Empat

70 3 0
                                    

Daripada apa yang aku ceritakan pada bab tiga . Aku rasa korang dah dapat gambaran walaupun sedikit betapa psycho-nya aku .

Aku ada banyak masalah psikologi .

Schizophrenia,
Social anxiety
MID,
Major bipolar,
Major depressions,
Suicidal tendency

Ahahahaha semua ni . Dah sebati dengan kehidupan aku selama 6 tahun . Ya . 6 tahun . Bermula daripada 2010 . Sewaktu aku masih kecil dan berusia 10 tahun . Tak percaya ? Terpulang . Aku hanya mengutarakan apa yang sepatutnya aku kongsi berkaitan dengan penulisan ni .

Dulu, kawan baik aku ialah pisau . Boleh kata peneman setia . Mana je aku pergi, tak kira lah pisau apa pun termasuklah pisau lipat atau blade yang kecil tu, aku akan pastikan benda tu sentiasa ada dalam wallet aku .

SENTIASA .

Tak kira kat mana pun, bila aku dapat depression alert, aku akan ' cut ' untuk mendapatkan ketenangan .

Mesti kau rasa aku buat lawak .

Ketenangan ? Ketenangan apa yang tenangnya bila menyakitkan diri sendiri .

Ya itu kata-kata yang sering keluar daripada mulut kawan-kawan aku . Sebenarnya, setiap kali aku tertekan, mulalah aku berhalusinasi yang akan support aku untuk buat cut . Aku taknak . Tapi,

Sakit mana pun fizikal, tak setanding dengan sakitnya sehiris pada dalaman .

Itu yang menjadi " pembakar semangat " aku . Betul . Percayalah . Kalau kau da sakit hati, takda apa yang lagi menyakitkan . Sebab hati kau dekat dengan otak . Otak kau akan lebih tekankan kesakitan yang kau rasa pada hati kau, pada jiwa kau . Bukannya pada fizikal kau .

Aku kerap kali cuba untuk membunuh diri . Pernah sekali tahun 2013, aku berjalan dan berhenti di tengah jalan yang banyak kereta lalu lalang . Bukan kerana apa, tapi memang aku sengaja . Ada sebiji kereta ni nyaris-nyaris nak langgar aku tapi dia sempat mengelak . Terselamatlah aku . Kalau tak, tak wujudlah penulisan caca marba aku ni, tak sempatlah korang tahu macam mana bentuk kehidupan aku .

Cubaan kedua aku . Kali ni aku memang hampir mati . Disebabkan stress yang melampau, aku dah tak tahan . Aku ambil pisau dan aku hiris tangan aku . Kalini bukan pada tempat biasa, tapi pada urat dan nadi . Darah aku memancut keluar dan aku rasa sangat puas hati . Makin lama, tubuh aku makin lemah . Dan akhirnya, aku tak sedarkan diri . Bangun-bangun, aku sudah berada di hospital . Pakcik aku kata masatu aku dah kehilangan banyak darah dan seterusnya mengganggu penghantaran oksigen dalam badan aku . Disebabkan tu, aku pengsan . Pakcik aku yang bawak aku ke hospital . Katanya lagi, aku tidak sedarkan diri selama seminggu lebih di hospital . Agak terkejut juga sebab aku rasa macam baru sejam lebih aku " tertidur " . Mesti kau pelik kenapa pakcik aku yang hantar dan kenapa dia jugak yang jaga aku sepanjang aku di hospital . Mana mak bapak aku ? Keluarga aku ? Ahahahaha itu kau jangan tanya . Tak penting bagi hidup aku maka, lagi tak penting bagi hidup kau .

Aku juga ada masalah bipolar yang teruk .
Major bipolar .
Bipolar ni ibarat masalah perubahan emosi yang sangat drastik dan tanpa sebab . Orang lain kata macam, mood swing .

Mood baik kepada jahat,
Atau
Mood jahat kepada jahat .

Aku sentiasa kena bipolar yang pertama . Aku jadi cepat panas baran tanpa sebab dan selalunya yang jadi mangsa ialah kawan-kawan aku . Aku pernah buang beg sekolah kawan aku dari tingkat 4 sebab dia terlanggar meja aku . Aku pulak masatu dah memang tengah ada masalah . Dahlah beg kena buang, dahtu aku bagi pulak penampar kat muka dia haa kau .

Kelas aku kecoh lah apa lagi . Ye lah namapun kelas first . Aku pulak tokoh sekolah . Ha memang nama aku naik gila-gila ah sebab benda ni . Parents member aku sampai datang sekolah, nak buat report polis jadah semua tu . Siap nak masukkan hal ni dalam mahkamah . Fuh beria gila ni tapi tak buat pape pun lol . Aku tunggu je .

Pengecut . Heh .

..

Disebabkan kejadian bipolar aku ni, cikgu da takut kalau-kalau jadi lagi benda sama . Cikgu pun hantar aku ke hospital mental untuk checkup . Dan ya, aku bergaduh dengan cikgu aku depan doktor tu . Mana taknya, dia madah cakap dekat doktor tu macam ni ..

" Dia ni gila doktor . Dia ni gila . Rawat dia . Kalau tak makin ramai dia cederakan "

Aku ni pulak still belum reda dari perubahan bipolar aku . Sekali tu jugak, dia jadi orang kedua yang aku bagi penampar dalam satu hari . Mula dari situ, cikgu tu terus takut nak jumpa aku dekat sekolah .
Mungkin sebab dia bengang kot kena tampar depan doktor tu, sebabtu kot yang beria suruh doktor tahan aku dekat ward .

Aduhai cikgu, cikgu ..

So start situ, mulalah life aku sebagai pesakit muda di hospital X . Alah hidup dekat hospital mental ni tak ada apa beza sangat pun . Aku bukannya mental pun masatu, cuma masalah nak kawal emosi .

Kecoh sia cikgu tu ugh .

Doktor yang rawat aku tu lelaki . Hensem orangnya tapi entah aku takda perasaan sangat kot pada umur tu . Dia selalu datang melawat aku . Ajak aku berjalan-jalan tenangkan fikiran dekat kawasan luar hospital . Sebenarnya, aku suka duduk kat situ . Suka sangat .

Tenang,

Takda gangguan,

Takda tekanan,

Diberi perhatian.

Walaupun sekarang aku dah makin pulih, tapi kalau diberi peluang untuk tinggal di sana, aku akan bersetuju . Jauh daripada masalah . Jauh daripada orang yang aku benci . Jauh daripada orang yang benci dekat aku .

Cuma aku . Dan dunia aku .

Tak kesah lah orang nak kata aku gila ke, psiko ke, mental ke, asalkan aku dapat ketenangan jauh dari kehidupan luar .

[ Penghargaan besar kepada Doktor Harris yang pernah jaga dan rawat aku ] :)

The Hijrah Where stories live. Discover now