Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf, zahir dan batin. Sorry, sebab dah lama sangat tak menulis. Busy dengan study dan final exam membuat kan saya kekeringan idea. Nak kata malas pun ada jugak. Btw, ini jelah yang mampu saya buat. Sorry tau kalau tak kena dengan taste anda. Sis cuba jer! Huhu... Enjoys :-)
****************************************
28 Ramadan
"Abang tahun ni kita pakai baju tema pink tau."
"Pink?"
"Yupp. Pink."
Naufal meneguk liur. P.I.N.K.
Kenapa mesti pink?
Kenapa?"Fea, abang rasa kita patut....."
"Abang, petang nanti kita pergi ambik baju raya kita dekat butik mama tau. Mama call, dia kata baju kita dah siap. Tak sabarnya lah hai nak pakai baju tu. Mesti suami Fea ni nampak handsome pakai baju melayu warna pink." Sofea tampak bersemangat menceritakan keterujaannya pada Naufal. Naufal pula hanya mendiamkan diri. Dalam hatinya, seperti sudah hendak menangis sahaja sebab dia dan pink ibarat langit dengan bumi. Sejak kecil lagi dia tidak akan pakai apa-apa yang berwarna pink.
"Abang dengar tak ni...."
"Apa dia sayang?"
"Fea ajak abang pergi ambik baju dekat butik mama."
"Owh. Dah siap ke? Nanti kita pergi amik. Iman dah bangun?" Naufal cuba mengubah topik.
"Belum lagi. Anak bujang abang tu, lepas menyusu tadi terus lelap. Okeylah abang, Fea nak mandi ni. Lepas tu nak siap-siap. Jom."
"Jom apa?"
"Mandi."
"Erm, Fea mandi dulu lah. Abang nak turun bawah dulu."
"Okkk....eyyy" Sofea pelik dengan Naufal. Selalu nya bila dia ajak Naufal mandi bersama-sama, suaminya tak akan menolak. Tapi hari ini? Sofea buat tidak peduli sahaja dengan sikap suaminya dan dia terus masuk ke dalam kamar mandi.
Di bawah....
Naufal duduk di atas sofa dengan perasaan yang kosong. Kenyataan bahawa dia akan menyarung baju melayu berwarna pink pada syawal tahun ini sangatlah tidak masuk akal.
"Tak kan dia tak tahu yang aku tak suka pink? Pernah tak dia nampak aku pakai pink? Tak pernah. Langsung tak pernah." Naufal mengomel sendirian.
Naufal mengagahkan dirinya untuk naik ke bilik. Sedaya mungkin dia cuba menyembunyikan ketidakpuasan hatinya dengan isterinya. Namun, dia sedar yang dia harus berterus terang.
Sofea yang baru sahaja mandi, sedang mengeringkan rambutnya di hadapan meja solek.
"Abang pergilah mandi."
"Fea, duduk sini kejap. Ada benda yang abang nak cakap."
"Cakap jelah. Fea dengar ni."
"Duduk lah sini."
"Penting sangat ke?"
"Penting."
Antara hidup dan mati abang, Fea.
Sofea hanya menurut. Namun belum pun Sofea duduk, Iman yang baru tersedar dari tidurnya menangis.
"Anak mama dah bangun."
Spoil betullah anak bujang aku ni. Baru aje aku nak bincang dengan mama dia. Time tu jugaklah dia bangun. Anak bertuah.
"Abang nak cakap apa tadi?"
YOU ARE READING
Akan Aku Kejar Jandaku
RomansKerana satu fitnah, masjid yang dibina musnah. Naufal Iskandar buntu, setelah talak dijatuhkan, penyesalan mula menghambat diri. Cerita sebenar terbongkar. Kemaafan harus dicari. Masjid yang runtuh mahu didirikan semula bersama bidadari nya. 'Akan A...