Melangkah Pergi

258 6 0
                                    


Perjalanan terasa panjang.Masa seolah-olah bergerak terlalu perlahan.Muka ibu kelihatan sungguh pucat.Angah pula sibuk melayan karenah Adik yang banyak bertanya mengenai Along sebaik melihat keadaan Along.Sebaik sahaja ibu mengambil Adik di sekolah keadaan yang muram mula riuh.Soalan Adik keluar bertubi-tubi.Angah hanya mampu menjawab dengan riak muka yang suram.Setibanya di hospital,Along dimasukkan ke dalam wad separa kritikal.

"Siapa waris Muhammad Iskandar Risyam?"tanya seorang jururawat yang mukanya sahaja muncul di pintu masuk wad Along ditempatkan tadi.

"Saya..Kenapa dengan anak saya?"Ibu kelihatan sungguh cemas.

"Doktor nak berjumpa dengan puan sekarang di sana."jawab jururawat itu sambil menudingkan jari ke arah seorang doktor perempuan berkulit putih langsat yang sibuk mencatat sesuatu.

Ibu bergegas masuk untuk bertemu doktor itu.Riak muka ibu membayangkan berita buruk yang bakal didengarinya mengenai nasib Along.

"Doktor!Doktor!Saya ini ibu kepada Iskandar,macam mana keadaan dia,doktor?"

"Dia...Dia...Saya nak cakap pun serba salah.Macam mana saya nak cakap ini?"

"Doktor!Kenapa dengan anak saya?Cakap doktor...Kenapa dengan anak saya?"Air mata ibu mula bergenang.

"Mak cik,anak mak cik cedera tak beberapa serius tapi kecederaan itu boleh menjejaskan otak dia.Saya tengok kepala dia berdarah dan dekat dahi itu ada lebam.Badan dia pula berbirat-birat kena pukul dengan kayu sampai berdarah..Saya tahu dia kena pukul dengan kayu sebab saya nampak ada serpihan kayu dekat baju dia.Saya tanya dia bergaduh ke tak.Dia jawab tak.Ini masalah dalam rumah ke?

"Ya,doktor.Ayah dia.."Ibu mula mengalirkan air mata.

"Mak cik,sabarlah.Ujian Tuhan nak duga kita.Sebaiknya mak cik,mak cik kena buat laporan polis kalau kes macam ini."kata doktor itu memberi pandangan.

"Tak perlu,doktor.Saya sihat lagi ini.Biarlah dekat ayah saya .Dia tekanan sebab saya kecewakan dia.Terima kasih doktor tapi tolong rahsiakan hal ini.Rahsia kita bertiga kalau ibu saya tiada kita berdua sajalah."celah Along sambil tersenyum.

Along berhenti apabila tiba di hadapan kereta.Riak mukanya berubah.Bagai ada sesuatu menghalangnya dari menaiki kereta.Ibu melihat kehairanan.

"Kenapa ini,Along?"

"Ibu,Along tak nak balik rumah.Along nak tinggal dengan kawan Along.Boleh Along kerja sekali.Lagipun rumah itu dekat dengan sekolah,boleh Along pergi tusyen malam dekat sekolah."

"Kenapa ini,Along?Kenapa tak nak balik rumah?"tanya ibu.

"Along dah tiada hak nak duduk dalam rumah itu.Ibu pun dengar ayah halau Along.Salah Along,ibu.Biarlah Along tanggung.Along tak nak sebab Along,ibu dengan Angah kena marah."

"Along,cepatlah!Orang nak buat kerja sekolah ini.Malam ini ada cerita seronok."rungut Adik.

"Along tak nak balik rumah,Adik.Along nak tinggal rumah kawan dia."terang ibu.

"Takkan sebab ayah halau Along,Along nak tinggalkan Adik.Kalau Along tiada,siapa nak tolong adik sediakan maggi.Sampai hati,Along.Tak nak kawan dengan Along."Muka Adik masam mencuka.

"Along,baliklah rumah.Ayah tengah marah memang macam itu."pujuk Angah.

"Kalau ayah membebel biar Adik pujuk ayah.Adik kan rapat dengan ayah."tambah Adik sambil menunjukkan gigi putihnya.

"Tak perlulah.Biar saja Along tinggal dengan Rahman.Boleh Along bekerja dekat tempat Rahman itu."kata Along sambil tersenyum.

"Along,tekad ke tak nak balik rumah?Tak kesian dekat ibu ke?"Mata ibu bergenang dengan air mata.

"Ibu,jangan menangis bu.."Along mengesat air mata ibunya yang mengalir.

"Along buat macam ini tak nak tengok lagi keluarga kita menderita kena hina kena maki sebab tak bayar hutang.Anggaplah ini cara Along balas budi ayah dengan ibu walaupun Along tak pandai macam Adik ini."kata Along sambil mengusap lembut kepala Adik.

"Along,kalau dah ada calon kakak ipar bagi tahu Adik,Boleh Adik cerita kata Along ini manja sebenarnya.Muka saja macam singa tapi hati penuh taman bunga."perli Adik.

"Banyaklah kakak ipar kau,Adik.Angah,jangan menangis.Along tak marahlah.Along tahu Angah ambil duit ayah bayar yuran sekolah.Dah..Dah..Kalah budak perempuan menangis, Angah ini."

"Biarlah..Macam perempuan ke tak,Angah tetap adik Along tetap anak ibu."ajuk Angah sambil memegang tangan ibu.

"Ibu,Along pergi dulu.Kesian pula dekat Rahman .Along dah telefon dia tadi,dia tengah tunggu Along dekat pintu masuk hospital.Angah,jaga ibu dengan Adik baik-baik.Adik,belajar elok-elok.Jangan jadi macam Along,kuat saja tapi tak pandai."

"Ishh!!Along,perasan kuat.Along,lagi satu ingat cakap doktor makan ubat itu ikut masa yang ditetapkan.Nanti sakit.Nasib baik luka sikit.Kalau tak berbungkus macam mumia."gelak Adik.

"Ibu,Along pergi dulu.Angah..Adik..Ingat pesan Along.Kirim salam dekat ayah."

Along terus bersalam dengan ibu.Satu pelukan hangat diberikannya kepada ibu tercinta.Satu kucupan penuh rasa kasih sayang bercampur pilu dihadiahkan ibu di dahi Along.Angah dan Adik memeluk Along lalu bersalaman dengan Along.Hubungan erat mereka bagaikan isi dan kuku takkan terhenti disini.Sebaliknya akan berlaku sesuatu yang mengubah hidup mereka.

Along terus melangkah pergi meninggalkan ibu dan adiknya. Kenangan bersama-sama mula bermain di fikirannya.Hatinya bagaikan terguris sembilu.Air mata yang cuba dikawal meluru keluar membasahi pipinya.Hatinya sebak terpaksa meninggalkan insan yang paling bermakna dalam hidupnya.

"Ya,Allah..Betapa sakitnya apa yang aku rasakan ini..Ya Allah,kuatkanlah hati aku yang terluka ini.Apa yang aku lakukan untuk kebaikan keluargaku jua.Tabahkanlah hati dan permudahkanlah urusan ku."getus hatinya yang berkecamuk.

Tiada HujungnyaWhere stories live. Discover now