hello again! since macam semua orang macam tak faham book ni lagi, qiis akan terangkan benda-benda yang mengelirukan.
ONE;
Akan tetapi waktu semua orang sudah terlelap, Taehyung berasa tertekan kerana tangannya terasa gatal untuk membaca helaian pertama diari Jungkook jadi Taehyung dengan senyap-senyap nya keluar dari bilik dan berlalu ke ruang tamu bersama diari tersebut.
Buka sahaja helaian pertama, Taehyung ternampak satu tulisan ditulis pada penjuru helaian itu.
"So kiss me on the mouth and set me free, but please don't bite."
Alangkah terperanjatnya Taehyung apabila dia ternampak titisan darah turut berada di helaian pertama itu.
Oleh itu, Taehyung membuat keputusan untuk tidur dan menanti hari bertukar siang.
PENERANGAN;
Darah tu sebenarnya terjadi sebab bapa kepada Jungkook tumbuk dia dan darah tu terpercik. Sebabnya Jungkook macam orang gila dan cakap benda merepek-merepek macam dia nak jumpa Yuju yang tak pernah wujud.
TWO: PENERANGAN;
Sebenarnya semua perbuatan yang Jungkook pernah tulis dekat diari dia selama hari ni tak pernah berlaku pun dan dia cuma bayangkannya sahaja. Tentang Yuju pula, dia ke sebuah kafe dan kononnya ternampak seorang perempuan tapi sebenarnya dia reka je.
THREE: PENERANGAN;
Jungkook tinggal bersama ibu bapanya dan juga bersama seorang abang. ( jangan tanyalah sape abang dia. nanti jawapannya jeon wonwoo 😂 ) Dalam kes ni Jungkook macam tak dapat perhatian sangat dari keluarga dia. Ibu bapa dia bekerja pagi petang siang malam, abang dia jarang balik ke rumah sebab tinggal di dorm universiti.
Jadi Jungkook tertekan sebab dia tak ada sesiapa untuk dia luahkan perasaan dan cerita apa semua yang berlaku dalam kehidupan seharian dia. Daripada tu, dia mula menghidap sakit schizophrenia.
FOUR: PENERANGAN;
Siapa ingat lagi tentang muka surat yang terkoyak tu? Sebenarnya Jungkook tersalah tulis dan dia tertulis tentang keluarga sebenar dia tu. Dia membebel sehingga memakan dua muka surat. Selepas tersedar dia terus koyak dan buang kemudian dia mula mencipta alasan.
FIVE: PENERANGAN;
Siapa Eunha? Dia adalah kaunselor bagi orang-orang yang mempunyai masalah psikologi. Dia tua setahun dari Jungkook dalam fanfic ni. And jangan tanya kenapa orang semuda dia dapat jadi kaunselor. Eunha diupah untuk merawat Jungkook dari cadangan kawan kepada Wonwoo, Mingyu.
SIX: PENERANGAN;
Yuju dan Soonyoung di muka surat akhir. Mereka ni pasangan kekasih yang mula bersama sejak MAMA 2016 ( okey berhenti mengarut ) , mereka bergaduh sebab Yuju salah anggap tentang hubungan Soonyoung dan Seokmin yang kadangkala seperti pasangan gay. Padahal mereka tak ada apa-apa pon.. cuma Yuju yang asyik salah sangka.
-
okey rasanya itu saja kot. kalau tak faham lagi, sila komen!
YOU ARE READING
Bite ➳ Jungkook
FanfictionDia, Jeon Jungkook, seorang pesakit dan pencinta seorang gadis. "Jadi cium aku di mulut tapi tolong jangan gigit." Nantikan. #3 jungkook - july 16th, 2020