Lima

65 3 0
                                    

Kalau flashback balik benda-benda lama ni, teringat pulak zaman sekolah rendah dulu . Aku antara pelajar paling jahat dan 0% sahsiah . Jangankan peraturan sekolah, guru besar pun kena nganjing dengan aku . Dulu aku bangga jadi jahat . Sebab aku berani . Bukan berani apa, berani nak buat haru biru merah hijau segala warna lah dan sikit pun tak takut dengan tindakan displin . Tak macam member aku semua .

Pengecut .

Bukanlah nak kata diorang ni baik dan tak buat masalah langsung masa sekolah rendah dulu, ramai je . Tapi semuanya akan dimulakan dengan aku . Lagi-lagi kalau  buat kerja gila .

..

Macam ..

Pancitkan tayar motor cikgu .

..

Ya, tayar kenderaan cikgu yang kena pancit kat sekolah memang selalunya kerja aku . Ada cikgu aku ni terus pakai public transport bila datang kerja lepas kena dua tiga kali . Sayang sangat tayar dia tu agaknya . Bukan apa, aku cuma nak tolong je . Kasi tayar tu tukar baru . Takdalah berkurun tu sama je en .

Heh .

Ni mulanya sebab cikgu Maths aku lah . Waktu da dapat keputusan ujian 3 untuk maths, cikgu suruh recheck balik . Kira balik markah and so on before dia update dalam sistem peperiksaan sekolah . Aku dapat 97 . Aku kira lah satu per satu . Yelahkan, lagi sikit je nak full marks . Lepastu bila jumlahkan, sepatutnya 98.5 ataupun kalau round off jadi 99 . Aku pun apa lagi, complaint ah kat cikgu .

" Apahal saya kira markah saya, sepatutnya jadi 99 tapi cikgu tulis 97  "

Cikgu tu boleh gelakkan aku beb .

" Ya ahahahah saya tahu tu . Memang saya biarkan 97 . Paling tinggi markahnya memang awak J . Jangan lah risau . Kalau saya letak 99 kang, kesian tertekan member-member awak tu ahahahah "

Aku dah mcm .... Jadah apa cikgu ni senang-senang kata gitu . Ye lah, dulu aku ni gila markah . Walaupun dah nombor satu sekalipun dalam darjah, selagi aku tak dapat markah sebenar yang sepatutnya aku dapat, aku akan protes ( sampai sekarang tbh ahahahahah ) . Aku cakap baik-baik dengan cikgu ni, suruh tambah markah aku . Dia kata dia malas . I was like .

What ?
Kau cikgu tapi kau malas ? Oh kelakar .

Sebab dia keep on taknak dengar, aku pun macam " oh okay lah kalau macam tu cikgu  . Terima kasih . "

Okay dekat perkataan je lah . Fikir aku senang-senang nak lepas ke ahahhaa . Aku ni dahlah jenis berdendam . Esoknya masa rehat, aku telefon mak aku, bagitau yang aku balik lambat sebab ada class kononnya . Petang tu lepas habis je waktu sekolah, aku pun cari lah cikgu Maths aku tu . Aku tau dia selalu balik lambat . Haritu pulak memang boek tetiba dia ada meeting . Ah mudah sangat lahai kerja aku . Aku bersiar-siar berdekatan tempat parking guru . Guard takda sebab pergi solat rasanya . Aku dah standby dah no plat notor dia, sekali dengan barang-barang keperluan kerja aku . Terima kasih kepada member-member aku yang supply barang dan carikan maklumat tentang kenderaan yang cikgu Maths aku pakai .

Bila dah sure everything is really clear, aku pun roll up macam transformers gitu . Cari punya cari, jumpa pun motor buruk cikgu aku ni . Kalau hantar kat kedai besi buruk, dapat duit banyak ni ha . Tapi sebab aku ni baik, alahai bagi pengajaran cikgu ni sikit je lah . Cukuplah tayar dia dua dua pancit . Da settle semua, aku blah je lah .

Kalau nak diceritakan apa yang jadi lepastu . Haih . Panjang ceritanya . Cukuplah sekadar korang tau aku digantung sekolah selama 2 minggu .

..

Menarik kan ? Ahahahha

The Hijrah Where stories live. Discover now