Dua

128 4 0
                                    

" Alah, benda gini bagi J je . Dia dah biasa sangat buat benda-benda jahat "

Itulah kata-kata kawan aku selalu .
Setiap kali nak kenakan orang, nak ponteng kelas ke, nak buat benda vandalisme sikit pun semua akan aku yang akan ketuai . Sebab apa ? Sebab aku dah selalu buat benda tu . Betul kata diorang, buat benda-benda mazmumah ( negatif ) ni dah macam makanan aku . Satu hari kalau tak buat, aku tak puas . Mesti ada je yang akan jadi . Kadang-kadang aku kesian dengan several member aku yang kena maki habis-habisan tanpa sebab . Aku ni pulak bukan jenis maki kat belakang . Aku maki depan muka dia . Tak kira lelaki ke perempuan ke . Asalkan dapat buat aku puas hati, da cukup lah tu .
Hahahahaha jahatkan aku ? Belum cukup jahat ? Mungkin kau tak tau kisah sebenar yang penuh details . Tak apa, aku akan ceritakan beberapa kisah aku yang teruk dalam bab akan datang . Kau cuma perlu kaitkan perkara tu dengan aku, seorang perempuan bertudung pada usia tertentu . Dan kau bandingkanlah dengan perempuan lain . Kalau itu pun kau rasa aku masih baik, aku tak tau lah . Mungkin kau kena berhenti daripada baca journal ni . Tak menarik minat kau mungkin .

" Aku tak faham sia dengan J ni . Perangai dia sama mendajjal tapi result periksa always setaraf dengan member-member non-malay yang pandai nak mampus "

Ya . Aku pun kadang tak faham . Kenapa aku masih boleh dapat pelbagai kejayaan sedangkan aku jarang tunduk kepada Dia . UPSR aku straight A . PT3 tahun lepas walaupun tak penuh, alhamdulillah dapat 9A1B . Lagi kelakar, exam Darjah Khas aku dapat pangkat 1 . Exam Darjah Khas ni boleh kata exam agama yang besar dan penting untuk Johorean yang dah habis sekolah agama Darjah Enam .

" Asal Johorean ? "

Dah aku anak jati Johor ahahahaha . Tapi exam ni setau aku hanya ada dekat Johor je . Mungkin negeri lain pun ada tapi namanya berbeza sikit kot macam member aku yang dekat Sarawak .

Ha back tu exam tadi . Kau tak rasa kelakar ke macam mana aku dapat Pangkat 1, result paling tinggi dalam exam tu ? Peperiksaan agama tu beb . Aku yang perangai macam munafik ni boleh dapat pangkat 1 ? Ahahahahaha aku gelak je bila dapat slip periksa . Mungkin sampai sekarang kot . Aku ni dah lah selalu ponteng kelas . Ye lah kan, siapa je nak pergi kelas hari Sabtu . Darjah Khas ni pulak memang kelasnya just on hari Sabtu . Siapa je sia nak bazirkan masa untuk bangun dari tidur just untuk pergi class . Aku tak . Sabtu hari cuti aku . So aku nak cuti . Suruh aku pergi kelas buat apa ?

Kelasnya takdalah banyak mana . Dalam 30 to 40 kali setahun . Between 8 pagi until 1 petang je tak silap aku . Aku pergi memang pergi . Tapi adalah dalam kurang daripada 20 kali (?) Ahahahahha . Rare sangat nak tunjuk muka kat class . Cikgu selalu perli kalau nampak aku datang .

" Eh J, datang rupanya . Ingatkan bercuti lagi . Ni memang nak join class ke datang singgah sekolah je ni "

Fuh makan dalam beb ayat tu . Nampak sangat aku ni memang kaki ponteng . Kalau flashback balik zaman Darjah Khas aku ni, ada satu benda yang aku still tak boleh lupa . Benda ni jadi masa periksa percubaan . Aku duduk dekat belakang sekali . Sepatutnya aku kat depan tapi, biasa lah budak degil . Aku bawa meja aku letak paling belakang . Masa exam start, orang semua dah bertungkus-lumus nak jawab . Aku ? Ahahahha . Aku baring dulu, selak-selak kertas, tengok luar tingkap . Lagi kelakar bila takda siapa perasan aku pakai mp3 masatu . Dalam 15 to 20 minit sebelum habis masa, baru aku bukak balik kertas and start jawab . Alah jawab pun apa je, senang kata 80% aku biarkan kosong .

Bila dapat result, fuh member aku semua ramai jugak yang A . Result aku lagi terer . Semua paper bawah 10% . Lagi pawer paper Sirah dengan Bahasa Arab . 1.5% . Bukan 2% . Bukan 5% . Bukan 15% . But 1.5% . Nampak tak cikgu berusaha nak bagi markah kesian dekat aku siap letak perpuluhan . Tapi dia taknak round off jadi 2 % . Tu aku tak faham tu . Dia biar je 1.5% . Budak lain mula lah gelakkan aku . Aku sikit pun tak terasa . Rasa bangga pun ada sebab dapat result rare macam tu . Cikgu apa lagi ? Membebel ah kat aku kata itu ini, label aku pemalas lah apa lah siap suruh aku berhenti Darjah Khas . Ye lah kan, kalau aku ambil exam tapi result macam tu, aku akan turunkan gred sekolah . Lebih baik aku tak payah ambil exam ni . Dahtu lagi best bila mak bapak aku langsung tak tau aku exam percubaan ( tbh sampailah sekarang ahahhaha ) . Diorang siap hantar and ambil aku balik dari sekolah tapi sikit pun tak syak yang aku ada exam .

