Part 32

16.4K 481 15
                                    

Assalamualaikum and salam sejahtera to all my readers. Sorry sbb dah lama dah update part baru. Fyi, saya baru sahaja sambung belajar. So agak busy sikit, especially nak adapt tempat baru (sedikit berasa homesick). Doakanlah saya berjaya menghabiskan pengajian dengan jayanya. Btw, this is part 32, enjoy reading :-)

########################

Setelah menghantar pemergian Naufal, Sofea segera bersiap-siap. Dia mahu ke klinik berdekatan untuk memastikan sesuatu. Ada sesuatu yang menganggu benak fikiran nya. Dia tidak begitu yakin, namun dia hanya mahu tahu jawapan kepada persoalannya.

2 jam kemudian...

Sejak pulang dari klinik tadi, Sofea Imani tidak dapat untuk duduk diam. Perasaan nya bercampur baur.Masih terngiang-ngiang lagi bicara lembut doktor wanita yang memeriksa dirinya tadi.

"Tahniah, puan mengandung tiga
minggu...."

Tiga minggu? Dan Sofea langsung tak perasan akan perubahan dirinya.

'Lately ni aku kuat makan. Pastu cepat tersentuh. So ini tanda-tandanya ke?'

Perlahan-lahan dia mengusap perutnya yang masih kempis itu. Di dalam itu ada tanda cintanya bersama suaminya yang tercinta.

"Maafkan mama sebab tak perasan kehadiran sayang."

Gambar sonogram itu diperhatikan sekali lagi.

Dalam diam, dia tersenyum. Dapat Sofea gambarkan reaksi Naufal apabila mengetahui berita gembira ini dan reaksi umi, papa dan mama juga apabila mengetahui mereka bakal menerima cucu.

"Alhamdulillah untuk rezeki ini. Ya Allah kau lindungi lah diriku dan kandungan ku. Jauhkanlah kami dari sebarang bahaya. Amin."

***************************

Hari ini Naufal pulang awal dari kerja. Selesai bertemu dengan klien di salah sebuah restoran terkemuka di ibu kota, dia segera pulang. Tidak sedap badan. Badannya terasa lemah dan tekaknya juga berasa sangat loya. Sampai sahaja ke  dalam rumah, Naufal segera masuk ke dalam bilik.

Sofea yang kebetulan berada di ruang tamu, berasa pelik dengan tingkah laku suaminya.

Aik, pagi tadi kemain lagi romantik. Ni menonong je naik atas. Nampak Moody je. Terlepas projek besar ke?

Sofea segera mendapat kan suaminya di kamar beradu mereka. Kelihatan nya, Naufal nampak lesu terbaring di atas katil.

"Abang tak sihat ek?"

"Hurm. Sorry sebab tak hug and kisses macam selalu. Badan abang ni lemah sangat. Tadi makan dengan klien pun macam tak ade selera je. Sayang, tolong sapukan minyak angin kat kepala ngan perut abang boleh tak?"

"Boleh abang. Kita pergi klinik nak tak? Fea suspect abang salah makan lah." Sofea pantas mengeluarkan minyak angin dari dalam laci dan melumurkan ke perut Naufal yang berotot itu. Kemudian, Sofea memicit kepala suaminya yang kepeningan itu.

"Sayang, tak payah lah pergi klinik. Kejap lagi okeylah ni. Abang cuma perlu rehat je kot."

"Tapi kalau berlarutan, Fea dukung abang bawak pergi klinik tau."

"Larat ke nak dukung abang yang sasa ni?"

"Of course lah larat tapi guna kren lah."

"Haha, lawak sangat lah ek."

"Abang rehat dulu, Fea nak pergi masak bubur untuk abang."

"Bubur? Tak nak lah. Why not sayang buat Kimbab? Abang teringin lah nak makan kimbab." Pinta Naufal.

Kimbab? Laki aku ni dah kena sampuk hantu Korea ke?

"Kimbab? Tapi kita mana ada bahan mentah and one more thing yang abang kena tahu, Fea mana lah tahu buat kimbab tu."

"Google jelah sayang. Bahan mentah pula kita beli lah. Please sayang buatkan abang kimbab. Tekak abang ni tak nak benda lain dah. Nak kimbab jer. Please...."

"Okey. Abang dah solat zohor ke belum ni?"

"Belum. Abang solat dan sayang siap-siap pastu kita keluar pergi AEON."

Sofea hanya memerhatikan sahaja Naufal bangun dan menuju ke kamar mandi.

Aku yang mengandung, dia pula yang mengidam. Alahai, encik suami ni.

########################

Akhirnya setelah berhempas pulas memotong itu dan ini. Lepastu menggulung  pula maka terjadinya kimbab dengan tunjuk ajar dari Mr Google.

Sofea amik satu gulungan dan potong kecik-kecik supaya senang nak makan. Satu dibawa masuk ke dalam mulut.

Yummy. Sedapnya!

"Dah siap? Tak panggil abang turun pun?"

"Baru je habis gulung. Abang tunggu kat depan dulu ek. Nanti Fea bawak ke depan."

"Arasso..."

Ara...what? Arasso? Naufal cakap Korea tu... Suami aku ke tu?

Setelah siap semuanya, Sofea membawa kimbab dan kopi panas ke depan.

Naufal makan dengan berselera sekali. 5 gulung kimbab dia makan sorang jer. Sofea pada mulanya terkejut namun apabila melihat suaminya makan dengan berselera, dia hanya tersenyum.

"Sedaplah sayang. Esok nak lagi ek?"

"Okey."

Maka tiap-tiap harilah Sofea menyediakan kimbab untuk suaminya. Sofea sudah pun mahir menggulung kimbab. Ada ketikanya dia rasa sudah jemu pula hendak makan kimbab hari-hari. Pelik juga, dia langsung tak mengidam apa-apa dan juga mengalami morning sickness seperti kebanyakan wanita yang hamil. Naufal pula yang selalu muntah-muntah.

Tapi kata orang kalau suami yang morning sickness maka itu tanda nya dia sayang isteri. Tapi tak tahulah kesahihan cerita itu. Tapi Naufal memang sayang gila dengan isterinya.

Sudah hampir seminggu, namun Sofea masih lagi belum dapat memberi tahu Naufal berita kehamilan nya.

Dah seminggu. Takkan perut dah besar nanti baru nak bagitau kan sebab masa tu nanti mesti semua. Macam mana aku nak buat ni?

Sofea gigih memikirkan cara untuk memberi tahu berita gembira ini. Tiba-tiba terdetik sesuatu dalam benaknya.

Umi dan mama mesti boleh tolong punya!

**Sorry pendek je part ni.
Next part saya bg panjang sikit tau!
**Thanks for reading and voting :-)

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now