Jam hampir menunjukkan pukul 8:00 pagi namun Soojung terasa berat untuk mengerakan badan. Dia tidak tahu bahawa seekor hantu telah memeluknya.
"Eh, kenapa berat sangat ni" ngomel Soojung lalu menolak badannya sekuat hati sehingga terhempap lengan Mingyu.
"Aww" Mingyu menjerit kecil tetapi Soojung tidak mendengarnya maklumlah hanya roh sesat. "Haish" Mingyu mengetap bibirnya lalu duduk berhadapan dengan Soojung.
"Berat gila nak bangun mungkin aku dah gemuk?" kata Soojung tepat dimuka Mingyu.
"Aigoo! busuk bau Soju patutlah nama awak nak sama" dengus Mingyu lalu menbebel kembali. Semua hal yang dibuat oleh Soojung serba tidak kena bagi Mingyu.
"Masa untuk pergi kerja" kata Soojung menberi kata semangat untuk dirinya.
"Okay!" Mingyu menyahut kuat sementara Soojung tengah mandi. Dia tolong membersihkan botol soju yang berselerak.
"Fuhh, lega" Soojung mengelap pipinya menggunakan tuala kecil sambil pergi ke ruang tamu. "Siapa yang kemas? ujar Soojung.
"Saya" Mingyu menyahut seolah-olah Soojung dapat melihatnya.
"Hmm biarlah" Soojung hanya mengenakan lips balm dan sedikit bedak sahaja tanpa bermekap.
"Patutlah awak tak dapat jodoh" ujar Mingyu melihat cara permakaian Soojung ala-ala gaya makcik.
___
Seusai meredah trafik yang sesak. Soojung telah sampai ke pejabat kemudiannya dia terserempak dengan Naeun lalu menerpanya.
"Wae? Pagi-pagi cari aku" Naeun agak terkejut tetiba sahaja Soojung menariknya pergi ke sudut yang agak sunyi.
Soojung menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembus. Bersedia untuk berlontarkan apa yang diingininya.
"Naeun, tolong cari pasangan untuk aku"
"Haa! Biar betul tak apa aku tolong" Naeun terus bersetuju takut Soojung berubah fikiran maklumlah 'orang bisnes'
"Gumawo"
"Kau nak jenis macam mana?"
Mereka berbual melintasi Mingyu yang jelik terhadap Naeun.
"Ceh, agensi cari jodoh" kata Mingyu sambil mengikuti mereka dari belakang.
___
"Ingat biar lelaki nampak kita seperti lemah lembut" Soojung masih memikirkan kata kata Naeun sementara menunggu jejaka yang dicari oleh Naeun di sebuah cafe berdekatan tempat kerjanya.
"Hurm, awak tak pernah keluar temujanji ke?" Mingyu mengeleng kepala melihat Soojung terlalu gemuruh.
Seperti dijanjikan seseorang lelaki menegurnya.
"Agashi " ujar seorang lelaki yang agak lampai kepada Soojung
"Nae " Soojung terus berdiri sambil berjabat tangan dengan si dia.
"Hahaha.. lelaki nerd!" Mingyu ketawa melihat gaya lelaki yang mungkin menjadi jodoh Soojung
Soojung memulakan bicara dengan memperkenalkan diri tiba-tiba sahaja lelaki tersebut bangun lalu menyebut "Nan- Lee Kwangsoo imnida sambil tunduk hormat.
Pengunjung cafe memandang tempat Soojung mungkin agak terganggu dengan suara lantar si Kwangsoo.
"Eh, awak duduklah" ajak Soojung menjadi segan disebabkan orang melihat mereka.
Kamsa hamida" ujar Lee Kwangsoo. Mereka mula berbual sambil menikmati makanan. Mingyu berasa bosan mendengar perbualan mereka.
"Cakaplah benda lain asyik kerja je" rungut Mingyu. Mingyu memikirkan agenda jahat untuk mengacau lelaki yang acah budiman.
Mingyu pergi ke belakang Lee Soojung lalu sengaja mengerakkan garpu.
Kwangsoo yang sedang menikmati spaghetti terhenti menjamah kerana melihat garpu terbang seperti hendak mencucuk kepala Soojung.
