exist?

6.7K 523 100
                                    

Jari jemari panjang Jungkook memegang diarinya dengan rapi. Matanya merenung buku notanya itu yang kelihatan comot dengan contengan G-Dragon di merata-rata ruangan depan. Dia membuka helaian pertama dan ternampak kesan darah. 

Jungkook ingat lagi pada waktu ini. Di mana dia di tumbuk oleh bapanya kerana perangai Jungkook yang seperti pesakit mental. Jari telunjuk Jungkook mula menyentuh lirik lagu yang tertulis di muka surat itu,

'so kiss me on the mouth but please don't bite.'

Kata-kata yang dipetik dari lirik lagu Troye Sivan itu sangat menyifatkan tentang gadis khayalan Jungkook, Choi Yuju. Gadis yang dirasuk roh jahat yang mampu menghisap darah manusia seperti pontianak yang berada di dalam cerita Twilight.

Jari Jungkook sekali lagi menyelak helaian-helaian buku tersebut yang kadang-kadang seperti mengarut dan tidak masuk akal langsung. Jungkook mula tersenyum apabila dia membaca pertemuan kali pertama dia dan Yuju. Sungguh Jungkook tidak menyangka ini semua rekaan daripadanya.

Pintu bilik Jungkook tiba-tiba di ketuk oleh seseorang. Kepala Jungkook segera menoleh dan melihat orang yang memasuki biliknya. Senyuman manis terus terbit di bibir Jungkook saat dia melihat orang yang perlahan-lahan menghampirinya.

"Awak dah sedia nak buang diari ini?" soal gadis yang berambut pendek tersebut dengan nada yang sopan.

Jungkook mengangguk perlahan, "Apa lagi yang saya perlu lakukan untuk kembali menjadi normal kalau tidak membuang memori rekaan saya ini?" balas Jungkook semula dengan menjongketkan keningnya.

Gadis ini pun tertawa kecil dan tidak lama selepas itu keadaan mula menjadi sepi semula. Dilihatnya Jungkook yang meraba muka hadapan diari tersebut berserta senyuman.

"Eunha-sshi.."

Gadis yang berambut pendek bernama Eunha ini pun menjawab, "Ya, Jungkook?"

Jungkook mula bangun dari kerusi dan dia memeluk Eunha. Eunha pada mulanya sangat terkejut tapi dia membalas pelukan Jungkook dan tangannya menepuk belakang Jungkook perlahan-lahan.

"A-awak betul-betul wujud, k-kan?" soal Jungkook, masih memeluk Eunha dengan erat. Air matanya satu persatu menuruni pipi kerana dibelenggu ketakutan untuk merasai rasa kehilangan lagi.

Eunha menepuk belakang Jungkook perlahan dengan perasaan sedih, "Ya, Jungkook.. saya benar-benar wujud." jawabnya.

"Jangan tinggalkan saya, Eunha.. saya tak sanggup nak bersendirian sekali lagi." ujar Jungkook setelah pelukan mereka dileraikan.

Eunha menunjukkan senyuman lalu ibu jarinya menyeka air mata Jungkook yang membasahi pipi, "Saya takkan buat macam tu, Jungkook.."

-

Jungkook dan Eunha akhirnya berada di jambatan yang berada di atas Sungai Han. Angin pada hari itu begitu kuat sehinggakan rambut mereka berdua bertebangan. Jungkook membuat keputusan untuk membuang diarinya itu di Sungai Han dengan alasan supaya memori khayalannya itu bersemadi dengan aman. Eunha sebagai pakar kaunseling cuma mengiyakan saja kata-kata Jungkook.

Jungkook menghela nafas dan bersedia untuk membuang diari tersebut, "Selamat tinggal, hyung.. selamat tinggal Choi Yuju." dan akhirnya buku tersebut terlepas dari tangan Jungkook dan ia perlahan-lahan jatuh dan tenggelam di sungai yang luas itu.

Eunha menepuk belakang Jungkook, "Awak dah buat yang terbaik."

Jungkook tersenyum melihat Eunha, "Ya, saya tahu.."

Sebaik sahaja Jungkook menghabiskan kata-katanya sepasang kekasih melalui jalan yang sama dan mereka seperti tengah bertengkar.

"Yah, Choi Yuju! Dengarlah apa yang saya nak cakap!" lelaki yang rambutnya berwarna hitam itu mengejar kekasihnya yang kelihatan seperti sedang menangis.

Jungkook seakan-akan tersalah nampak. 'Tidak mungkin itu Yuju.. dia cuma rekaan aku sahaja.'

"Apa awak nak cakapkan lagi, Kwon Soonyoung?! Awak nak cakap yang awak dengan Seokmin tu cuma kawan sahaja lagi ke apa? Saya nampak Soonyoung. Saya nampak!" desis Yuju.

"Eunha-sshi.." panggil Jungkook dengan nada perlahan meskipun matanya masih memandang pasangan kekasih yang sedang bertengkar itu.

Eunha yang sedang menggeletar dan seakan-akan tidak percaya apa yang terjadi di depan matanya hanya menjawab, "Y-ya?" dengan gagap.

Jungkook menoleh dan memandang Eunha sambil tersenyum,

"Perempuan itulah Choi Yuju saya."

tamat.

NOTE;

akhirnya cerita ini tamat setelah berapa banyak kali di unpublish! terima kasih kepada dira [ froggyu ] yang memaksa saya untuk publish semula fanfic ini jika tiadanya dia, tiada lah sambungan bagi buku ini. terima kasih juga kepada semua pembaca yang setia membaca cerita ini yang penuh dengan kisah dongeng yang macam bengong.

EXPLANATION;

jungkook sebenarnya pesakit schizophrenia. orang yang mempunyai perkara macam ni terjadi dari environment dan genetik. contohnya, kalau terlampau tertekan mereka akan cipta seseorang dalam minda mereka. kalau nak penerangan lebih lanjut, baca sajalah dekat wikipedia.

Q&A;

"macam mana dapat idea?"

macam tulah. jk jk xD sebenarnya rancang nak buat diari-diari je lepastu tak sangka pulak otak yang pandai ni pergi merancang nak buat yuju ni seorang puntianak. lepastu mana datangnya schizophrenia ni dari fanfic-fanfic yang pernah baca dulu.

"nak buat sambungan tak?"

tak rasanya. sebab? malaslah nak buat panjang-panjang buat sakit otak korang je

-

kbye. saya akan merindui semua pembaca bite! semoga kita berjumpa lagi <3<3

-written by, qiis

e n d; 04 december 2016

e n d; 04 december 2016

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bite ➳ JungkookWhere stories live. Discover now