BAB 5 : DILEMA

16.3K 300 13
                                    

Sudah enam bulan usia kandungan Batrisya. Dia merasakan dirinya amat bertuah kerana berpeluang menjadi wanita yang sempurna. Tiada yang lebih membahagiaksnnya melainkan dapat merasai nikmat menjadi seorang bakal ibu. Meskipun perkahwinannya dibina atas dasar kontrak, namun dia tidak pernah menyesal memih Daniel Azman sebagai suami.

Meskipun terpaksa berulang-alik ke hospital sejak dia disahkan mengalami komplikasi darah tinggi, dia reda. Nasihat Ainin diturutinya. Dia lebih banyak menyerahkan urusan pejabat kepada Awra, pembantu peribadinya. Dato Azlina juga sering menggantikan tempatnya untuk mesyuarat di luar kawasan.

"Sorry, Mama. Trisya terpaksa susahkan Mama..." ujarnya malam itu. Dato Azlina tidur di rumahnya malam itu, sebelum terbang ke Langkawi untuk tujuan promosi produk terbaharu keluaran Baiduri Holdings.

"Jangan risau, Trisya. Selagi Super Mom ni ada, semuanya akan okey, betul tak?"

Batrisya ketawa. Dia teringat akan lukisannya tentang karektor Super Hero yang diminati semasa dia belajar di sekolah rendah. Jika rakan-rakannya sibuk melukis Superman, Batman, Ultraman, dan sebagainya, dia melukis gambar ibunya, dengan memegang senduk. Lukisan yang menjadi bahan lawak kelas itu dipilih oleh Teacher Rama, guru bahasa Inggerisnya, sebagai lukisan tercantik. Dato Azlina juga ketawa apabila melihat lukisan tersebut. Namun, jauh di sudut hatinya, dia amat terharu dan tersentuh sekali.

"Trisya sayang Mama..."

"Mama pun sayang Trisya sampai jannah...."

Malam itu mereka tidur bersama sambil bercerita tentang masa lalu. Tentang masa silam yang menyakitkan. Tentang kepayahan yang terpaksa dilalui sebelum meraih kejayaan. Semangat juang dan ketabahan Dato Azlina senantiasa menjadi inspirasinya. Seorang janda dengan anak lima yang masih kecil terpaksa berhempas-pulas untuk mencari sesuap nasi. Segalanya masih jelas terbayang di ruang matanya.
Batrisya sentiasa berdoa agar anaknya juga akan menjadi sekuat dan setabah ibunya.

...............................


Bukan mudah untuk berbagi rasa dengan Daniel. Suami kontraknya itu masih belum mampu menjalankan tanggungjawab dalam soal giliran. Hanya sekarang dia rajin menelefon dan bertanya khabar. Menunjukkan keprihatinan sebagai seorang suami, bakal ayah kepada zuriatnya. Semalam pun dia menemani Batrisya untuk membuat check up.

"Kalau ada apa-apa you call I, please? Jangan off kan hand phone you, Trisya... Please take care my dear?"

Berjela-jela pesanan Daniel Azman diterimanya setiap hari. Dia juga sering muncul di kondo mewah Batrisya pada lewat petang atau awal malam. Kadang-kadang dia bimbang sama ada segalanya akan kekal begitu atau akan berubah akhirnya. Haruskah dia kembali kepada rancangan asalnya, iaitu meleraikan hubungan mereka setelah kelahiran zuriat yang dinantikan.

"Boleh tak kaulupakan kontrak gila tu untuk sementara waktu, Trisya? Sekarang kau kena fokus kepada baby kau. Pastikan dia sihat dan selamat dilahirkan.."

"Tapi, Awra.. Hakikatnya tak lama lagi hubungan kami aku berakhir, Awra. Hubungan kami ini hanya atas kertas..."

"Dalam Islam tak ada istilah kahwin kontrak, Trisya. Kau pun tau sendiri, kaupilih Daniel bukan suka-suka macam pilih hand bag berjenama Bonia, Michael Korrs, atau kasut Jimmi Choo or what so ever. Marriage is a heart bond between a man and a woman. Marriage is all about love..."

SUAMI ATAS KERTASWhere stories live. Discover now