" Ahhh Hantu! " Kwangsoo menjerit lalu meninggalkan cafe tersebut. Kelam-kabut dibuatnya apabila pengunjung disitu juga terkejut mendengar jeritan garau sang lelaki.
Soojung terpinga-pinga apa berlaku sebentar tadi lalu perlahan-lahan meninggalkan cafe. Disebalik itu, ada yang begitu tersenyum puas dengan hasilnya iaitu Mingyu.
___
"Mianhae" Naeun menguis baju Soojung. Dia tahu Soojung pasti merajuk tentang lelaki itu.
"Pastikan yang terbaik..hmm kalau tak aku terpaksa membujang lagi" Soojung menarik nafas setelah panjang lebar menerangkan kejadian yang berlaku.
"Tapi aku rasa lebih baik kita pergi berubat sebab En.Lee Kwangsoo kata benda tu benar berlaku.. Ishh takutlah" ujar Naeun agak ketakutan.
"Hmm.. kau pergilah aku tak nak" kata Soojung malas hendak memikirkan kejadian yang tidak berlaku di depan matanya.
"Okay.. jangan risau esok aku cari lelaki paling terbaik" kata Naeun sambil menunjukkan tanda bagus.
___
Mingyu melihat perubahan Soojung semakin cantik memakai pakaian yang terdedah tapi tidak sesuai dengan imejnya mungkin disebabkan kali pertama Soojung memakainya.
Soojung menghadiri pertemuan jodoh di Taman Sungai Han. Dia tercari-cari lelaki yang ingin dikenalinya. Soojung tersenyum puas apabila seorang lelaki melambai ke arahnya.
"Maaf saya lambat" kata Soojung kini berada di hadapan lelaki itu.
"Gwenchana" Hoshi mempelawa duduk di sebuah bangku. Mingyu berasa cemburu melihat kemesraan dan ayat cinta Hoshi.
"sekejap ya"
Hoshi menyeluk poket sambil mengambil telefon dan mengangkat panggilan. Hoshi memberi isyarat untuk beredar.
Mingyu terus mengekori Hoshi untuk mencuri dengar perbualan.
"Aku tahulah lagipun dia tu lawa apa salahnya kalau aku budak sekolah bermain dengan yeoja tu" Hoshi semakin rancak berbual dengan rakannya.
"Aku pergi dulu" Hoshi mematikan telefon. Mingyu geram ketika Hoshi hendak berjalan Mingyu menyempak belakang Hoshi hingga terjatuh
"Aigoo" Hoshi tidak mensyaki sesiapa mungkin kesilapannya
Hoshi semakin rapat di muka Soojung manakala Mingyu berasa resah
"Mana ajumma ni" ujar Mingyu berulang-alik seperti hantu bermasalah
Hoshi ingin mencium bibir Soojung tetapi suatu suara memanggilnya dengan keadaan marah
Soojung terus menoleh melihat seorang makcik sedang bercekak pinggang
"Yes!" Mingyu bersorak tidak sia-sia dia menyuruh hantu lain untuk merasuk omma kepada budak Hoshi
"Omma!" Hoshi terkejut lalu menjarakkan sedikit daripada Soojung
"Kau ni masih budak sekolah pergilah belajar ini masih main lagi" ujar Omma Hoshi sambil menarik telinga
"Omma sakit" Hoshi mengosok telinganya yang merah malah tercalar sedikit maruahnya.
Soojung inginkan penjelasan lalu menanyakan kepada wanita yang mengaku ibu kepada Hoshi itu
"Maafkan anak saya dia ni memang suka menyusahkan orang" ujar omma Hoshi
Soojung sudah faham lalu meninggalkan anak-beranak. Dia hanya ketawa dan menangis kerana dipermainkan oleh budak sekolah.
"Sorry Soojung biarlah saya yang cari lelaki yang paling perfect untuk awak" kata Mingyu berjanji untuk menolong.
TBC.
VOTE & COMMENTS.
YOU ARE READING
[KEMASKINI SEMULA] Gwishin 귀신 (MINGYU SVT)
Random[COMPLETE] Lee Soojung seorang gadis yang masih belum mempunyai kekasih manakala Kim mingyu ialah seorang hantu yang tidak tenteram telah menghantui hidup Soojung. Perjanjian manusia & hantu telah merunsingkan Soojung. Adakah Lee Soojung telah jatuh...