Kuasa Pembeku

2.3K 199 41
                                    


Perlahan-lahan pintu rumah sewa itu dibuka. Sehun dan Luhan melangkah masuk sambil tercungap-cungap seperti baru selesai berlari maraton. Lelaki yang mereka jumpa itu hanya menyusul teragak-agak di belakang mereka kebingungan. Kelihatan Suho, Chen dan Chanyeol duduk di sofa sambil memandang mereka cemas. Xiumin dan Tao pula yang duduk di sebuah kerusi turut memandang mereka. Kris hanya berdiri berdekatan tingkap sambil berpeluk tubuh.

"Kamu diserang ke.??" Kris memandang keadaan Luhan dan Sehun yang agak penat seperti baru habis berperang.

Sehun dan Luhan tidak menjawab sebaliknya berpandangan seketika lalu merenung tajam ke arah lelaki yang bersama mereka itu. Lelaki itu hanya buat-buat tidak tahu sahaja dengan mereka. Kerana lelaki itu asyik menyerang mereka bertubi-tubi lah mereka jadi seperti itu.

"Siapa ni.?" tanya Chanyeol merenung lelaki yang bersama mereka itu tanpa menunggu soalan Kris dijawab.

"Kami dah jumpa dia." ujar Sehun kemudian melabuhkan punggung di sofa berdekatan.

Luhan memandang lelaki itu. "Masuk lah."

Lelaki itu segera masuk lalu duduk di sebelah Sehun tanpa dipelawa.

"Huruf apa.?" Suho memandang Luhan kerana Sehun kini sudah memejamkan matanya agak kepenatan.

Luhan mengangkat bahunya. "Tak sempat tanya."

Suho segera memandang lelaki itu. "Siapa nama awak.?"

"Saya ke.?" Tanya lelaki itu semula dengan selamba.

Suho memandang Luhan sekali imbas yang hanya merenungnya kemudian kembali memandang lelaki itu. "Awak nak suruh saya berkenalan dengan orang-orang kat sini lagi ke.?"

Lelaki itu tersengih-sengih. "Nama saya Zhang Yixing. Tapi saya lebih selesa kalau kamu panggil saya Lay."

"Huruf Z." serentak semua orang mengangguk kecuali Sehun yang masih lagi memejamkan matanya.

"Huruf.?? Apa.??" Lelaki bernama Lay itu mengerutkan dahinya agak kebingungan.

Tiada seorang pun di antara mereka yang menjawab soalan itu. Mereka semua berpandangan sesama sendiri.

"Ini bermakna kita hanya perlu cari dua orang lagi." Kris memandang Luhan.

Luhan hanya mengangguk tidak bersuara.

"Ada sesiapa yang boleh beritahu saya apa dah jadi sekarang ni.??" Lay bersuara lagi. "Kamu semua ni siapa.??"

"Kami semua ni sama seperti awak lah." beritahu Chen.

"Sebenarnya saya pun tak tahu saya ni apa." Lay bersuara sambil ketawa mengekeh yang langsung tidak lawak.

"Kami akan ceritakan semuanya bila dah selesai." ujar Kris. "Penat nak cerita satu-satu."

"Apa kuasa awak.?" tanya Chanyeol memandang lelaki itu.

"Matanya." Luhan menjawab bagi pihak lelaki itu. "Dia boleh menembak dengan menggunakan matanya."

Sehun membuka matanya kemudian memandang lelaki itu. "Dia hampir bunuh saya dengan matanya tu."

"Maaflah." Lay menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Saya ingatkan kamu ada niat jahat dengan saya."

Sehun hanya mendengus kuat sambil menggelengkan kepalanya memikirkan bagaimana dia hampir mati tanpa sebab yang bermanfaat.

"Saya dah penat dijadikan sebagai bahan ujikaji."

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now