Adirah's Pov -
Aku nak jumpa kau petang ni dekat satu tempat ni. Aku akan hantarkan alamatnya kejap lagi. I'll meet you at 3 pm.
Armel Aisyah.
Apa dia nak? Tak cukup ke nak rampas suami orang lepas tu suka hati dia je nak jumpa aku?
Okay. Tapi aku tak boleh lama lama. Nanti Danish risau.
Sent.
Huh danish nak risau? Ahah kaki aku ketawa lah Adirah. Whatever, see you my friend.
Armel Aisyah.
Kadang kadang aku tak faham dengan minah zaman sekarang? Tak boleh tengok orang lain bahagia dengan suami atau isterinya? Kenapa mesti runtuhkan masjid orang? Kalau dia bukan milik kau, redha je lah.
"Bahhhh." Sergah Danish dari belakang membuat aku terhenti dari lamunanku.
"Oh mak kau pocot masuk longkang!" Aku melatah ketakutan.
"Amboi sampai masuk longkang haha." Danish ketawa terbahak bahak sambil memegang perutnya.
"Ish tak payahlah nak ketawa kan orang sampai macam gitu sekali." Aku mencebik.
"Alolo sayang abang ni takmo lah macam ni. Kang nanti abang kiss baru tahu." Dia sudah memegang leherku. Apahal dengan suami aku ni? Dia ni dah buang tebiat?
"Eh abang ni dah kenapa? Dah buang tebiat?" Aku mengerutkan dahi.
"Buang tebiat ngan sayang je." Aku ketawa. Akhirnya kami berdua ketawa.
"Abang, nanti kalau Dirah nak keluar jumpa kawan pukul 3 petang nanti boleh tak?" Aku mengerdipkan(idk) mataku kepadanya.
"Hm ye lah tapi dengan satu syarat, abang kena ikut." Membulat mata Dirah apabila mendengar syarat suaminya itu.
"Eh..umm tak boleh lah abang. This is girl's day out. No boys allowed so faham faham je lah eh. Shafa pon ada sekali so abang jangan risau lah." Aku terpaksa menipunya yang Shafa akan mengikut malahan dia tak tahu pon pasal perkara aku kena jumpa dengan Armel.
"Okay sayang janji ngan abang yang sayang tak akan balik lambat okay?" Dia memegang lembut daguku.
"Ye saya janji abang." Aku berkata lalu membenamkan wajahku ke dadanya. Sungguh selamat rasanya jika aku berada di sisi Danish.
Kenapa sekarang baru Danish nak seksa jiwa aku? Kenapa bila kami dah saling cinta mencintai? Kenapa tak bila kami belum jatuh cinta antara satu sama lain? Apa motif dia dan Armel? Aku tak faham. Aku serabut!
"Baby jangan nakal nakal tau dalam perut Mama, nanti kalau Mama cakap baby nakal, Papa masuk dalam perut Mama gomol baby." Danish berkata sambil mengusap perutku yang agak kempis belum ada bumpnya lagi.
"Ish abang ni, macamlah baby ni faham apa abang cakap." Aku menolak dirinya dari perutku.
"Eh mestilah dia faham! Ni kan Papa dia, tanpa abang sayang takkan dapat baby ni." Danish tersenyum nakal. Ah dah mula lah perangai miang dia tu.
"Gatal." Aku menjeling ke arahnya. Aku rasa tidak ada salah kalau aku mahu bermanja dengannya sebelum dia bertunang dengan Armel kan? Jauh di sudut hatiku memang terasa sakitnya malahan aku memberinya izin untuk memadukanku. Jika ini takdir ku, Ya allah aku redha.
"Dah la sayang, abang nak main fifa. Sayang gi lah rehat." Dia berkata lalu menbuka permainan fifanya dan terus bermain.
Aku hanya melihat gelagat suamiku yang seperti kebudak budakan. Umur dah 24 tapi masih main game. Comel sungguh suami aku sorang ni.
YOU ARE READING
Aku sayang kau
RomanceAdirah Azzahrah merupakan seorang gadis yang sangat cantik namun egonya tercalar apabila dia dipaksa kahwin dengan seorang teruna yang amat dia benci iaitu Danish Isyraff selepas kejadian yang amat dia takuti itu. (Baca untuk tahu perkara sebenar) ...