Aku dan Hyekal berjalan menuju ke kelas kami. Aku melangkah masuk ke dalam kelasku, aku terus membuka kipas dan duduk di mejaku. Aku mengambil pencilcase aku yang berada di bawah meja. Aku terpegang sesuatu seperti surat? Aku mengambil surat yang berawarna pink tersebut. "Ish, ni mesti surat cinta. ish malasla " Kata aku sambil merungut. Aku membaca tulisan yang berada di sampul surat itu. For: Syaf sayang. "Ew, perasannya" Kata aku dan terus membuka isi sampul surat tersebut. Aku membaca surat itu dengan malas.
From : Aida yang duduk dekat dengan awak dan dalam hati awak aww
For : Syaf sayang
Hai awak. Saya Aida ni. Saya tau yang awak masih tak kenal saya sangat. Saya duduk dekat je dengan awak. Saya dah lama perhatikan awak. Awak ni baik, pandai hensem pulak tu. Melt saya. Nak tak kita couple? Saya tau awak akan suka saya balik. Saya tau awak suka saya sebab awak selalu tolong saya. Tapi, saya nak cakap yang awak takyah la nak dekat sangat dengan Aqilah tu. Dah la gatal. Awak abaikan je dia. Saya tak suka la awak rapat-rapat dengan si Aqilah tu. Saya jeles tau tak? Jomla couple dengan saya. Saya yakin, awak akan bahagia bila couple dengan saya.
Selesai sahaja aku habis baca surat tersebut, aku meronyokkan kertas tersebut dan hentak mejaku. Pantang betul aku, dah la bagi surat pastu mintak couple. wth. Dia ingat aku apa? Dia ingat aku senang senang ke apa nak couple ng dia. Ofc la TAK. Aku terus keluar dari kelas dan pergi ke perpustakaan untuk mencari Aida. Hyekal asyik bertanyaku aku hendak pergi mana. Aku hanya membiarkannya. Aku dengan perasaan marah terus masuk ke dalam perpustakaan.
Mata aku tertangkap pada seseorang yang aku sedang cari. Aku menarik kerusi di hadapannya dan terus duduk. "Eh sayang, kenapa tak cakap yang nak jumpa" Kata Aida sambil memegang tanganku. Aku menepis tangannya dengan kuat. "Perasannya kau ni. Gatal. Dah la tiba-tiba bagi surat, pastu suruh aku couple dengan kau?. Aku tak pernah langsung suka kau. Aku tolong semua orang sama rata. Takyah la nak perasan sangat yang aku ada hati kat kau. And one more thing, pahal pulak kau nak jeles aku rapat dengan Aqilah?" Kata aku panjang lebar.
Aida bangun dan terus keluar dari perpustakaan. Aku membuang surat tersebut ke dalam tong sampah. Kenapa aku dingin semacam? Ye la mana taknya? Memang la sebelum ni aku dapat banyak surat tapi tu semua sokongan dari fans fans aku. Ni tak tetiba mintak couple. Suruh aku takyah rapat dengan Aqilah pulak. Suka hati dia je.
-
" Babi punya betina. Berani kau dah hasut Syaf aku sampai dia marah kat aku sangat? Eyyai sedarla sikit pompuan kau tu tak lawa. Muka kau macam loji kau tau tak?" Kata aku sambil menyeka air mataku. Aku masuk ke dalam kelas dan terus duduk. Aku menjeling kepada Aqilah yang sedang berbual-bual dengan Nik. Heh gatal. Semua jantan kau nak try. Aku menyepak kerusinya sehingga jatuh begnya. Biar dia tu. Gatal lagi dengan Syaf.
