Bab 6

4.4K 84 4
                                    


Bizz.. Bizz.. Bizzz.. Bizzzz..

Aku terjaga dari lena apabila merasakan handphone Samsung Young aku bergetar yang menandakan, aku terima mesej baru.. Aku memandang jam di dinding yang menunjukkan waktu sekarang tepat pada pukul 12 tengah malam..

Aku membuka mesej tersebut dalam keadaan mamai.. Aku baca setiap patah perkataan yang terkandung dalam mesej tersebut dan secara automatiknya mata aku terbuka luas.. Aku mimpi ke sekarang ni?? Aku dapat mesej daripada Syazlina Daina..

Mana dia dapat no.phone aku ni?? Beberapa saat kemudian handphone Samsung Young aku pun berdering, mendendangkan lagu Dear God yang di nyanyikan oleh Avenged Sevenfold..

Tanpa melengahkan masa, aku cepat-cepat menekan butang answer.. Maka terhidang la suara manja dan merdu bak buluh perindu Syazlina Daina di telinga aku ni.. Rindunya nak dengar suara dia.. Jantung aku pun berdebar-debar..

Dup dap dup dap dup dap..

"Hel-loo.." mula Syazlina Daina pendek..

"Hello.. Ni Qai ke?? Maksud saya Qairisya Fazeera ke??" sambung Syazlina Daina lagi apabila Qairisya Fazeera diam tak menyahut..

"Hello.. Iya Syaz, ni saya Qai.. Mana Syaz dapat no.phone Qai ni??" jawab aku yang masih tertanya-tanya..

"Ermm.. Tadi Naili yang kasi kat Syaz.. Lagi pun, Syaz memang nak pun no.phone Qai.." kata Syazlina Daina bersungguh-sungguh..

Aku pun teringat la kat si Naili perempuan tak tulen tu.. Hehe.. Minah tu memang la.. Semua no.phone orang yang kerja kat dalam Giant tu dia simpan, termasuk la security guard.. Bila aku tanya, dia cakap nanti kalau dia nak kena rogol ke apa ke senang sikit.. Boleh call je mana-mana no.phone.. Sewel betul la, sapa je yang nak rogol dia pun aku tak tau.. Bukan perempuan tulen tu.. Hahaha..

"Qai!! Napa Qai tak masuk kerja dua hari ni?? Qai ada marahkan Syaz ke??" sayu je dengar Syazlina Daina tanya aku macam tu..

"Eh! Mana ada Syaz.. Qai takde marah kat Syaz pun.. Qai tak masuk kerja sebab Qai demam panas la Syaz.." kata aku perbetulkan tanggapannya..

"Hah? Qai demam panas?? Qai makan makanan tak?? Qai makan tak ubat?? Qai pergi klinik tak??" bertubi-tubi soalan yang Syazlina Daina ajukan kat aku..

"Hehe.. Banyaknya soalan yang Syaz tanya.. Okay.. Qai dah pergi klinik.. Qai dah makan nasi lemak siang tadi.. Qai dah makan makan jugak ubat siang tadi.." jawab aku satu-persatu..

Aku dengar dia tergelak kecil.. Mungkin dia cuba menutup rasa malu, kerana tersedar kesilapannya mengajukan soalan secara bertubi-tubi.. Hehe.. Aku dan Syazlina meneruskan perbualan bermacam-macam cerita.. Senang cerita, aku dan dia buat sesi kenal hati budi la.. Hahaha.. Perbualan tu berlarutan sehingga aku dan dia terlena dengan handphone masih melekap di telinga.. Lena dibuai mimpi..

*****

20 June 2013
Tempat : Pantai Batu Tenggelam Timbul

Hari ni merupakan Birthday Syazlina Daina yang ke-19.. Ya.. Syazlina Daina tua dua tahun daripada aku dan hari ni genap empat bulan persahabatan kitorang.. Aku hadiahkan seuntas rantai stainless steel kepada Syazlina Daina yang telah diukirkan Syazlina Qairisya diatasnya..

Syazlina Daina mengucapkan terima kasih untuk hadiah tersebut.. Dia tersenyum tanpa henti sambil membelek-belekkan rantai tersebut yang telah aku pakaikan di leher jinjangnya.. Aku hanya perhatikan segala tingkah laku Syazlina Daina pada pandangan aku tersangat la comel semua tu..

Aku rapatkan kedudukan aku dengan Syazlina Daina.. Debaran di dada aku sangat laju..

Dup dap dup dap dup dap..

Aku cuba mencapai tangan Syazlina Daina dan kini aku sedang menggenggam erat tangan dia.. Syazlina Daina hanya tertunduk kaku dan dia turut melarikan tangan dia dari genggaman tangan aku.. Debaran di dada semakin kuat dan menyesakkan dada aku..

Dup dap dup dap dup dap dup dap!!

Aku cuba mengawal perasaan aku yang dah tak tentu arah sekarang ni.. Sejak semalam aku memang dah pasti dengan perasaan aku, yang aku sukakan Syazlina Daina dan aku punya perasaan cinta terhadap dia.. Bila aku tengok Syazlina Daina melarikan tangan dia, aku mula rasa malu dan takut.. Jadi aku pendamkan je la hasrat untuk meluahkan isi hati aku..

Mungkin dia tak suka aku lebih daripada seorang sahabat.. Biarlah ia sebagai rahsia hati aku!

RAHSIA (GxG) [Completed]Where stories live. Discover now