Back to result, kawan-kawan aku ramai lah gelakkan aku . Tak lupa jugak yang judging aku dengan muka sarkastik . Aku masih teringat ayat seorang budak ni .

" Tu lah kau . Pemalas . Tak reti nak belajar . Kelas kerja nak ponteng je . Macam mana lah kau nak berjaya ? Tengok result aku . Banyak A . Tak macam kau . 10% pun tak lepas . Baik kau berhenti lah J . Buat malu sekolah je . Tak sangka kau bodoh macam ni eh . Berhenti je lah elok weh . "

Nak kata ayat tu pembakar semangat aku ? Heh tak . Aku sikit pun tak terkesan . Cuma aku teringat ayat dia tu sebab kelakar . Kelakar ? Ya kelakar . Kelakar sangat macam mana seorang manusia boleh judge manusia lain dari perspektif luaran dan hanya dari pandangan mata kasar sahaja . Cuba kalau aku cakap dengan dia, kat rumah aku sebenarnya belajar . Kau rasa apa reaksi dia ? Aku rasa kau semua tau . Obviously dia akan gelak . Gelak besar . Dan mungkin ajak orang lain untuk gelak bersama . Tapi aku tak kesah . Sebab aku memang tak belajar pun .

So macam mana aku boleh dapat Pangkat 1 eh ? Aku pun tak tau . Mungkin sebab matlamat yang aku pasang untuk setiap peperiksaan aku .

" Aku perlukan kejayaan ni untuk menggembirakan mama and ayah "

Itulah matlamat yang aku pegang sampailah ke harini . Aku tak mampu nak gembirakan diorang dengan sikap aku . Dengan cara aku . Dengan hormat aku . Aku ni spesies manusia yang kasar dan kurang ajar . Tak kira lah dengan siapa pun . Tapi aku masih ada hati sebagai seorang anak yang nak tengok mak bapak aku gembira . Bila aku reflect balik, aku tak boleh nak gembirakan kedua-duanya dengan sahsiah aku . Jadi, satu je cara yang paling hina sehina-hinanya adalah dengan mendapatkan kejayaan untuk mak bapak aku . Kalau aku tak mulakan sekarang, bila lagi ? Nak tunggu kejayaan masa dah kerja ? Sempat ke ? Sebab tu lah aku work hard dalam setiap exam . Sekurang-kurangnya dapat tengok mak bapak aku senyum sekejap dengan keputusan aku pun dah cukup puas hati .

Teringat pulak tengok mak aku nangis bila dapat keputusan PT3 aku tahun lepas . Aku pun sendiri tak sangka boleh dapat macam tu . Sebab dengan cara aku macam ni, dengan gaya pendidikan kerajaan lagi, 5A pun macam susah je .

Ha sambung balik pasal Darjah Khas . Haa tak habis lagi cerita aku ni ahahhaha . So bila keluar result, kitorang pun bertukar-tukar keputusan . Tapi time tu aku sorang-sorang . Takde siapa kerumun aku macam orang lain . Ye lah, takkan lah aku ni, J, yang muka ponteng kelas ni, akan dapat result sama macam diorang yang sentiasa dapat banyak A tu kan ? Ahahaha gelak dalam hati je lah . Den budak yang judging aku masa percubaan tu, approach aku . Dengan muka belagak dia, dia cakap dengan aku gini .

" Weh J, pecita result kau ha ? Aku dapat Pangkat 2 . Alah ni pun sebab aku tak cukup tidur . Kalau tak, da Pangkat 1 dah . Mana slip kau, bak sini "

Dia siap rentap slip aku ahahah nasiblah tak koyak dik oi . Aku biarkan je dia . Tak cakap apa-apa . Biar dia tengok slip aku sampai puas .

" Pangkat 1 !? Ni salah print out ni "

Kawan yang lain pun datang kerumun aku . Ada yang cakap congrats . Ada pulak yang spesies budak tadi . Susah sangat agaknya nak percaya . Maklumlah aku ni kan muka tak belajar . Dia pulak muka belajar . Siapa lah aku dengan taraf dia yang tinggi sangat tu .

Walaupun dah dapat result semua tu, aku still terfikir . Macam mana . Just, macam mana . Aku sebelum exam pun bukannya solat . Solat pun minggu exam je . Minta doa beria bagai . Habis exam ? Solat semua mereput . Kadang tak solat langsung . Samalah macam PT3 . Aku tak faham . How ? Nak kata usaha aku ? Takde lah usaha mana . Tawakkal ? Tu memang sentiasa lah . Doa ? Solat ? Itu lagi jauh . Kenapa Allah masih tolong aku ? Kenapa Dia masih bagi aku kejayaan sedangkan aku tak patuhi langsung kewajipan yang sepatutnya aku buat .

Dah berbulan aku cuba fikirkan,
Sekarang aku da tau :)

Dia cuma nak aku sedar yang,
Masih tak terlambat lagi untuk aku kembali pada Dia .

Dia cuma nak aku sedar yang,
Dia masih terima kemaafan aku .

Dia cuma nak aku sedar yang,
Dia,
Dia masih sayangkan aku .

Dan kenapa aku lambat untuk sedar pasal benda ni ? Kenapa ? Kenapa aku sia-siakan zaman remaja aku dengan dosa ?

Aku malu .
Malu dengan Dia .
Malu dengan diri sendiri .

Tipulah kalau aku tak menitiskan air mata semasa mengarang bab dua ni ahahhaa . Aku sedih tengok diri aku yang dulu .

Teruknya aku .

Teruknya kau J, teruk .

The Hijrah Where stories live. Discover now