Bab 19 - Keluarga bahagia

20.3K 299 8
                                    

Adirah's Pov -

Dua minggu berlalu

"Uwekk, uwekkk." Tiba tiba Danish bergegas ke arah tandas dan memuntah. Aik, dah kenapa dengan suami aku sorang ni?

"Abang, what's wrong?" Aku mendekatinya lalu mengusap belakangnya dengan perlahan.

"Entahlah tetiba tekak ni rasa macam loya je. Dah lah abang nak rehat." Ujarnya lalu merebahkan diri di katil. Katanya sungguh pening.

"Kita gi klinik jom." Aku memaut lengannya yang sedang mahu melelapkan matanya.

"Tak nak lah sayang, abang penat ni. Pening." Dia berkata lalu membenamkan mukanya di bantal empuk itu. Aku hanya membiarkannya, terasa kesian pulak melihatnya dalam keadaan gitu.

Aku bergegas ke dapur untuk menolong Mummy.

"Hai Mummy.." Aku berkata sambil mengambil tempat di meja makan yang ada di dapur itu.

"Hai Dirah sayang. Mana suami kamu? Tak turun lagi ke." Mummy mengalihkan pandangannya kepadaku.

"Hmm entahlah Mummy, Dirah rasa dia tak sehat. Dia muntah tadi pastu dia cakap kepala dia pening. Dirah ada jugak suruh dia pergi klinik tapi dia degil nak tidur jugak." Aku menjelaskan segalanya.

"Hmm takpalah nanti Mummy naik tengokkan dia. Nanti Mummy pujuk dia pergi klinik. Dah Dirah kamu cuba rasa jemput jemput udang Mummy goreng ni, ni resepi Mama kamu tau." Mummy berkata lalu memberiku sepinggan jemput jemput tersebut itu.

"Wahh macam tahu tahu je Mummy ni hehe." Aku berkata lalu ketawa kecil.

"Mmmm sedapnya Mummy! Sebijik macam Mama punya." Aku memuji air tangan Mummy, kalau dah resepi sama mestilah sedap tapi Mama punya lagi sedap tapi takkanlah aku nak bagitahu Mummy yang Mama punya lagi sedap, tak kecil hati dia?

"Danish, bangun. Muka kamu pucat ni mari pergi klinik." Mummy menaiki ke bilik kami untuk menjenguk Danish.

"Tak nak lah Mummy, Danish tak larat lah nak bangun." Danish menggeliat untuk bangun.

"Jangan nak mengada ngada sangat, kamu jangan ikutkan sangat perasaan kamu tu, mari kita pergi klinik." Mummy berkata lalu Danish akur dan akhirnya kami pergi ke klinik.

Setibanya di klinik...

"Mummy tunggu di luar, biar Dirah je teman kamu ye Dan." Mummy berkata lalu menguntumkan sebuah senyuman.

Kami berdua hanya mampu menganggukkan kepala dan terus memasuki bilik doktor itu dengan mengetuknya.

"Doktor, kenapa dengan suami saya ni? Asyik muntah je lepastu dia cakap dia rasa pening dan loya." Aku menerangkan segala galanya kepada Doktor perempuan itu.

"Haha, boleh saya periksa awak?" Doktor itu ketawa kecil. Aku dan Danish hanya mengerutkan dahi kami.

"Aik? Kenapa saya pulak doktor? Yang sakit suami saya, bukan saya." Aku menghalang doktor itu untuk periksa aku.

"Tak apa, nanti puan tahulah kenapa saya periksa puan bukan suami puan. Sekarang mari ikut saya." Doktor itu berkata lalu aku mengikut langkahnya.

"Sebenarnya suami puan kena alahan puan. Dia tak sakit pon." Doktor itu berkata.

"Apa maksud doktor?" Aku mengerutkan dahi.

"Puan hamil dah 2 bulan dah. Kadang kadang suami yang kena alahan." Doktor itu berkata lalu menaipkan sesuatu di komputer ribanya. Nama ubat kot.

"Hah hamil? Isteri saya hamil? Betul ke ni doktor?" Ujar Danish dengan teruja. Aik hilang sakit ke encik suami?

"Ye, isteri encik hamil. Nanti jangan lupa ambil ubat untuk redakan pening encik, dan saya akan beri vitamin untuk isteri encik." Doktor itu berkata sambil bersenyum.

Setibanya di luar...

"Abang, Dirah macam tak percaya yang Dirah pregnant lagi." Aku sungguh gembira kerana aku hamil sekali lagi. Moga Allah mempermudahkan urusan aku dan Danish ya Allah. Aku berdoa di dalam hati.

"Dirah jangan cakap Dirah, abang pon sama jugak, dah tak terkata. Alhamdulilah syukur padaNya. Allah telah memberi kita lagi satu amanah, lepas ni abang janji akan jaga Dirah macam abang jaga nyawa abang." Dia berkata lalu memeluk erat tubuhku sambil mencium dahiku.

"Amboi kamu berdua macam gembira je? Si Danish ni, doktor cakap apa?" Mummy menanya.

"Dirah berbadan dua Mummy!" Danish membisik di dalam telinga Mummy.
Terbeliak matanya apabila mendengar bisikan anaknya itu.

"Alhamdulilah, syukur! Dapatlah title 'nenek' lagi. Lepas ni jaga kandungan kamu to elok elok." Mummy sempat berpesan sebelum kami berjalan ke arah kaunter untuk membayar dan mengambil ubat.

9 Bulan kemudian...

Pejam celik, pejam celik, dah usia 9 bulan dah kandungan aku kini. Tengah tunggu hari je.

Sedang aku asyik membaca novel, aku terasa seperti punggungku berasa basah suam.

"Abang, air apa ni?" Aku bertanya selepas Danish keluar dari bilik air.

"Eh tu air ketuban sayang dah pecah! Sayang dah nak beranak ni. Jap jap abang siap." Dia bersiap dengan ringkas sekali.

Tiba tiba rasa bisa hinggap di perut ku, bahagian bawah.

"Ouch, abang sakit.." Aku berkata dengan nada yang bergetar. Contractions sudah mula dirasai.

"Sayang sabar okay jom abang dokong sayang."

Setibanya di hospital..

"Alhamdulilah, sayang terima kasih sebab tolong lahirkan zuriat abang. Comel sungguh anak perempuan kita kan sayang? Cantik macam Umi dia, comel macam Baba dia." Danish berkata sambil mengusap pipi anak kami yang bernama Arissa Sofea.

"Dah memang tanggungjawab sayang kan untuk lahirkan zuriat abang?" Aku berkata sambil melihat wajah comel anak ku.

Mereka bertiga hidup dengan bahagia sekali selepas kedatangan anak perempuan mereka.

-Tamat-

thank you everyone who actually took the time to read this short story of mine. Lepas ni insyallah ada plan nak buat cerita baru tapi tengah fikir tentang tajuk.

Hope that all of you won't stop supporting me, vote and comment ❤️

Aku sayang kauWhere stories live. Discover now