--
Aku bersandar pada tembok dinding. Aku memandang sekeliling dan meliar mencari Aqilah. Tadi dia dah janji nak balik dengan aku. "Syaf! Sori saya lambat. Tadi saya pulangkan buku kat pss" Aku tersengar suara Aqilah dari arah belakang. "Ouh la yeke. Takpe dah jom balik" Kataku sambil mengambil failnya. Apa salahnya tolong dia angkat fail. Aku dan dia berjalan beriringan. Sempatku menjeling pada mukanya. Haih. Geramnya. Act, aku anggap dia kawan je. Dari mukanya, aku tau yang dia ada masalah. "Awak ada masalah ke?" Saya tengok muka awak sedih je. "Eh manade saya cuma penat sikit". Aku tau yang dia tipu aku. "Hm, malam ni saya call awak tau" Kataku. "Okay. Ibu saya dah sampailah, saya balik dulu Syaf " Katanya sambil melambai padaku.
Jap. Dia tertinggal fail dia. Belum sempat aku hendak mengejarnya, aku merasakan seperti lenganku dipaut oleh seseorang. Aida. Aku menolak tangannya. Gatal tak tau haram halal ke apa? " Kau nak apa lagi? Dah dah latu. Pegang-pegang. Aku anggap kau kawan je tak lebih pun" Kataku sambil mengeluh berat. "Ingat saya tak tau? Yang awak ada hubungan dengan Aqilah kan?" "Boleh tak kau jangan nak campur hal aku?" Aida terus pergi sambil membuat flying kiss padaku. Ya Allah baldi! Aku menjelingnya. Aku hanya memegang fail Aqilah dan berlalu pergi apabila ternampak kereta abahku.
-
Aku masuk ke dalam kereta ibu. Aku terus menyalaminya. Aku mengenangkan perkara yang berlaku di tandas tadi. Haih, mana ada aku gatal dengan Syaf. Normal la tu kawan. Tak lebih pun, kalau kau nak suka dia, suka je la.
//Flashback//
Aku pergi ke meja guru yang berada di hadapan kelas untuk meminta izin pergi ke tandas. Aku mengambil pas yang diberikan oleh Cikgu Wati dan terus pergi ke tandas. Aku membetulkan tudungku dan melipat tudungku supaya lebih kemas. Tiba-tiba pintu tandas dibuka oleh seseorang iaitu Aida. Aku senyum kepadanya dan dia hanya menjeling padaku.
Sewaktu aku hendak keluar. Aida menarik tudungku dengan kuat sehingga membuat aku terkejut. Aku tersentak dan hampir menangis. "We kau takyah nak gedik sangat boleh tak dengan dak classmate aku lagi-lagi Syaf! Jangan nak mengada-ngada la nak rapat sangat. Kau tu tak lawa pun. Jangan menggatal jadi murah sangat" Kata Aida sambil menolak bahuku dan berlalu pergi. Aku tidak boleh menahan lagi air mataku. Aku menyeka air mataku yang berlinang di pipi.
//End Flashback//
-
Aku menghempaskan badanku di atas katilku yang empuk itu. Waa bestnya! esok cuti seminggu. Aku mengambil telefonku yang berada di tepi katil. Aku membuka aplikasi whatsapp dan membaca mesej daripada gp dan rakan-rakanku. Eh aku dah kata kat Aqilah yang aku nak call dia. Aku terus mencari namanya di dalam contactku. Aku menekan pada namanya dan menelefonnya. Aku mencuba banyak kali untuk menelefonnya tapi dia tidak angkat. Hm mungkin dia penat kot. Takpelah kata aku dan menutup telefonku.
>>>
p/s : cerita ini tidak mencerminkan watak yang dipilih dan tidak melibatkan kehidupan peribadi sebenar watak di luar cerita.
YOU ARE READING
o b s e s
RandomSyaf. Aku bukan alien dari planet Marikh or what. Aku bukan KINGKA kat sekolah, Aku bukan dak dak blue macam sesetengah remaja yang lain. Aku Isyraf Danish. -- Bermula dari kisah seorang remaja berumur 15 tahun dan bersekolah di SMK Semarak. ya PT3...