Seperti yang dirancang, Sofea sudah pun berada "Lama tunggu mama?" Sofea membukakan pintu kereta untuk Puan Saadiah.
"Tak. Mama baru je turun." Puan Saadiah dan Sofea masuk ke dalam perut kereta.
"Kita nak kemana ni Fea?"
"Kita ke rumah sewa Fea lah. Fea ada masak makanan special untuk mama."
"Rajin nya Fea masak. Tak penat ke sayang? Baru je mama nak belanja Fea makan."
"Tak ada susah mana pun mama kalau nak jamu mama makan. Lagipun dah lama Fea tak masak untuk mama."
"Terima kasih sayang. Ini yang buat mama sayang sangat dengan Fea. Alangkah baiknya kalau dulu..." Belum sempat Puan Saadiah menyambut ayatnya, Sofea sudah pun memberhentikan keretanya di hadapan rumah teres dua tingkat.
"Mama kita dah sampai."
Setelah mengunci kereta nya, Sofea membawa Puan Saadiah masuk ke dalam rumah.
"Mama duduk dulu ya. Fea nak hidangkan makanan."
"Okey dear. Fea memang tinggal sorang ke?"
"Tak delah mama, Fea tinggal dengan kawan Fea. Ainul namanya. Sekarang ni Ainul outstation, itulah yang Fea bawa mama ke rumah ni. Fea mintak maaf kalau rumah kecil Fea buat mama tak selesa."
"Mama tak kisahlah. Mari mama tolong Fea. Mama boring lah and please jangan halang mama tolong fea," kata Puan Saadiah. Sofea tiada pilihan lain dan membenarkan Puan Saadiah membantunya tetapi Sofea hanya meminta Puan Saadiah menyusun pinggan di atas meja.
Malam itu, Puan Saadiah makan dengan berselera sekali. Tidak sangka, Sofea memasak kan makanan kegemaran nya.
Sofea masih ingat lagi makanan kegemaran aku. Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku untuk menyatukan kembali anak dan menantuku semula.
Selepas makan, Sofea menghidangkan Puan Saadiah puding caramel dan kopi panas.
"Mama tadi masa di pejabat Fea, mama cakap ada sesuatu yang mama nak bincangkan. Apa dia?"
Puan Saadiah merapatkan duduknya dengan Sofea sambil menggenggam erat tangan mulus Sofea. Puan Saadiah mengambil nafas dan menghembusnya perlahan. Hook or crook, segalanya harus diceritakan malam ini.
"Fea, bagi pihak Naufal...mama menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari Fea. Maafkan segala dosa-dosa anak mama. Mama dah tak sanggup nak tengok Naufal menderita dengan menyeksa perasaan dia sendiri. Jujur mama katakan, Naufal yang sekarang berbeza dengan Naufal yang dulu." Puan Saadiah sudah menangis teresak-esak.
"Apa maksud mama? Kenapa dengan Encik Naufal?" Kata Sofea sambil menenangkan Puan Saadiah.
"Susah mama nak cakap Fea. Lepas Naufal pulang dari Melaka sebulan lepas. Naufal berubah 360 darjah. Dia jadi terlalu pendiam. Mama dan papa tak tau lagi nak buat apa. Ada satu malam tu, mama dan papa dengar Naufal meracau-racau panggil nama Fea dan mintak Fea maafkan dia. Setiap malam Naufal akan meracau sampailah sekarang dan dia meracau mintak Fea maafkan dia. Kalau Fea nak tahu, dah seminggu Naufal dah tak pergi pejabat. Makan dan minum pun dah tak teratur. Tiga hari lepas, papa jumpa Naufal pengsan dalam bilik tidur dia. Doktor sahkan Naufal menghidapi kemurungan yang teruk. Mama buntu Fea, mama tak tau nak buat apa. Mama rasa hanya Fea saja yang boleh kembalikan Naufal yang dulu."
"Mama..Fea...."
"Fea ikut mama ke KL boleh? Mama tak mintak lebih Fea, mama cuma mahu Fea maafkan Naufal. Hanya dengan mendengar kata-kata kemaafan dari mulut Fea sendiri mungkin dapat menyedarkan Naufal dari kekhilafan nya."
"Setiap kali dia muncul depan mata Fea, luka lama yang hampir kering berdarah semula mama tapi pada masa yang sama kehadiran dia juga buat Fea berdebar-debar mama. Sebelum ni Encik Naufal cuba untuk pujuk Fea mama tapi Fea keraskan hati tak mahu maafkan dia. Fea betul-betul tak sangka yang sampai begitu sekali keadaan Encik Naufal sedangkan Fea bukanlah siapa-siapa."
Setitis air mata gugur juga dari kelopak mata.
"Fea, mama faham perasaan Fea. Maafkan mama kerana tak berada di sisi Fea ketika Fea perlukan mama. Mama tahu runtuhnya perkhawinan Fea dulu adalah disebabkan kesilapan anak mama yang terlalu cemburu buta sampai tak nampak kejujuran dan kesetiaan Fea pada dia. Tapi mama merayu dengan Fea, fea ikut mama ke KL ya. Kita selesaikan segalanya dekat sana. Mama rasa sudah sampai masanya untuk Fea dan Naufal berbincang dari hati ke hati mencari titik perdamaian. Boleh kan sayang?"
Pada benak Sofea, ada benarnya apa yang dikatakan Puan Saadiah. Mencari titik perdamaian. Tidak ada gunanya jika menyimpan dendam kesumat kelak memakan diri.
"Mama, Fea akan ke KL tapi bukan sekarang. Fea akan ke sana dalam masa terdekat."
"Betul ni sayang?"
Fea mengangguk. Tujuanya.hanya satu, mencari titik perdamaian.
"Terima kasih sayang." Puan Saadiah memeluk Sofea.
Terima kasih Fea. Alhamdulillah. Semoga Naufal kembali kepada Naufal yang ceria dan menambat semula hati kekasih hatinya, Sofea Imani.
YOU ARE READING
Akan Aku Kejar Jandaku
RomansaKerana satu fitnah, masjid yang dibina musnah. Naufal Iskandar buntu, setelah talak dijatuhkan, penyesalan mula menghambat diri. Cerita sebenar terbongkar. Kemaafan harus dicari. Masjid yang runtuh mahu didirikan semula bersama bidadari nya. 'Akan A...