Aku keluar dari tandas perempuan dan melipat sedikit bahagian tudungku. Aku berjalan menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Waheeda. Tadi cikgu panggil aku mintak jumpa dia so aku pun nak pergi jumpa dia la ni. Semasa di dalam perjalanan, aku melalui kelas 3 Ixora. Kelas Dya Arisha awek Syaf. Aku still ingat lagi apa yang Syaf cakap kat aku. 'Saya bagitahu dekat awak ni, maknanya saya percayakan awak'. Kata-kata Syaf itu masih terngiang ngiang di dalam kepalaku. Tiba-tiba seorang pelajar perempuan yang kurus dan tinggi lampai berhenti di hadapanku. Aku sedikit terkejut. "So, ni la Aqilah ya. Sama kelas dengan Syafkan?" Kata perempuan tersebut dan terus beredar.
Aku sempat mengerling pada tag namanya 'Dya Arisha'. Cantik Dya ni. Tapi, apa maksud ayat dia tadi? Syaf? Memang la aku tau yang dia tu gf Syaf tapi hm kenapa dia macam marah? Siap jeling lagi?. Omel aku sendiri di dalam hati dan meneruskan perjalan menuju ke bilik guru.
-
"Haih, leganya dapat jumpa Dya. Betulla tekaan aku yang Dya still sayangkan aku and dia takde hubungan pun dengan Amir" Kataku pada Hyekal. "Hm, bagusla untuk kau, moga kekal ya" Kata Hyekal. Aku mengeluarkan buku teks Geografi dari beg galasku. Aku nampak kelibat Aqilah sedang mengedarkan beberapa helaian kertas. Sesampai sahaja di mejaku, Aqilah memberi surat itu dan aku sempat memanggilnya. Tapi, dia tak endahkan. Kenapa dengan dia? Datang bulan ke? Apa aku kisah?
Aku terus melihatnya yang mengambil buku-bukunya dan duduk di sebelah Amin. Kenapa aku rasa geram je tengok dorang? Feeling apa ni do.
-
"Dya! Tadi you pergi mana keluar kelas?" Tanya Qis padaku. "Aku jumpa Aqilah, ala yang perasan Syaf suka dia tu" "Ouh, we kau tak risau ke kalau Syaf tau yang kau keluar dengan Amir tiap tiap hujung minggu. Aku dah lama tak tengok korang date tau" "Ala, jangan risau la, setakat Syaf? Senangje aku nak tipu dia. Dia tu taklah pandai mana". Jawabku.
Ya aku memang tak pernah sukakan Syaf. Kes tahun lepas waktu kem dulu tu? Argh aku berlakon je. Aku couple dengan Syaf sebab aku nakkan harta dia je. Ergh memangla orang kata aku beruntung sebab dapat Syaf, but bruhh aku takkan suka Syaf sebab aku dah ada Amir! Amir!. Aku kenal Amir dah lama dah. Dari tadika lagi, dia pindah sch aku tu pun aku paksa.
Aku tak sanggupla nak jauh jauh dengan Amir. Aku taknak jugak orang ambik Syaf dari aku, sebab kalau aku break, Syaf takkan bagi lagi apa yang aku nak. Srsly dia takkan bagi macam sekarang. Aku mintak apa-apa pun, dia still bagi sebab dia bodoh. Ya dia memang bodoh sebab dia suka kat aku? What?? Aku ni dah la kelas hujung, tak pandai srsly Syaf dah masuk perangkap aku. HAHAHAHA gi mati ah.
>>
"We Hyekal! Malam ni movie jom kat JJ" "Okay boek aku on je". Syaf terus berlalu pergi meninggalkan aku kerana dia sudah berjanji untuk balik dengan Dya. Aku pulak? Aku kena hantar buku dekat meja Cikgu Shamsul. Dahla jauh dekat bengkel pertanian laktu. Ish. Aku memperlahankan langkahku kerana agak letih membawa 30 buku tulis pelajar kelas aku. Serius berat gila. Sedangku berjalan seorang di kaki lima, aku terlihat dua orang pelajar iaitu lelaki dan perempuan berpegang tangan di meja batu. Aku menyorok di sebalik tembok bangunan.
