Kawan

182 4 0
                                    


"Ini bilik kau..Kau pandai-pandailah kemas.Bilik air dekat situ.Malam ini kalau kau nak,kau boleh ikut aku kerja basuh pinggan dekat kedai mamak tadi.Kau tidur dulu.Aku nak jumpa ayah aku.Kau jangan risau,ini rumah ayah aku juga tapi buat sewa.Aku bukan nak kedekut tapi kau kena bayar juga sebulan RM50.Aku pun kena bayar."ucap Rahman.

"Aku faham.Aku dapat gaji aku bayar.Aku nak solat dulu lepas itu aku nak rehat sekejap.Apa-apa panggil aku."ujar Along.

Selepas lima tahun berlalu berlalu tanpa ada sebarang perubahan di antara hubungan mereka sekeluarga ,Angah dan Adik kini sedang sibuk belajar demi mengubah nasib keluarga.Angah yang berada di tahun kedua di Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang manakala Adik sedang belajar di Kolej Matrikulasi Kedah.Along pula daripada bekerja sebagai seorang pencuci pinggan di kedai mamak kemudian beralih menjadi seorang buruh dan daripada seorang buruh menjadi pembantu peribadi kepada pengurus syarikat binaan itu.Semua itu hasil titik peluhnya memerah keringat siang dan malam demi mencari rezeki yang halal dan demi mencari ilmu yang luas tiada batasan.

"Iskandar,sampai bila kau tak nak balik rumah?Kau tak teringin jumpa ibu bapa kau ke?Aku tahu kau selalu jumpa adik-beradik kau waktu hujung minggu tapi sampai bila kau nak tipu mak kau?

"Aku bukan tak nak balik..Aku nak balik tapi..tapi..."Mata Along merenung lantai.

"Tapi apa?Kau tak kesian dekat mak kau?Kau sara keluarga kau dan adik-beradik kau sedangkan kau duduk dekat sini macam orang tiada keluarga.Waktu raya,orang balik kampung beraya dengan keluarga,kau sibuk bekerja.Kalau kau tak kerja pun,kau pergi rumah ibu bapa Aishah.Aku tahu kau suruh Pak Ali bagi duit gaji kau ini dekat ibu kau dan tipu ibu kau kata duit ini duit Pak Ali sendiri untuk tanggung adik-beradik kau belajar."Marah Rahman.

"Biarlah.Bagi aku bersedia dulu.Bila tiba masanya aku akan jumpa juga.Aku pun rindu ibu bapa aku."Riak wajah Along mengambarkan kesunyian yang dia telah lalui.

"Aku nak keluar sekejap.Aku nak beli makanan.Kau nak makan apa?Aku belanja."tanya Along.

"Nasi ayam.Serius kau nak belanja.Aku doakan kau masuk syurga cepat sikit.Tak perlu hidup dengan dunia yang fana ini."ujar Rahman sambil tergelak.

"Seriuslah.Banyak kau punya syurga.Amalan aku pun tak seberapa tapi sebab kau dah cakap.Kita aminkan saja.Amin."

Along terus meninggalkan Rahman.Entah mengapa hari ini jiwa Along terasa begitu tenang.Kedamaian yang dia rasakan bagaikan dia tiada sebarang masalah.Setiap langkahnya terasa ringan.Setibanya dia di sebuah lorong berdekatan rumahnya.Dia terlihat beberapa orang sedang mengepung seorang pak cik tua.Dia segera menghampiri pak cik itu.

Tiada HujungnyaWhere stories live. Discover now