Tujuh

54 2 0
                                    

Cinta .

Siapa tak tahu apa itu cinta ?
Perasaan sayang atau suka yang sangat mendalam . Tak kiralah cinta kepada negara, cinta kepada manusia, cinta kepada haiwan dan cinta kepada Allah . Semua itu cinta .

Jika kita berasa teruja apabila berfikir tentang perkara tersebut, itu namanya cinta . Jika kita rasa sedih apabila melihat kecelaan yang menimpa perkara tersebut, itu namanya cinta . Tipulah kalau kau kata kau tak pernah rasa cinta . Cinta merupakan fitrah manusia .

Kau manusia ? Kau cinta !

Untuk sepintas kiasan ini, aku cuma menghighlightkan tiga jenis cinta .

i. Cinta kepada duniawi/hiburan
ii. Cinta kepada manusia
iii. Cinta kepada Allah

Di antara ketiga-tiga diatas, cuba kaitkan dengan diri kau . Tanya kepada diri sendiri, aku berada di golongan yang mana satu ? Yang pertama? Kedua? Atau ketiga?

Kalau aku diutarakan soalan macam ni, aku tak tipu lah kalau aku kata ketiga-tiga . Tapi diantara ketiga-tiga ni, cinta kedua aku lebih menguasai, iaitu cinta kepada manusia . Dan cinta ketiga iaitu cinta kepada Allah, ialah cinta yang paling rendah dan kurang dihayati .

.
.

i. Cinta kepada duniawi/hiburan

Duniawi, perkara-perkara yang melibatkan hal didunia dan,

Hiburan, perkara yang menyeronokkan tetapi lebih kepada melalaikan manusia .

Bila kita kaitkan cinta dan duniawi, boleh jugak dikatakan seperti cinta kepada kekayaan ataupun harta . Ini selalunya kalau orang yang concerned sangat dengan bisnes dia . Dia merasakan kebahagiaan daripada bertimbunnya harta-harta yang dia peroleh . Disebabkan terlalu berjayanya manusia tersebut, mula lah sikap tak sedar diri . Riak . Takbur . Lupa diri . Alpa dan etc .

Kenapa aku katakan macam tu . Well betul ah . Bila dia da selalu sangat berjaya, akan wujudnya satu perasaan tinggi diri seperti,

" ini semua hasil usaha aku sendiri "

" aku still boleh success tanpa bantuan lain sebab aku memang hebat  "

See ? Wah . Tak tahu malu betul eh kau ni . Da la kemahiran kau tu datang daripada Dia . Rezeki kau pun datang daripada dia . Senang-senang kau credit diri sendiri ? Serupa peribahasa

" lembu punya susu, sapi dapat nama "

Walaupun maknanya macam takde kaitan sangat but, pandai-pandai ah kau relatekan .

Dah lah tak bersyukur, lepastu ikut sedap je riak macam tu . Lagi satu masalah nya, bila si manusia yang alpa ni dapat kerugian atau berhadapan dengan krisis, ha mulalah salahkan takdir . Salahkan ketentuan Allah lah apa lah . Sedangkan sebelum ni beria kata hasil tu daripada usaha dia sendiri . Dahtu kalau kau rugi, kenapa nak salahkan Allah ? Kenapa tak salahkan diri kau sendiri ? Haaa ni lah manusia . Bila ada rezeki depan mata, riak . Bila kena tarik, mulalah nak point out pasal takdir .

Bukan lah aku nak kata kalau kau berpandangan bahawa rezeki itu datang dari Allah dan bila ada kerugian, itu salah Allah . Bukan ! Bukan sama sekali ! Kau jangan salah konsep . Bukan itu maksud aku . Mungkin ada kesilapan dalam cara kau yang kau kena betulkan ataupun Allah mahu uji kemampuan iman kita untuk terus berpegang dengan " Allah pemberi rezeki " . Selagi mana teruk pun kau rugi, asalkan kau percaya itu adalah salah satu perancangan Allah dan kau tetap kukuhkan hati, Allah akan gandakan rezeki kau . Berlipat-lipat kali ganda . Tak kiralah rezeki duniawi atau akhirawi atau kedua-duanya .

Aku nak share satu quotes fevret aku yang aku jumpa dekat board depan surau sekolah .

" Allah gives you a total of 86,400 seconds a day . Have you spend 1 second to just say Alhamdulillah ? "

The Hijrah Where stories live. Discover now