"WTH! Ish gila ah, tak tau ni sekolah ke apa? Jap perempuan tu macam aku kenal. Ya Allah Dya? Kau curang dengan Syaf?" Jerit aku di dalam hati. Aku terus berjalan dengan pantas dan menuju ke arah mereka. "Dya? Apa kau buat ni! Pegang-pegang? Kau gila ke? Kau curang dengan Syaf!". Tiba-tiba Amir bangun dari kerusi batu tersebut dan menampar mukaku. Buku-buku yangku bawa tadi jatuh ke atas tanah.
"Eh kau Hyekal? HAHAHAHAHA pegi mati la kau" Balas Dya dan terus pergi bersama Amir. Srsly aku sakit hati gila. Berani Amir tampar aku? Aku dah agak dah. Dari awal lagi, Dya ni memang dah curang dengan Syaf. Aku kena bagitau dia malam ni jugak! Kataku di dalam hati dan terus megutip buku-buku yang jatuh.
>>
Syaf dan Hyekal berjalan menuju ke sebuah restoran di JJ sebelum masuk ke panggung wayang.
"We Syaf! Duk sana jom" Kataku sambil menuding jari ke arah tempat kosong yang berada di tepi dinding. Aku menarik kerusiku dan duduk di hadapan Syaf. Selesai sahaja Syaf memesan makanan, aku berkata pada Syaf. "Syaf, kau memang sayangkan Dya ke?" "Ofc la aku sayang dia. Dah nama pun awek mesti la sayang. Apa punya soalan?" "Ouh, kau tak rasa kau dimainkan ke?" "apa kau cakap ni? Dya nak mainkan perasaan aku? Memang tak la. Mesti la dia rasa bersyukur sebab dapat Bf macam aku ni" Kata Syaf sambil smirk. "Aku bukan apa, setiap kali hujung minggu, bila kau ajak dia date, dia asyik kata dia busy memanjang. Takkan la nak date dengan kau pun busy memanjang?" "Eley kau jeles eh Kal? HAHAHAHA kau usha la si Aqilah tu. Single tu" Katanya.
Makanan yang aku dan Syaf sudah terhidang di atas meja. Tunggu apa lagi? Makan la. Aku meletakkan sudu dan garfuku di atas pinggan. "Syaf, aku nak cerita ni jangan pulak kau marah aku. Aku bukan nak masuk campur hal kau dengan Dya cuma, tadi waktu aku otw pegi bengkel, aku nampak Dya dengan Amir dekat kerusi batu tu pegang tangan. Then aku terjah dorang, Amir terus tampar muka aku" "Apa kau ni! Tadi kau kata Dya mainkan aku? Now? Kau nak cakap Dya curang ng aku? We Kal" katanya sambil memaut kolar bajuku. "Kau dengar sini! Kau jangan nak masuk campur hal aku!! Kalau kau tu taknak ada orang nak sudah la! Takyah nak hancurkan orang! Aku ingat kau boleh tolong aku Kal rupanya tak! Mulai pada harini, kau jangan cakap buruk pasal DYA!! Dya dengan -Amir takde apa-apa. Kau bukan kawan aku KAl! " Katanya dan menepis bahuku dan terus beredar.
Apa yang sedang berlaku sekarang ni? What? Hati aku bagai dihiris-hiris bila Syaf cakap macamtu. Aku cerita benda betul kan? What! Syaf kau memang pentingkan awek kau dari kawan baik kau sendiri. Takpe tengokla nanti. Kataku dan terus beredar dari restoran tersebut.
>>>
p/s : cerita ini tidak mencerminkan watak yang dipilih dan tidak melibatkan kehidupan peribadi sebenar watak di luar cerita.
YOU ARE READING
o b s e s
De TodoSyaf. Aku bukan alien dari planet Marikh or what. Aku bukan KINGKA kat sekolah, Aku bukan dak dak blue macam sesetengah remaja yang lain. Aku Isyraf Danish. -- Bermula dari kisah seorang remaja berumur 15 tahun dan bersekolah di SMK Semarak. ya PT3...