Surat Buat Ayah

267 9 0
                                    

Keesokannya,selepas Along selesai dikebumikan.Ramai jiran tertanya-tanya mengapa tiba-tiba sebuah kereta mewah berhenti di hadapan perkarangan rumah Along.

"Ini rumah ibu bapa Iskandar?"tanya pemandu kereta mewah tersebut kepada Angah melalui tingkap yang sedikit terbuka.

"Ya,kenapa?"tanya Angah yang masih berada di luar rumah.

"Bos saya nak jumpa dengan mereka sekejap.Ada hal mengenai Iskandar."

"Jemput masuk dulu."ujar Angah.

"Ibu! Ibu! Ada orang nak jumpa."laung Angah memanggil ibu.

Pintu belakang kereta mewah itu terbuka.Kelihatan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50 tahun keluar dari kereta itu.Dia menghampiri ibu dan ayah lalu memberikan sepucuk surat kepada ibu.

"Puan,saya ini bos kepada arwah dulu.Dia suruh saya simpan surat ini dan bagi dekat puan jika terjadi apa-apa dekat dia.Puan bacalah isi surat itu dulu."kata lelaki itu ringkas sambil menyembunyikan kesedihannya.

Ibu membuka sampul surat itu perlahan-lahan.Ibu membaca kandungan surat itu.Air mata ibu mengalir membasahi pipi.Ayah duduk tersandar di dinding.Air mata mula bergenang di kelopak matanya.Adik pula menangis teresak-esak.Angah yang tidak berkata sepatah apa terpaksa memujuk ibu dan Adik.Suasana di rumah menjadi sunyi hanya yang kedengaran tangisan dan ucapan kalimah suci.Angah mengambil surat itu lalu membaca surat itu sekali lagi.Dia bagaikan tidak percaya.

Along memohon ampun kepada ayah,ibu,Angah dan Adik kerana meninggalkan kalian demi melarikan diri daripada masalah.Along tidak pernah mempunyai rasa tidak puas hati kepada sesiapa pun.Along pinta agar kalian memaafkan dosa-dosa Along selama ini.Ayah dan ibu,halalkan makan dan minum Along.Halalkan darah yang mengalir dalam badan Along.

Satu demi satu baris ayat Angah perhati.Tiba-tiba air mata Angah mengalir.Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir jua.

Ayah,Along tidak pernah membenci ayah.Banyak pengorbanan telah ayah lakukan untuk Along.Sewaktu Along kecil,apabila Along nak sesuatu permainan.Ayah akan bekerja siang dan malam untuk beli permainan yang Along nak.Along ingat lagi sewaktu ayah bawa Along pergi kedai nak beli alat permainan yang harganya RM250.Sewaktu dalam perjalanan pulang,ayah dan Along mengalami kemalangan.Along nampak kaki ayah berdarah.Ayah cuba hidupkan motosikal tapi tak berjaya.Ayah kendong Along bawa balik rumah sedangkan jarak rumah waktu itu lagi 15 kilometer tapi ayah tak bising pun.Malam itu,ayah terus pergi bekerja.Ayah tak nak berehat walaupun sepatutnya ayahkena berehat sebab kaki ayah bengkak dan terseliuh.

Ibu cakap ayah pergi jumpa doktor.Doktor memberi cuti selama dua bulan sebab tulang jari kaki ayah retak tapi ayah degil.Ayah nak kerja juga sebab nak duit lebih untuk beli alat permainan baru menggantikan permainan yang rosak itu buat Along tapi bila Along dah besar Along kecewakan ayah.Along bergaduh dengan anak-anak jiran sebab hina ayah.Tapi ayah tak pernah peduli pun mereka hina ayah.Ayah cuma nak Along berjaya.Ayah pukul Along sebab Along bergaduh dengan anak jiran dekat sekolah sampai kena buang sekolah.Waktu itu,Along salahkan ayah.Along kata ayah tak adil tapi esok itu Along tahu kata ayah buat untuk diri Along.Tapi sayang semua dah terlambat.Along mula terjebak dalam kes pergaduhan.Ada saja orang minta tolong dengan Along dan ada saja orang tidak puas hati dengan Along.

