Luhan memberhentikan kereta yang dipandunya itu betul-betul di hadapan Kolej Sains Antarabangsa itu. Dia menarik nafas panjang seketika kemudian mematikan enjin kereta. Sehun kini sedang ternganga melihat seluruh kawasan kolej itu. Ia adalah pertama kali dia melihat sesuatu seperti itu. Tao, Chen dan Suho hanya memandang sekeliling tidak begitu teruja kerana mereka berasal dari kehidupan normal. Kris masih lagi mendengus kerana tidak suka masuk ke situ lagi. Segala kenangan pahit yang dia terima selama dia menjadi pelajar di situ sudah cukup membuatkan dia serik. Keriuhan kolej itu masih sama seperti dulu. Sepertinya tiada apa-apa yang berbeza.
"Wah... Lamanya tak balik ke sini!!" Chanyeol bersuara agak teruja memandang kolej itu seolah-olah sudah sepuluh tahun dia tidak ke situ. Buat seketika dia sudah terlupa dia ada kehidupan sendiri sebelum ini.
Luhan turut tersenyum. Kris hanya menunjukkan muka tidak suka dengan tempat itu.
"Adalah lebih baik si Jay tu tak berjumpa dengan kita." Kris menggerutu sambil memandang sekeliling. "Kalau dia buat hal... Saya akan bakar dia terus tanpa berfikir panjang."
Luhan hanya memandang Kris sambil menggelengkan kepalanya. Bermula lah lagi leteran lelaki itu.
"Hai!!"
Serentak semua orang menoleh. Seorang lelaki berambut belah tepi, berjaket perang dan tersenyum ceria serta cukup di kenali oleh Luhan dan Chanyeol segera merangkul Kris gembira.
"Hoi! Jungkook!" Kris memukul kepala lelaki itu.
"Ouch!" Jungkook memegang kepalanya. "Bertenanglah."
Kris hanya merenung lelaki itu tajam.
"Nampaknya kamu semakin ramai." Jungkook memandang rakan-rakan mereka yang lain dan kini memandang lelaki itu agak terkejut kerana sepertinya Jungkook mengetahui segalanya. "Semuanya sama macam kamu ke?"
Luhan mengangguk-angguk.
Jungkook mengangguk teruja kemudian menarik nafas panjang. "Lamanya tak jumpa kamu."
"Lama??" ulang Kris sambil merenung lelaki itu. "Rasanya macam baru beberapa minggu je."
"Eh, kira lama lah tu."
"Si Jay tu mana?" Luhan memandang Jungkook.
Jungkook memandang sekeliling sambil mengerutkan dahinya. "Entah. Sejak ada pelajar baru yang saya cakap tu... Dia dah jarang buli orang. Tunjuk baik depan lelaki tu lah kot. Maklum lah. Kacak orangnya!"
"Lelaki ke orang yang awak cakap tu?" Celah Chanyeol.
Jungkook mengangguk-angguk. Sehun, Tao, Chen dan Suho yang berada di situ hanya menjadi penonton dan pendengar kerana mereka tidak kenal dengan Jungkook. Tiada apa yang mereka mampu tanyakan.
"Mana dia?" Tanya Kris.
"Kamu datang tepat pada masanya." Jungkook melihat jam di tangannya seketika. "Jom ikut saya."
Jungkook mula membuka langkahnya. Kris dan Chanyeol segera menyusulnya. Luhan memandang kawan-kawan mereka sekali imbas sambil mengisyaratkan supaya mereka mengikut mereka. Tiada seorang pun dari mereka bersuara untuk bertanya atau membantah. Mereka hanya mengikut sahaja.
Mereka melintasi setiap kawasan koridor kolej itu. Tiada apa-apa yang berbeza sejak Chanyeol, Luhan dan Kris meninggalkan tempat itu. Sepanjang jalan, Jungkook asyik bercakap mengenai gosip-gosip kolej itu yang langsung tidak bermanfaat bagi mereka membuatkan semua orang berasa bosan.
Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya mereka berhenti di hadapan sebuah dewan yang agak besar. Ia adalah gelanggang bola keranjang yang menjadi tempat Jungkook mengetahui rahsia mereka.
YOU ARE READING
Huruf (EXO Version) ✔
FanfictionMALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesemua orang yang mempunyai kebolehan yang sama. Untuk dilindung dan dilatih sebagai persediaan peperangan. Dan bila mana salah seorang menjadi...