Kuasa Air

2.4K 218 17
                                    


Luhan melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan yang agak sunyi sambil melibas-libas jaketnya yang kini agak basah.. Dia terpaksa berteduh di situ kerana hujan lebat turun di luar sana.. Hampir seluruh badannya lembap termasuk rambutnya.. Dia mengeluh seketika memandang hujan yang masih turun itu.. Tiba-tiba sahaja Kris muncul di fikirannya.. Entah apa yang kawan baiknya itu tengah lakukan sekarang ini.. Adakah dia dapat mengawal dirinya.? Ataupun lelaki itu tengah menembakkan kuasanya ke sini-sana sambil menyumpah seranah..

Luhan memandang sekeliling bangunan itu cuba mencari jika ada sesiapa di situ.. Nanti tidak pasal-pasal dia di marah kerana menceroboh.. Akan tetapi pintu bangunan itu terbuka luas seolah-olah dibuka untuk sesiapa sahaja.. Bangunan itu juga hanya satu dan memanjang ke atas tanpa tangga.. Ia seperti sebuah dewan.. Tidak semena-mena sahaja dia tertarik melihat sebuah piano berwarna putih yang berada ditengah-tengah ruangan itu.. Agak pelik ia berada di dalam dewan yang kosong itu..

"Wah...." Luhan kagum seketika melihat piano besar yang cantik itu kemudian melihat-lihat sekeliling.. Setelah memastikan tiada orang, dia terus mendekati piano itu.. Ada beberapa kertas muzik yang menunjukkan not yang sukar difahami bagi seseorang sepertinya.. Dia teruja sendirian kemudian menekan sembarangan not-not pada piano itu menggunakan jari telunjuk kanannya membuatkan bunyi bingit bergema di ruang dewan itu dan menyakitkan telinga..

"Ehem! Ehem!"

Luhan tersentak seperti terkena renjatan elektrik.. Tidak semena-mena saja dia jadi kaku tidak berani bergerak.. Dia berhenti menekan piano itu apabila dia terdengar seseorang buat-buat batuk di belakangnya..

Perlahan-lahan dia menoleh.. Seorang lelaki tinggi lampai dengan rambut putih kekuningan dan bermata sepet berdiri dipintu sambil berpeluk tubuh memandangnya.. Dia juga kelihatan agak basah mungkin kerana hujan di luar sana..

"Awak nak belajar main piano ke.?" tanya lelaki itu tiba-tiba dengan mata sepetnya sambil tersenyum manis..

"Ah.... Tak!" Luhan segera mengundurkan dirinya daripada piano itu seolah-olah ia akan meletup tidak lama lagi..

Perlahan-lahan lelaki itu berjalan mendekati Luhan..

"Maaf...." Luhan kelihatan agak gugup.. "Saya bukan nak buat apa.."

Lelaki itu tersenyum kemudian mencapai kertas muzik yang berada di atas piano itu kemudian cuba menyusunnya..

"Saya ingatkan awak nak belajar piano tadi.." ujar lelaki itu lembut dengan suara garaunya.. "Oh, lupa pula nak kenalkan diri.. Saya Tao.."

"Oh.." Luhan hanya mengangguk janggal.. Baginya, itu bukan masa untuk berkenalan dengan seseorang..

"Siapa nama awak.?" Tanya lelaki itu sopan..

"Luhan.."

Tao mengangguk-angguk kemudian kembali memandang kertas muzik yang dipegangnya tadi.. "Saya guru piano di sini.."

"Ah.." Luhan hanya mengangguk-angguk baru tahu..

"Tapi hari ini tak ada kelas.." Tao memandang Luhan semula.. "Awak buat apa kat sini.? Nak belajar piano ke.?"

"Oh, tak.." Luhan menggelengkan kepalanya.. "Saya cuma tumpang berteduh sekejap.."

Tao memandang Luhan menampakkan wajah tampannya..

"Lepas tu, saya ternampak ada piano kat sini... Saya tekan-tekan je.." sambung Luhan agak gugup..

"Oh.." Tao hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum..

"Saya minta maaf.." Luhan kembali rasa bersalah.. "Saya tak ada niat pun nak ceroboh atau kacau barang-barang kat sini.."

Tao hanya tersengih.. "Bawa bertenang.. Saya tak salahkan awak pun.. Saya faham juga.."

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now