Aku menggalas beg sekolahku yang berwarna hitam dan turun dari kereta selepas mencium tangan abahku. " Haih, tahun ni aku dah 15. PT3 hm " Hatiku getus perlahan. Aku berjalan mengikuti sepanjang gajah menyusur yang berada di hadapan Dewan Al-Mashyur menuju ke tapak perhimpunan.
Dari jauh lagi aku sudah nampak Hyekal yang sedang melambai-lambai padaku dari jauh. Aku hanya tersenyum dengan gelagat Hyekal pada hari pertama sekolah hari ini. Tak sabar agaknya nak dengar pengetua berucap. Aku meletakkan beg aku betul-betul di sebelah Hyekal. Hyekal nampak amat kemas hari ini dengan mengenakan baju sekolah, seluar hijau pekat dan .... " Hyekal! spek baru eh?!" Aku amat teruja melihat Hyekal memakai cermin mata baharu dan terus mengambil cermin matanya. " Syaf! kalau ya pon mintak lah izin. Dahla tengok aku atas bawah pastu main amik spek aku. apa punya pangai ". Aku hanya membiarkan Hyekal membebel seorang diri.
Cermin matanya yang berada di tanganku aku lihat dengan penuh teliti. HAHAHA jakun nya aku macam tak pernah nampak spek. " Diminta semua pelajar di kantin segera menuju ke anjung Seri Pagi kerana sekejap sahaja lagi perhimpunan akan bermula ". Pengumuman yang diberikan oleh pengawas yang tinggi itu mengejutkan aku dan Hyekal. " Ya Allah we aku ingat nak runtuh apa tarupanya pengawas shit do ". Aku tergelak bersama Hyekal. Aku memberikan cermin mata Hyekal kepadanya semula takut pulak anak orang ni meroyan.
Selepas sahaja perhimpunan habis dengan bacaan doa, semua pelajar diarahkan untuk bergerak ke kelas masing-masing. Seperti biasa, aku dan Hyekal berjalan bersama dengan rakanku yang lain AIman, Fariz dan lain-lain. Apabila sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas, terdapat sedikit sahaja lagi kerusi dan meja yang tinggal. " Baik aku amek cepat nanti kang nak kena pinjam meja kelas sebelah malu sia ". Aku terus berlari dan chop meja aku dan Hyekal yang terletak betul-betul di bawah kipas. Aku meletakkan beg aku di atas kerusi dan mengeluarkan buku tulis kosong kerana aku masih tidak dapat jadual kelas.
Aku memandang sekeliling kelas dan setiap orang, ramai juga pelajar kelasnya yang dulu tiada di dalam kelas tersebut. Tiba-tiba seorang pelajar perempuan yang memakai pendakap gigi mengur aku " Eh awak Syaf kan? Yang instafamous tu kan? waaaaa selamat berkenalan " sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aku mengerling ke arah nametagnya ' Aida '. " Ouh ya haah. Selamat berkenalan. Maafya haram ". Ujarku sambil senyum kepada pelajar perempuan yang memakai pendakap gigi tersebut. Perempuan tersebut tergelak kecil dan menundukkan kepalanya dan berlari anak ke mejanya.
" Kau ni asal ha Syaf, femes sangat tau tak nanti kau depress semuanya kat aku " Kata Hyekal kepadaku. Aku hanya mendiamkan diri sambil membelek-belek pencil caseku.
Selesai habis mata pelajaran yang kedua, masa yang semua pelajar sukakan. REHAT. Aku mengajak Hyekal untuk pergi ke kantin bersama-samaku. " We korang sini jap " Amin, ketua kelas aku. Semua pelajar kelas aku tertanya-tanya dan berkumpul ke mejanya. " Cikgu Lina cakap lepas rehat ni ada sorang budak baru masuk ". Ouh tu jeke? Aku membuat muka menyampah. " Lelaki ke perempuan? Dia dari mana? " terdengar suatu suara dari belakang pelajar perempuan.
" Pelajar perempuan, dia dari Shah Alam " Ujar Amin. Aku hanya membiarkan pelajar-pelajar lain sibuk bercerita tentang pelajar perempuan tersebut. " Heh entah-entah tak lawa mana pun. Kot-kot takde la pandai mana " bisik aku di dalam hati. Aku segera menarik Hyekal yang sibuk ingin tahu tentang pelajar tesebut. " Kal, takyah la nak gatal sangat kat perempuan tu. entah-entah dia tak lawa mana pun " kata aku pada Hyekal sambil menuruni tangga. Hyekal hanya diam dan mengangkat bahunya.
