Part 9

69 6 0
                                    

Nadzril Irsyad terus baring di atas katil. 'Pahal lah aku jumpa minah tu. Eh , yg kau nak marah dia kenapa? ah apa apa jelah.siaplah kalau aku jumpa kau sekali lagi minah tomboi.'bisik hatinya . Huh. Tahlah dia takde mood lelagi jumpa dengan minah tu . kusut. nasib aku tidur , lagi bagus .

Belum sempat dia memejamkan matanya, tetiba Iphone nya berdering . "Hisy sape pulak yang call ni . spoil betul" lantas dia mengambil dan mengangkat . oh Mama rupanya .
" Hello ma. waalaikumusalam. ha ya nanti riel balik rumah.Mama jangan risau lah. bye " dia mengeluh . Dalam beberapa minit dia terlena juga akhirnya.

"Ergh benci betul. dah langgar aku lepastu nak marah marah. nak je aku cili cili mulut dia. hesy panas betul hati aku ni" membebel Fad . Fad mengerling ke arah Pea yang tadi diam .
" Oi pea ! kau dengar tak aku cakap ?!" jerit Fad .
Pea terkejut. " ha apa ? kau cakap apa tadi?" Pea blur
Fad menggeleng kepala . 'kemain banyak lagi aku cerita rupanya aku cakap sensorang , tak guna punya pea' .

Azan subuh sudah berkumandang. Mak membuka pintu bilik Fad yang tidak berkunci.

"Kakak, bangun subuh . Nanti terlewat karang" Mak mengejut fad .
Fad terus menenyeh matanya. Dia menggeliat sedikit dan terus bangun. "okay mak, kakak pergi solat dulu "

Fad mengangkat takbir lalu diteruskan dengan bacaan . akhirnya memberi salam. Fad menadah tangan .
"Ya Allah Ya Tuhanku, yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Ampun kan dosa dosa ku dosa kedua ibu bapaku. Ya Allah , berikanlah aku kebahagiaan. Tabahkan diriku menjadi seorang yang kuat. Tetapkanlah jodohku dan masa depanku yang cerah. Rabbana Aatina fiddunya hasanah wafil ahirotil hasanah wakina azabannar. Aamin" dia meraup di mukanya . Lantas dia melipat telekung dan sejadahnya. Terus dia menuju ke katilnya dan sleep again ...

"Erm sedapnya bau , mak masak apa ni?"tanya Fad
"Aik anak dara baru bangun. Ingatkan dah taknak bangun" perli along selamba.
Fad menjeling along nya. "Along ni..." fad memuncungkan bibirnya .
"Alololo merajuk lah tu. Harini along belanja tengok wayang. Nak ikut tak ?" pujuk along
Fad memandang along sambil tersengih . "Nak nak! Along belanja yeay!"jerit Fad
"Bab bab belanja ni laju je eh. heish" menggeleng geleng kepalanya.
"Apa ni tak ajak angah!?" angah yg baru muncul dari dapur tak puas hati.
"Angah nak ikut kena guna duit sendiri." kata along
"Ah no hal lah. "
nasib baik aqil ada sekolah tambahan kalau tak habis riuh dalam kereta .

Fad berjalan di IoIcitymall dan kedua belahnya Fadrizal dan Fadril . 'Hua rasa macam tuan puteri dengan bodyguards yg hensem ni' tersenyum Fad menampakkan lesung pipitnya.

"Along, angah . Kakak dari tadi perasan, ramai betul perempuan dok usha korang berdua" kata Fad
Angah tersenyum " Kitorang berdua kan handsome" sambil mengangkat kening sebelahnya. Macho. " Tapi along lagi handsome dari angah hohoho" Along perasan. Fad menjulingkan matanya ke atas. "Kakak lagi handsome" semua tergelak.

Selesai menonton wayang, Fad meminta diri sebentar nak pergi kedai buku Popular . "Boys , I want to go popular kejap. nanti pape kakak call." Fad terus pergi

"Aih orang belum cakap apa apa lagi dah blah" kata alongnya
"Macam tak kenal je dengan adik kita tu, kelam kabut. dah jom ah kita pergi makan . aku lapar" kata angah
"jom"

'Haih takde novel yang best ke. ha buku tu macam best' belum sempat dia mengambil novel tu .. gedebuk ..

