Sabtu, 9 Januari.
Hari ni takde sekolah. Jadi aku memaksa Jimin hyung dengan Taehyung hyung untuk menemani aku mengintip Yuju. Yuju ada beritahu aku yang dia akan pergi ke kubur di Incheon pada Sabtu pagi ni. Katanya nak merakam gambar untuk letak di tumblr nya. Aku rasa dia menipu. Yelah, ada ke patut nak pergi kubur semata-mata nak post dekat tumblr? Ei kalau nak menipu pun, logiklah sikit. Jadi aku, Jimin dan Taehyung ikut jelah Yuju daripada belakang. Yuju masuk ke perkarangan kubur dan aku berhenti mengekorinya. Taehyung dan Jimin pun berhenti sekali. Mata kami bertiga liar melihat Yuju.
Yuju berjalan bersama-sama dengan sejambak bunga daisy di tangannya dan akhirnya dia berhenti di hadapan satu kubur dan dia berlutut di hadapannya. Yuju dengan tiba-tiba menangis lalu dia mengusap batu nisan kubur itu dan mulutnya bergerak seperti berkata sesuatu. Malangnya aku tidak dengar. Beberapa lama selepas itu Yuju mengelap air matanya dan meninggalkan kubur itu dengan begitu sahaja. Aku, Jimin dan Taehyung mendiamkan diri dan saling berpandangan. Namun dengan tiba-tiba, Taehyung berkata yang dia hendak melihat nama pada kubur itu tetapi aku mencegahnya. Nak buat apa kalau tengok namanya pun? Kerana aku cuma syak yang kubur tu mungkin kubur ahli keluarga Yuju yang sudah meninggal dunia.
- Jeon Jungkook
Isnin, 11 Januari.
Hari ni aku ke sekolah dengan lebih awal. Dalam perjalanan hendak ke sekolah, aku ternampak seorang pelajar perempuan yang memakai uniform sekolah yang sama dengan aku sedang berjalan di hadapan aku. Daripada beg nya, aku terus menyangka yang dia Yuju jadi aku segera menegurnya. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Yuju sedang menangis. Aku bertanya kepadanya tentang kenapa dia menangis namun dia cuma menjawab tiada apa-apa. Aku bersangka-sangka bahawa yang Yuju sedang menangiskan tentang orang yang dia ziarah dekat kubur tu kut...? Aku baru perasan yang Yuju tak pernah makan masa rehat dan dia selalu duduk terperap dekat library. Kenapa dengan dia ni sebenarnya?
- Jeon Jungkook
YOU ARE READING
Bite ➳ Jungkook
FanfictionDia, Jeon Jungkook, seorang pesakit dan pencinta seorang gadis. "Jadi cium aku di mulut tapi tolong jangan gigit." Nantikan. #3 jungkook - july 16th, 2020