikutinya dari belakang.Soojung memasuki kereta begitu juga si Hantu Mingyu
"Eh.. cepatnya?" pelik Puan Lee disampai 5 minit anaknya telah keluar
"Omma.. Soojung tak sanggup" jelas Soojung. Wajahnya tunduk tanpa melihat Puan Lee.
"Kamu ni nak jadi Andaratu ke!" pedas kata kata Puan Lee manakala si hantu Mingyu hanya menjadi pemerhati.
Soojung hanya mendiamkan diri janji dia terlepas daripada benda yang tidak disukainya
Setelah sampai ke rumah. Puan Lee keluar sambil menbuka pintu pagar dan terus menguncinya. Soojung tahu omma nya merajuk
"Omma.. Soojung janji dalam tempoh setahun Soojung akan berusaha mencari pasangan hidup" jerit Soojung
"Baiklah, omma pegang kata-kata kamu" ujar Puan Lee terasa lega walaupun dia tidak percaya tapi dia perlu memberi sokongan penuh kepada Soojung
Soojung terus memecut laju meninggalkan perkarangan rumah Puan Lee seterusnya dia singgah ke kedai serbaneka berdekatan untuk membeli minuman menghilang rasa stress seperti soju mahupun beer.
Setelah selesai menbeli. Soojung tiba-tiba sahaja menangis Mingyu ingin memujuk tapi apakah daya dia seorang hantu
___
Setelah sampai ke rumah terus sahaja Soojung meneguk dua botol soju menyebabkan dia mabuk dan mula mengantuk.
"Saya simpati dengan awak"
Soojung kesejukan kerana tidak diselimut. Akhirnya Mingyu menolong menyelimutkan Soojung sambil memeluknya supaya lagi panas dan selesa.
TBC
YOU ARE READING
[KEMASKINI SEMULA] Gwishin 귀신 (MINGYU SVT)
Random[COMPLETE] Lee Soojung seorang gadis yang masih belum mempunyai kekasih manakala Kim mingyu ialah seorang hantu yang tidak tenteram telah menghantui hidup Soojung. Perjanjian manusia & hantu telah merunsingkan Soojung. Adakah Lee Soojung telah jatuh...