Teroka Sendirian

190 5 0
                                    

"Jadi nilah rumah yang aku dah tinggalkan" kata Mat ketakutan di hadapan rumah sewa lamanya itu.

"Aku kena masuk dan selesaikan misteri tu je,takde apa nak ditakutkan" Mat menenangkan diri sendiri.

Mat masuk ke perkarangan rumah itu dan berhenti seketika.Mat mengeluarkan kunci rumah dari poketnya dan membuka pintu rumah itu.Keadaan yang gelap dan sunyi di rumah itu menambahkan lagi ketakutan Mat tapi Mat tetap memasuki rumah itu.Dengan segera dia membuka semua lampu dan bergerak ke stor yang berhantu itu.Bagi menjayakan permintaan Khai itu,Mat menyediakan kamera sebagai bukti.Jadi dalam tangannya terdapat lampu suluh dan kamera.Pintu stor itu dibuka dan pengembaraan Mat pun bermula.Pintu stor itu ditutup dengan rapi dan Mat menyalakan lampu suluh itu.Stor itu tidak berubah menjadi terowong atau sesuatu yang menakutkan sebaliknya hanya stor biasa yang diisi dengan barang lama.Mat berasa pelik sekaligus lega kerana Mat fikir misteri tersebut dah selesai.Mat berpatah balik dan ternyata Mat silap.Sebaik sahaja Mat keluar dari stor itu,dia kini berada di dalam hutan yang gelap dan menakutkan.Mat mula menggigil ketakutan.Burung hantu mengintai Mat dan mengeluarkan bunyi seram.Mat sedar yang dia harus terus berjalan sebelum perkara buruk muncul.Dia berjalan dengan perlahan sambil menghalakan lampu suluh.Mat menjumpai sebuah rumah yang usang dan besar seperti rumah agam.Dia memasuki rumah itu dan di dalam rumah itu hanya mempunyai satu bilik yang tertera 'stor' pada pintunya itu.Di hadapan bilik itu terdapat sekeping surat yang kelihatan agak lusuh dan lama.Mat membacanya.

"Sayang,

Saya mengandungkan anak kita ni hasil kita buat hubungan terlarang tu.Saya suruh awak bertanggungjawab tapi awak marah saya dan pukul saya.Saya sedih dengan sikap awak.Jadi saya tak sanggup lagi nak hidup.Bila anak ni lahir saya nak tamatkan hidup saya dan awak kena jaga anak tu.Kalau bayi tu mati awak akan tanggung akibatnya.
Sekian, Sarah" tertera pada surat itu

"Alamak ada hantu baby ke? lagi lah aku takut ni" Mat berkata dengan suara yang menggeletar

Mat mula memikirkan dua idea sama ada ingin memasuki stor itu atau berpatah balik.Belum sempat dia memilih tiba tiba lampu suluhnya terpadam.Apabila dia membukanya semula dia berada di dalam terowong bawah tanah yang gelap.Pada kakinya terdapat darah yang mengalir.Mat mengikut arah darah itu dan darah itu membawanya ke sebuah lagi bilik di mana pintunya berwarna putih dan tergantung tangan orang yang telah dipotong.Mat tidak berani untuk membuka pintu tapi tiba tiba sahaja kedengaran bunyi orang menjerit dalam bilik itu.Kemudian diikuti pula dengan bunyi seperti mesin sedang berfungsi.Mat dengan segera melangkah ke belakang dan meneruskan perjalanannya ke hadapan.Setelah dua minit Mat berlari,dia menjumpai jalan mati.Dia tidak tahu hendak buat apa dan tiba tiba sahaja muncul seorang lelaki bertopeng memegang di belakangnya.

Kami Tinggal Dalam Stor 2Where stories live. Discover now