Adirah's Pov -
Semasa di dalam bilik,
"Apasal kau setuju ngan Mummy nak pergi honeymoon?" Danish dengan berangnya menanya kepada aku.
"Err..sebab memadangkan saya tak pernah pergi Maldives so all at one go lah." Aku cuba bercakap dengan nada yang bertenang.
"Cakap satu kau jawab sepuluh." Danish memerliku.
"Dah awak tanya saya jawab lah. Nantu kalau tak jawab, nanti awak ingat saya bisu pulak tak pasal pasal dapat title bini bisu." Aku memerlinya balik.
"Amboi bab bab perli kau memang nombor satu kan? Dah lah kau pergi pack baju kau dan aku sekali." Danish berkata lalu merebahkan dirinya di katil.
"Baik tuan hamba, patik pergi pack sekarang." Aku sengaja membongkokkan diriku sebagai tanda hormat kerabat diraja.
Danish ketawa kecil.
"Eeh dekni? Aku cakap gitu pon kelakar ke, lepas tu tadi marah sekarang ketawa. Hish aku tak faham lah hidup dengan suami macam gini."
Aku mengeluh di dalam hati."Woi kau asal termenung je? Teringat kat kekasih lama ke?" Danish menyergah aku dari belakang.
"Hish sejak bila saya ada boyfriend?"
Aku mengerutkan dahi."Perempuan lawa cam kau takkan takda satu pon?" Tiba tiba perkataan lawa keluar dari mulutnya. Wtf?
"Perempuan what?" Aku sengaja menyoal nya.
"Ahh takda pape lah. Tadi kata nak pack pergi lah." Dia menukar topik perbualan. Malu lah tu.
"Ye lah nak pack lah ni." Aku berkata sambil melangkah ke arah almari untuk menyimpan baju baju di dalam bagasi untuk ke Maldives esok.
Ye sebenarnya Danish dalam diam dah book kan flight ticket ke Maldives. Agaknya dia tahu yang aku memang nak ke Maldives.
"Awak thanks sebab merelisasikan impian saya untuk ke Maldives." Aku berkata sambil melihat ke arah Danish.
"Aku kan tengah tidur jangan lah kacau. Penat tau." Dia berkata sambil 'tidur'.
"Aik tidur boleh bercakap ke? Awak ni alien eh?" Aku sengaja mengusiknya.
"Ah diamlah pergi je kemas tu barang barang, and pasal Maldives tu kalau bukan Mummy nye pasal aku memang tak akan pergi ke Maldives." Dia berkata.
"Ye lah awak. Cuba kurangkan sikit marah tu asyik nak marah je. Nanti cepat tua." Aku mengusiknya sekali lagi.
"Ah diamlah apa kau tahu cuma nak membebel je." Dia berkata.
Keesokan harinya,
"Danish, jaga anak Mama baik baik ye. Jaga dia macam Danish jaga nyawa Danish." Mama berkata sambil memeluk erat tubuh Danish dan aku sambil mengalirkan air mata. Maklumlah Mama tak pernah berenggang dengan aku.
"Ye Ma insyallah Dan janji akan jaga Dirah macam Dan jaga nyawa Dan." Dia berkata sambil menyalam tangan Mama.
"Papa happy sebab kamu berdua bercadang nak pergi honeymoon." Papa berkata sambil menghulurkan sepaket sampul duit kepada Danish.
Honeymoon lah sangat, kalau bukan Mummy punya pasal ingat dia nak pergi ke? Hatiku berbisik."Eh apa ni Papa?" Danish mengerutkan dahinya.
"Alah sikit je buat belanja belanja." Dengan pantas Danish memeluk pinggangku erat. Huh?
"Mummy tengah perhatikan kitaorang lah." Danish berbisik ke dalam telingaku.
Aku hanya mengukirkan senyuman plastik kepada Mummy yang sedang memerhatikan gelagat kami.
