Part 33

16.9K 471 2
                                    

"Assalamualaikum...sayang oh sayang!"

Naufal pelik kerana salamnya langsung tak berjawab. Selalunya Sofea akan duduk di ruang tamu menonton tv ataupun menghadap drama korea dekat lappy tapi tidak untuk hari ini.

Nak kata keluar, kereta elok aje tersadai kat porch. Mana lah bini aku ni...

"Sayang...."

Naufal naik ke tingkat atas untuk mencari isteri nya di kamar tidur mereka. Masuk-masuk sahaja ke dalam bilik, Naufal melihat isterinya sedang elok terbaring di atas katil. Tidur.

Aishh..tak pernah-pernah dia tidur petang. Mengantuk sangat lah tu.

Perlahan-lahan, dia mendekati isteri nya yang sedang nyenyak tidur. Baru sahaja dia baring di sebelah Sofea dan tiba-tiba Sofea memeluk nya.

"Maafkan Fea sebab tak sambut abang hari ni. Fea tak sedap badan lah."

"Sayang tak sihat ke?" Tangannya sudah dibawa ke dahi Sofea.

Tak panas. So Sofea tak demam.

"Sayang, abang busuk lah. Berpeluh ni. Nak mandi dulu."

"No. Stay here. I want to hug you." Sofea mengetatkan pelukannya. Tak mahu melepaskan Naufal.

"Ni kenapa manja sangat ni?"

"Actually, I have something to tell you. Penting sangat. Antara hidup dan mati." Tiba-tiba Sofea berkata serius.

"Penting? Fea, solat asar abang lagi penting tau. Lepaskan abang kejap jer. 20 minit je. Pastu sayang peluklah abang sampai maghrib. Please..."

Solat kan tiang agama. Bagi dia solat dululah.

"O...ka..y.."

"Berat jer bunyi nyer nak lepaskan abang. Ni dah solat asar ke belum?"

Sofea mengangguk dan melepaskan Naufal pergi.

Plan A tak jadi ni. Plan B pulak lah.

########################

2 hari yang lalu...

"Tak lama lagi umi dengan mama akan dapat cucu."

"Alhamdulillah." Serentak kedua-duanya mengucap syukur.

"Dah berapa bulan ni Fea?"

"Baru 3 minggu lebih mama. Maafkan Fea sebab baru sekarang dapat bagitau berita gembira ni."

"Syukurlah. Lepas ni tak boleh lah nak lasak-lasak sangat. Naufal mesti happy sangat kan?"

"Erm abang Naufal tak tahu lagi umi pasal ni."

"Apa? Naufal tak tahu lagi?"

"Ya, mama. Fea tak ada masa nak bagitau kat abang. Kalau mama dengan umi nak tahu, abang Naufal yang selalu muntah-muntah dan loya. Lepas tu mengidam nak makan macam-macam. Fea sibuk nak penuhkan hajat abang nak makan macam-macam sampai terlupa nak bagi tahu berita ni. Tujuan Fea ajak umi dengan mama keluar ni sebenarnya  nak mintak tolong bagi Fea idea macam mana nak buat surprise dekat dia. Bolehkan mama, umi?"

Kedua-duanya hanya ketawa.

"Janganlah ketawakan Fea."

"Kami bukan apa Fea, tak pernah lagi kami dengar ada orang sampai terlupa nak bagitau yang dia mengandung kat suami dia. Fea ni ada-ada ajelah." Kata Hajah Fatimah pula.

"Betul tu Imah, ada-ada aje Fea ni. Tiba-tiba cerita Fea ni buatkan mama teringat kan papa pulak."

"Kenapa dengan papa, ma?"

"Papa dulu ragamnya sama macam Naufal masa mama mengandung kan kak long. Dia mengidam nak makan itulah, inilah. Mama lah yang jadi mangsa kena masak semua tu. Tapi kesian jugaklah, papa seminggu terbaring atas katil. Morning sickness."

"Like father like son", Kata Hajah Fatimah sambil ketawa. Puan Saadiah hanya tersenyum mengingat kisah lalunya.

"Apa Fea nak buat ni umi, mama?"

"Fea buatlah perangai mengada-ngada sikit. Bagi hint kat Naufal."

"Hint?"

"Ya" serentak Puan Saadiah dan Hajah Fatimah menjawab.

Erm, nampak gayanya aku kena usaha sendirilah.

#######################

Sekarang...

Usai solat asar, Naufal segera mendapatkan isterinya di atas katil.

"Sayang...."

"Iya abang..."

"Dah okey sikit?"

"Belum lagi. Fea lapar lah bang. Dari siang tadi tak ada selera makan. Tekak ni macam nak makan spaghetti Bolognese lah....abang buatkan boleh?"

"Ayang, abang mana tau masak. Kita makan kat luar jelah ek?"

"Nope. Fea nak yang abang masak jer. Barang semua ada kat dapur. Abang masak je ikut resepi Fea. Fea tak larat lah nak masak. Abang, please.....pleasssseee"

"Okay...okay. Abang buat tapi sayang mesti monitor abang kat dapur."

"Okay. Abang saranghae....."

"Love you too. Jom kita pergi dapur."

"Arghh...." Dalam sekelip mata sahaja Sofea sudahpun diangkat suaminya. Itu yang buat dia terjerit. Terkezut (terkejut).

"Sayang dah berat lah. Dah berisi."

"Memang pun. Dah ada 'isi'. Abang tak nak makan kimbab lagi?"

"Buat masa ni, tak nak lagi."

"Abang serius lah nak angkat Fea sampai ke bawah ni?"

"Serius lah."

Mereka berdua sudahpun selamat 'mendarat' di dapur. Naufal, chef of the day sedang khusyuk memotong itu dan ini. Sofea, supervisor of the day memerhati kan suaminya membuat kerja.

Hilang dah macho laki aku ni bila pakai apron bunga-bunga. Lagi handsome daripada bertuxedo.

Selepas solat maghrib berjemaah mereka pun menjamu selera.

Naufal berdebar-debar menanti komen Sofea taktala Sofea merasa spaghetti Bolognese hasil air tangannya.

"Erm, sedapppppp nyer. Pandai suami Fea ni masak."

"Sedap ke?"

Fea buat thumbs up.

Mereka makan sambil berbual-bual tentang aktiviti harian mereka.

"Fea dah okey?"

"Alhamdulillah. Dah okey sikit. Tak pening lagi."

"Fea, petang tadi Fea cakap ada benda penting nak bagitau abang. Apa dia?"

"Owh, pasal tu. Sebenarnya Fea....."

________________

Akan Bersambung....

**sorry pendek, mohon sabar.
**stay tuned untuk last part :-)
**tq sebab baca dan vote. Saya amat menghargai nya (terharu)




Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now