Semasa di kantin, ramai mata yang memandang aku dan hyekal. Ada juga yang membisik-bisik diantara satu sama lain. " Eh tu bukan Syaf ng Hyekal ke? uish gila ah di sekolah kat sini " ujar seorang pelajar permpuan tingkatan 1 yang teruja melihat aku dan Hyekal. Jam menunjukkan tepat 10.05 minit. Aku segera naik ke tingkat atas untuk pergi ke kelas aku. Aku menaiki tangga seorang diri kerana dari tadi lepas sahaja habis makan, Hyekal kata dia ingin pergi ke tandas.
Aku mempercepatkan langkahku kerana aku suka untuk naik ke kelas awal-awal. Aku berhenti seketika di hadapan papan kenyataan yang tidak mempunyai apa apa bahan yang ditampal. Sedangku membetulkan tali leher aku di hadapan papan kenyataan, seorang pelajar perempuan yang menggalas begnya berjalan sambil memegang beberapa fail. " Lawanya perempuan tu " Serius aku tak tipu perempuan tu lawa. Mukanya yang putih dan bibirnya yang kecil itu menarik perhatianku.
Ini pertama kali aku memuji kecantikan pelajar perempuan di sekolahku. Dia hanya senyum padaku dan berjalan menuruni tangga. Aku berhenti mengelamun, aku segera pergi ke kelas sebelum pdp bermula. Sebaik sahaja semua pelajar kelasku masuk, Cikgu Lina iaitu guru kelasku meletakkan beg tangannya berserta beberapa buku di atas meja. Terdapat seorang pelajar perempuan di luar kelasku yang hanya berdiri. Aku tidak terlalu nampak mukanya kerana terlindung oleh pintu kelas. Aku hanya membiarkannya. Amin selaku ketua kelas, menjalankan tugasnya untuk memberi salam dan mengetuai bacaan doa belajar. " Waalaikummussalam kelas, sila duduk, Seperti yang sedia maklum, saya pasti semua sudah tahu yang kita akan mendapat classmate baru " Semua pelajar mengangguk dan berbisik-bisik.
" Kamu boleh masuk " Sebaik sahaja Cikgu Lina bercakap, semua mata tertumpu pada pelajar perempuan yang baru sahaja masuk ke dalam kelasku. Pelajar tersebut masuk ke dalam kelas dengan penuh sopan santun. Dia mengangkat mukanya damn. Pelajar tersebut adalah pelajar yang aku terjumpa tadi. Hatiku berdegup kencang dan aku hanya melihat mukanya yang flawless itu. Pelajar lelaki ada yang teruja melihat pelajar tersebut. Pelajar perempuan pula ada yang menunjukkan muka malas, ada yang mengumpat, ada yang memuji kecantikkannya "Assalammualaikum. Nama saya Nurul Aqilah. Saya dari Shah Alam, Selangor. Saya baru sahaja berpindah di sini kerana urusan keluarga. Saya harap kamu semua dapat memberikan tunjuk ajar kepada saya" Habis sahaja pelajar tersebut berucap, dia senyum kepada kami semua.
" Okay, terima kasih Aqilah, kamu boleh duduk di tempat kosong di sana" Kata Cikgu Lina sambil menunjukkan ke arah meja barisan sebelah yang berada di sebelahku. Aqilah berjalan menuju ke tempat kosong yang berada di sebelahku. Aku tersenyum melihat Aqilah yang ayu itu. " We Syaf, amacam kau suka an dak baru uh" kata Hyekal padaku sambil menjuih bibirnya pada Aqilah. "Ish kau ni mana ada" tipu aku pada Hyekal.
-
Aku meletakkan begku di atas kerusi. Pelajar perempuan yang berada di sebelah kananku itu senyum dan berkata " Hai Aqilah, nama saya Husna. Panggil je Cuna". " Hai saya harap kita dapat jadi kawan" Aku mengeluarkan pencil caseku dari beg dan mengeluarkan buku tulis. Aku tahu banyak mata yang tertumpu padaku tadi. Aku memandang sebelah kiriku. Aku hampir terkejut kerana di sebelahku adalah pelajar lelaki yang dia baru jumpa tadi di laluan maklumat dan pelajar tersebut ialah Isyraf Danish. Instafamous. Omaigod aku jumpa dia!!! Jeritku di dalam hati. Aku sedikit teruja.
>>>
p/s : cerita ini tidak memcerminkan watak yang dipilih dan tidak melibatkan kehidupan peribadi sebenar watak di luar cerita.
YOU ARE READING
o b s e s
RandomSyaf. Aku bukan alien dari planet Marikh or what. Aku bukan KINGKA kat sekolah, Aku bukan dak dak blue macam sesetengah remaja yang lain. Aku Isyraf Danish. -- Bermula dari kisah seorang remaja berumur 15 tahun dan bersekolah di SMK Semarak. ya PT3...