"Dirah and Danish have a safe flight there alright." Kak Farah berkata sambil memelukku.
Tiba tiba kedengaran tangisan Bazil.
"Alololo kenapa ni nangis? Agaknya dia nak Mummy Dirah dokong lah." Kak Farah sengaja memberi Bazil kepadaku. Memang betul apabila Dirah mengangkat Bazil, dia diam dan hanya bersenyum.
"Macam gini susahlah Dirah nak pergi honeymoon kan sayang?" Sayang? Eeuw.
"Kenapa abang?" Sengaja aku memanggilnya abang.
"Ye lah nanti kalau dilepaskan nanti dia melalak." Danish berkata.
"Macam gini cepat cepat lah timang kan cucu." Mummy berkata.
"Ye Mummy insyallah." Aku tak boleh nak harapkan sangat kot kot tak jadi?
Sejurus selepas kami sampai di Maldives, Danish pon check in ke dalam Hotel Maldives.
"Wahh best nya dalam bilik kita ada swimming pool." Aku berkata dengan teruja.
"Kau nak tahu tak kenapa aku pilih hotel yang dalam ada swimming pool?" Danish memeluk pinggangku dari belakang. Seperti ada henjutan elektrik yang mengalih di badanku.
"Kenapa?" Aku sengaja memusing ke arahnya dengan suara menggoda. Sengaja je aku nak uji fizikal dia.
"Sebab bila swimming nanti, kau tak payah pakai apa apa. Takda orang, aku dan kau je." Dia berkata dengan nada mengodda sambil tersenyum nakal.
"Ish gatal." Aku terus bergegas ke arah katil nanti takut situasi menjadi teruk.
"Gatal dengan isteri sendiri. Tak boleh?" Dia mengambil tempat di sebelah aku dan membaringkanku.
"Ish nak buat apa ni?"
"Aku rasa aku dah mula sayang kau." Dia mengusap ubun ubun ku dengan perlahan sambil mencium dahiku.
Hatiku berdebar debar.
"Kenapa jantung sayang berdebar?" Dia berkata bila perasan yang hatiku berdebar.
"Saya peliklah, you fell in love with me so fast?" Aku mengerutkan dahi.
"You know what? Everyday all I see is your face your body your everything. I can see the sincerity in you trying to love me. And I doubt of why not I give myself a chance to open my heart to love you right? I can't tahan, I lost to you. I love you so much." Dia berkata sambil mencium bibirku.
"Danish, I want you." Aku berkata tanpa sedar kerana aku fikir aku di awang awangan apabila bibirnya menyentuh bibirku.
"I want you too sayang." Dia berkata dan pada malam itu aku menyerahkan segalanya kepada Danish. Dan juga pada malam itu, kami melihat badan satu sama lain tanpa seurat benang.
Badan Danish sungguh memerangsangkan. Wow.
Danish's Pov -
All I could say is she's amazing.
Her body her face her everything. I love her. She gave me everything.Yes aku mengaku akhirnya yang aku sudah mula jatuh cinta dengan Adirah Azzahrah, aku kalah dengannya. Layanannya terhadap aku sungguh baik cuma aku tidak pernah menghargainya. Aku selalu bersikap dingin terhadapnya walhal dia tetap bercuba untuk menyayangi ku.
Aku harus menerima hakikat dan redha atas ketentuan Illahi. Aku hanya mampu berdoa kepadaNya agar mahligai yang dibina ini akan kekal hingga ke Jannah ameen. Alhamdulilah aku boleh melihat kegembiraan di sebalik mata Dirah. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan Dirah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Aku sayang kau
RomantikAdirah Azzahrah merupakan seorang gadis yang sangat cantik namun egonya tercalar apabila dia dipaksa kahwin dengan seorang teruna yang amat dia benci iaitu Danish Isyraff selepas kejadian yang amat dia takuti itu. (Baca untuk tahu perkara sebenar) ...