' ah gila . siapa pulak yang langgar aku ni' bisik Fad

"Ha sorry sorry . are you okay ?" kata orang itu

Fad yang dari tadi menunduk kutip buku terus mendongak . terbuntang mata dia .

"KAU ?!!!" jerit fad dan Riel.

"Tak sangka jumpa kau kat sini . Aha " Riel tersenyum sinis

Fad malas nak layan . Dia terus ambil buku novel lalu pergi ke kaunter pembayaran .

'what ? dia blah macamtu je !' bisik riel tak puas hati. Nadzriel terus menarik lengan Fad selepas Fad membuat pembayaran buku novel itu dan keluar dari popular .
Fad terkejut , toleh belakang terus sepak kaki Riel .

"Woi mangkuk, kau pehal tarik lengan aku ni . Tak puas hati ke ha ?!" merah padam muka Fad . Mana pernah lelaki sentuh dia melainkan ayah dan abangnya.

Nadzriel mengusap betis nya . 'Uh, boleh tahan jugak minah ni tendang aku' . " berani kau sepak kaki aku ni !" tajam mata riel pandang Fad . Fad balas balik renungan mata Nadzriel .
Tetiba ....
" Fadriza Aisha !" jerit si angah
Fad tersedar . Dia terus menuju ke arah angahnya .

" Angah call kenapa tak angkat ?" "Angah ada call kakak ke ? jap check phone jap . " Fad mengambil iphone nya dalam handbegnya lalu check . ' woa 10 miss call ha '
"Ehehehe sorry ngah . kakak tak perasan yg angah call " tersengih Fad .
Fadrizal buat buat marah . dia mengalih pandangan dan eh tu bukan ke ...

"Jap kakak duk sini jap ." arah Fadrizal .
"Ha angah nak pergi mana ? ikut boleh ?"
"Angah nak jumpa member angah jap . dah lama tak jumpa dia . Nak ikut ? jum "
"Yeah ! Lets go" tersenyum Fad tapi hanya sementara . 'Eh pehal abang aku pergi dekat mamat ni'.

" What's up bro ! Kau pe khabar . lama duh tak jumpa kau . Kau balik Malaysia tak bagitahu aku eh " Fadrizal menumbuk lembut bahu kawannya .

" Ahahaha . aku sihat bro . sorry ah rizal , number phone kau hilang , sebab tu tak dapat nak bagitahu . " Nadzri memandang sekilas ke arah Fad . " Weh siapa tu ? Awek ke ? Pandai dah sekarang eh " terangkat sebelah kening Riel sambil tersengih .
'Handsomenya dia . Eh jap . Fad apa kau melalutnya . come on fad hesh ' bisik hati Fad

" Haah awek aku . Lawa en en . By the way , thank you cakap aku pandai " Fadrizal memandang Fad . Fad mencubit lengan angahnya . " Hahahahaha ah Riel . Ni adik perempuan manja aku " Fad mencubit lebih kuat lagi lengan Fadrizal . " Aduh sakitlah kak . Tangan macam ketam " Rizal menggosok lengannya .

"Oh adik ke . Lawa tu em not bad . Abang rizal nak jadi adik ipar boleh ?" Nadzriel tersengih jahat dekat Fad . Senanya dia saja nak menyakitkan hati Fad . Fad menjeling tajam nadzriel terus menjulingkan matanya ke atas . meluat okay .

" Boleh . langkah mayat aku dulu . " Rizal dengan Riel tergelak kecuali Fad .
"Angah jum ah balik . Kakak penat " ajak Fad . sebenarnya dia tak de mood . huih panas hati .
" Ha yelah . Riel nah ni number aku . Apape nanti call . aku chiow dulu okay . " kata Fadrizal
" Okay okay . no hal lah "
Fadrizal terus pergi . Fad memandang tajam nadzriel lalu melanggar bahu nadzriel dengan kuat . ' Ha padan muka kau cari pasal dengan aku lagi ' desis hatinya .

"Aduh !" terjerit Nadzriel . Dia terus menoleh belakang . ' nasib baik kau dah blah . tak guna punya minah . tu bahu ke besi . haduh '

Di dalam kereta ..

" Eh jap . angah ,along mana ?" tanya Fad dalam kereta .
" Ha lupa nak bagitahu . Dia dah balik . dia cakap penat tunggu kakak . " kata angah
"Oh eh hehehe . patut lah tak nampak batang hidung dia dari tadi . "



Takdir cinta kitaWhere stories live. Discover now