Part 7

175 7 0
                                    

Aku menjeling ke anak mata Syaf. Dah agak dah. Ni mesti kerja dia! sebab dia dengan Aqilah je yang lambat. Kau dah sakiti aku now? Kau nak sakiti Aqilah pulak? Dia takde kena-mengena pun dalam hal ni. Aku meninggalkan Syaf yang berada di tepi makmal. Aku membawa buku-buku Aqilah dan terus menuju ke kelas. Sesampai sahaja di dalam kelas, Syaf menepis barang-barangku yang berada di atas meja dengan kuat sehingga jatuh. "Kau pahal? Aku ada kacau kau ke?" "Haah memang. Kau kacau aku. Pahal pulak kau nak bawak barang-barang Aqilah?". Aku hanya mendiamkan diri dan membiarkannya. Anggap yang Syaf tiada di hadapanku.

Kelibat Aqilah masuk ke dalam kelas dan suasana terus menjadi senyap. Aqilah mengambil bukunya dan sempat mengucapkan terima kasih padaku. "Welcome Aqilah". Kataku sambil mengenyitkan mata sebelahku pada Aqilah. Aqilah tergelak kecil. Syaf yang berada di hadapanku menepuk meja dan pergi ke tempat duduknya. Saje je aku nak jeleskan dia, cukuplah aku sorang je yang kau buat huh!

-

Aku terkejut dengan apa yang sudah Syaf lakukan. Dia tolak aku? Apa? Selama ni dia baik je dengan aku. Ke aku ada dengan Hyekal tadi dekat lobi atau aku tanya soalan tadi. Aku melepaskan nafas perlahan. Kakiku terasa sakit kerana kakiku lebam akibat Syaf menolakku tadi. Tak sangka pulak Hyekal wink padaku. HAHAHA blushing sekejap. Dan aku amat tak sangka aku pulak yang kena marah sebab lambat? Dahla sakit kaki sakit hati jugak. Aduh! Rasa menyesal pulak sekolah kat sini.

Habis sahaja pembelajaran pada hari itu, Hyekal membantuku membawa fail-failku dan bukuku. Baiknya Hyekal ni dah la hensem. HOHO. "Hyekal, saya nak pergi tandas sekejap awak tunggu dulu boleh tak?" "Okay". Katanya. Aku meletakkan begku di atas bangku dan masuk ke dalam tandas. Kelihatan dua pelajar perempuan sedang berbual-bual. Aku hanya menundukkan mukaku. Sewaktu aku di dalam tandas, aku terdengar perbualan mereka.

"So, plan kita macam mana?" "Plan kita menjadi. Now, Syaf dah gaduh dengan Hyekal and Aqilah" "Hm Aida, kau jengan sesekali nak suka dekat Syaf faham?" "Ye faham. Apa plan sekarang?" "Kau perlu ugut Aqilah. Biar dia merana. Aku pulak hasut Syaf supaya diaorang tak rapat okay?"

Perbualan itu terhenti apabila aku keluar dari tandas. Aku menyorokkan sedikit mukaku supaya mereka tidak perasan. Aku keluar dan mengambil begku. Aku berjalan bersama Hyekal melalui gajah menyusur dan aku terfikir sejenak perbualan Dya dan Aida tadi. Hm selama ni Aida dengan Dya tak suka aku la ni? Aish. Mengaku je la ergh!

-

Aku manaiki tangga rumahku dua tingkat itu. Aku membuka daun pintu bilik dan masuk ke dalam. Ekor mataku tertancap pada satu sampul surat berwarna coklat di atas meja belajar. Surat apa pulak ni? Aku membuka satu persatu butang bajuku dan hanya memakai singlet hitam. Chilla kat rumah. Aku mengambil surat tersebut dan membukanya. Mataku mula berkaca. Perlahan-lahan air mataku berlinang di pipi. Gambar ni ... Dya kan? Aku meneliti dan amati setiap gambar dan satu gambar ini amat menyakitkan hatiku.

Kelihatan Dya memegang tangan seorang lelaki yang aku kenal. Amir! Aku menyeka air mataku. Tak guna! Aku melemparkan gambar-gambar tersebut. Aku menekup mukaku dan cuba untuk tidak menangis kerana Dya. Betul apa yang Hyekal cakap! Dya memang dah curang dengan aku!

>>>

p/s : cerita ini tidak mencerminkan watak yang dipilih dan tidak melibatkan kehidupan peribadi sebenar watak di luar cerita.

o b s e s Where stories live. Discover now