Dentuman demi dentuman meletus.. Pekikan dan lolongan bergema dari setiap arah.. Orang ramai berlari bertaburan.. Ada yang menyelamatkan keluarga masing-masing.. Dan ada juga yang lari menyelamatkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain.. Perkampungan kecil itu kini bertukar menjadi tapak peperangan..
Lembaga berkelubung menembak ke sana-sini yang hanya bertujuan untuk menghancurkan tempat itu dan membunuh semua orang tanpa ada belas kasihan.. Rumah-rumah yang diperbuat daripada kayu kini hanya tinggal sisa-sisa debu langsung tidak boleh diperbaiki lagi..
"Luhan!!"
Lelaki berumur untuk menyambar seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan tujuh tahun yang sedang berlari mencari tempat perlindungan sambil menangis kuat..
"Ayah!!"
Lelaki itu kemudiannya membawa kanak-kanak berkulit putih melepak itu ke tempat yang boleh dijamin keselamatannya walau hanya satu peratus sahaja.. Dia memandang sayu anak kecil itu apabila yakin bahawa tempat itu selamat..
"Dengar sini, nak... Awak mesti keluar dari sini.."
"Ayah," budak kecil itu masih lagi menangis.. "Apa yang dah jadi.? Mama mana.?"
Wajah lelaki itu kini mula berkaca apabila anak kecil itu menyebut perkataan 'Mama'.. Ibunya sudah pun mati akibat terkena tembakan ketika lari cuba menyelamatkan suaminya itu.. Apa yang anak kecil berusia tujuh tahun ini tahu jika perkara sebenar diberitahu.?
"Dengar ni..." lelaki tua itu merenung anaknya sayu seolah-olah itu adalah kali terakhir mereka akan berjumpa.. "Cari Kris dan pergi dari sini.."
"Saya tak akan tinggalkan ayah!" bentak anak kecil itu..
Lelaki tua itu mendengus perlahan.. "Nak...Kamu mesti pergi dari sini.. Tempat ini bahaya.. Ini bukan rumah kita lagi.."
"Tapi saya tak mahu berpisah dari ayah.." rungut budak kecil itu..
"Ayah tahu...Ayah akan menyusul nanti.." beritahu lelaki itu walaupun dia sendiri belum pasti sama ada dia benar-benar akan menyusul anaknya itu ataupun tidak.. "Sekarang kamu kena selamatkan diri dulu.."
Budak lelaki itu berhenti menangis dan mendengar dengan tekun apa yang lelaki tua itu katakan.. Dia kini percaya lelaki tua itu akan datang bersamanya tanpa mengetahui apa keadaan yang sebenarnya akan terjadi..
"Pergi ke belakang hutan tempat kamu selalu bermain.." lelaki tua itu mula memberi arahan.. "Jalan terus masuk lebih dalam lagi.. Kamu akan jumpa satu gua.. Masuk ke situ.."
Budak lelaki tu cuba mengingat..
"Kamu akan jumpa jalan keluar.." lelaki itu kini mula sebak.. "Ikut pintu itu dan keluar dari sini.."
"Baik, ayah.." ujar anak kecil itu patuh..
Lelaki tua itu memeluk anak lelakinya yang mana baginya adalah buat kali yang terakhir.. "Jaga diri, nak.."
"Ayah akan datang kan.?"tanya anak kecil itu..
"Ya.." jawab lelaki tua itu kemudian melepaskan pelukannya.. "Sekarang pergi!"
Budak lelaki itu segera berlari dari celah-celah semak samun itu.. Lelaki tua itu hanya mampu melihat anaknya sambil menangis kemudian masuk semula ke dalam pertempuran yang kini semakin dahsyat dan tidak dapat dipastikan di mana penghujungnya itu..
YOU ARE READING
Huruf (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesemua orang yang mempunyai kebolehan yang sama. Untuk dilindung dan dilatih sebagai persediaan peperangan. Dan bila mana salah seorang menjadi...