END

295 21 9
                                    

Last Part!!

Start~~

"Kau mengingati aku?? "Tanya Jungkook lalu berjalan mengelilingi Zico. "Adakah kau ingat tentang kau membunuh Noona aku! didepan mata aku! ". Jungkook mulai teriak. "Aku masih ingat tentang saat dia menghembuskan nafas terakhirnya didepan mata aku.Kau tahu saat itu sakit!!! Sakit BODOH!!! "Tengking Jungkook lalu menendang wajah Zico dan membuatkan Zico terpelanting beberapa meter dari situ.

"Kau tahu tak!!! Macam mana terseksanya hidup aku dan Hyung aku selepas kematian dia! Kami hilang segalanya! Hyung aku jadi kurang waras selepas itu, Dia tak habis habis menyalahkan diri dia penyebab kematian Noona aku! Aku terseksa tengok dia macam tu! Sampai anggota Infinite yang lain pun tak mampu menjaga dia lagi. Hanya Sungjong Hyung,Hanya Sungjong Hyung yang menjaga aku dan Woohyun Hyung! "Tengking Jungkook didepan mata Zico. Jungkook memijak kaki Zico kasar dan membuatkan Zico meringis kuat. "Sakit! Kau sakit! Tapi sakit lagi hati aku bila aku melihat keluarga aku jadi hancur hanya kerana kau! "Tengking Jungkook lagi lalu duduk dihadapan Zico dan tersenyum evil. "Kau tahu, satu persatu masalah berlaku kat aku.Woohyun Hyung mulai jatuh sakit beberapa bulan kemudian "ucap Jungkook dengan nada suaranya merendah. "Dia selalu sebut yang dia rindu kat Sohyun Noona.Dia kata Sohyun Noona selalu datang.. aku pada mulanya tak paham tapi selepas kematian dia baru aku tahu. Sohyun Noona datang untuk ke menjemput dia".

Airmata Jungkook mengalir mengingatkan kejadian 5 tahun lepas. Rasa sakit hatinya semakin membuak buak. "Aku takde apa apa masatu!!! Keluarga aku hilang!! Sumber kasih sayang aku hilang! Hanya Sungjong Hyung yang ada! Tapi itu pun tak lama kerana Sungjong Hyung juga mati akibat kemalangan. Hidup aku kosong!.. semua orang yang aku sayang, semua tinggalkan aku! Dan kau penyebabnya! "Tengking Jungkook yang sudah kelihatan seperti orang gila.

"Sebab tu aku join group ni.. aku nak cari kau.. aku tahu 2 tahun lepas kau sudah dibebaskan dari penjara.Nice to meet you " Jungkook mengeluarkan pistol di koceknya dan menghalakan ke Zico. "Aku nak lakukan benda sama seperti yang kau lakukan pada Nooma aku. dulu kau kata kau nak tuntut semula nyawa Noona kau dan sekarang giliran aku untum tuntut nyawa Noona aku kembali "

Zico tersenyum kecil. "huh..tak semudah itu "

Tiba tiba sebuah peluru telah menembak Jimin dari arah belakang. "Jimin Hyung!"jerit Jungkook lalu memandang Zico.

Kumpulan Bangtan menjadi panik. "Aku lebih cerdik dari kau!"kata Zico dan tiba tiba dia telah dipapah oleh seseorang mungkin anggota Block B. "Kau nak tahu?akulah yang bunuh Sungjong kau tu!dan untuk pengetahuan kau. Aku pun sedang mencari kau "ucap Zico lalu memetik jari. Saat itu juga semua anggota Bangtan telah ditembak.

Jungkook menjadi panik. "Apa yang kau buat ni bodoh! "Marah Jungkook.

"Bunuh mereka dan selepas ini engkau! "Balas Zico dan sebuah peluru telah meluru kearah Jungkook namun sempat dibalas oleh Jungkook. Jungkook cuba membalas.

Namun akhirnya Jungkook juga kena tembakan dari Zico. Jungkook rembah ke lantai lalu menahan sakit disekitar perutnya.

"Akhirnya aku dapat tewaskan kau! " Zico ketawa. "Kau jangan ingat kau senang senang nak bunuh aku! Macam aku bunuh noona kau yang bodoh tu dan Hyung kau yang akhirnya mati kerana sakit hahaha "kata Zico ketawa mengejek.

Jungkook hanya mendengar serta menahan sakit diperutnya.Darah mulai melumuri badannya.

"Haha.. tunggu jelah ajal kau nak jemput kau nanti... tengoklah kawan kau pun dah k.o hahaha " Zico ketawa lalu melangkah untuk meninggalkan kawasan tersebut.

"Tak semudah itu kau pergi! "Ucap Jungkook lalu mengumpulkan kembali semangatnya dan cuba bangun "kau harus mati! ". Jungkook menembak Zico.

Zico turut rembah ke bumi dan mati.

Jungkook kembali berbaring dilantai menunggu waktu nyawa untuk dicabut. Airmatanya mengalir ,entah antara sakit atau gembira. Jungkook menoleh ketepi. "Appa! Omma! Noona! Hyung!"Jungkook tersenyum apabila melihat keluarganya sedang berdiri sambil memerhatikan dia.Setelah itu nafas Jungkook mulao mengecil. Matanya memberat. "Akhirnya Noona,Hyung,Appa dan Omma datang "airmatanya mengalir. Nafasnya terhenti. Matanya tertutup rapat. Senyuman terukir di wajah Jungkook. Akhirnya dia dapat bersama dengan keluarganya lagi.


Jungkook

"Akhirnya aku dapat bersama mereka sekali lagi,
Dan kali ini kekal....
Aku akan kekal bersama mereka...
Kekal dan bahagia... "

You're In Danger. ©Where stories live. Discover now