Along nak ayah tahu Along mula tak tumpukan pelajaran bila Along tahu ayah ada kanser tahap kedua.Along nak menangis,ayah.Along nak kerja.Along nak balas jasa ayah.Bermula hari itu,Along mula abaikan pelajaran.Orang mula hina ayah sebab Along pemalas,kaki pukul dan sebagainya.Ayah mula bencikan Along tapi Along tak peduli,Along tahu ini semua salah Along.Ayah,Along minta maaf.

Ayah,bila ayah dapat surat ini maksudnya Along dah tiada lagi dekat dunia ini.Ayah buatlah pembedahan untuk buang kanser ayah.Ayah gunakan duit simpanan Along ini.Bakinya ayah ambil buat belanja Angah dan Adik untuk belajar.

Along nak minta maaf sekali lagi kepada semua sebab menipu terutamanya ibu.Waktu Along masuk hospital hari itu,doktor bagi tahu Along yang Along kena kanser otak.Along suruh doktor itu senyap.Along pengsan hari itu bukan sebab ayah tapi sebab penyakit Along.Along tak nak bagi tahu sebab Along tahu ayah dan ibu tak mampu nak tanggung kos perubatan Along.Along tahu ayah ada penyakit kanser sebab Along ada baca surat dari Hospital Sungai Buloh tapi tak pernah sedikit pun Along tengok ayah mengeluh.

Along nak minta maaf lagi banyak-banyak dekat kalian semua.Ayah dan ibu,Along minta maaf sebab membuat ayah dan ibu tertunggu-tunggu bakal menantu ibu.Angah dan Adik kenal bakal menantu ibu.Along minta maaf sebab Nur cuma sekadar calon menantu kalian berdua bukannya menantu ayah dan ibu.

Tiga saja permintaan terakhir Along.Pertama,janganlah menangis untuk Along.Cukuplah kalau ayah,ibu dan adik kesayangan Along semua doakan kesejahteraan Along nanti.Kedua,Angah dan Adik,belajarlah bersungguh-sungguh dapat kerja elok tolong ayah dengan ibu.Jangan jadi kacang lupakan kulit.Jangan jadi macam Along.Akhir sekali,permintaan ini Along tujukan kepada semua terutamanya ayah.Tolong marahkan Along sebab tinggalkan keluarga kita selamanya.

Salam rindu yang terakhir buat semua daripada Along.

Lelaki itu kemudian memberikan ayah sebuah buku bank kepada ayah.Ayah mengambil buku itu dengan hati yang sayu.Ayah memandang langit biru yang luas terbentang.Pipinya disapa angin.Muka ibu yang sebentar tadi pucat kelihatan lebih tenang melihat wajah ayah.Seorang wanita keluar daripada kereta itu.

"Ibu,itulah Nur.Cantik tak ibu wanita pilihan abang?"Adik cuba meriuhkan keadaan yang suram.

"Cantik sangat,Adik."jawab ibu lalu terus memeluk Nur.

"Terima kasih,Along.Ayah takkan gembira kamu tinggalkan ayah macam ini.Ayah akan ingat kamu dan marah kamu selalu."getus hatinya sambil memandang Nur dan isterinya.

Ibu tersenyum melihat senyuman ayah.

"Kehilangan permata hati tidak bermakna hidup kita tiada arah lagi.Disebabkan sebuah pengorbanan,kita harus maju ke hadapan dan tidak boleh menoleh kebelakang.Anggap sahaja ini semua suratan takdir daripada Illahi."ucap Nur

Petang itu,kicauan burung seolah-olah memuji kebesaran Illahi.Mentari melebarkan sayapnya memberi sejuta nafas baru kepada kepada keluarga Along.Air mata yang mengalir kerana terluka berubah menjadi satu senyuman yang tersembunyi berjuta makna.Pemergian Along mengubah hidup ayah sekeluarga.Sebuah duka yang memberi sejuta kebahagiaan dan ikatan kekeluarga ini tak akan putus dan tiada hujungnya.

Tiada HujungnyaWhere stories live. Discover now