Bab 10

4.2K 94 4
                                    

Aku sampai je apartment, aku terus cari master room.. Perghh! Besar giler bilik ni, ada 2 katil bujang.. Katil kayu pulak tu, takde la bunyi bising besi nanti.. Syok weh.. Hehehe.. Lepas tu, ada 2 almari kayu dan 2 meja study.. Baik giler owner rumah ni, cukup lengkap semua..

Aku tengok toilet pun puas hati.. Siap ada tub mandi dengan water heater sekali.. Perghh!! Tak rugi aku pilih apartment ni.. Alang-alang dah tengok toilet syok sangat, aku nak manja kan diri dalam tub tu la..

Nanti dah siap mandi mesti roommate dah balik, aku tengok barang-barang dia semua dah kemas dan teratur.. Okay, sekarang kasi wangi dulu baru kenal-kenal.. Hahaha

*****

Syazlina Daina masuk je bilik, terus baring atas katil.. Dia dengar bunyi air dalam toilet sekali dengan nyanyi pulak tu.. Nasib baik suara tu sedap, sejuk telinga ni dengar.. Syazlina Daina tengok katil sebelah, dah sampai rupanya roommate aku ni.. Hehe..

Lama pulak dia ni mandi.. Cepat la keluar, aku nak kenal ni.. Tak sabar tau.. Hehehe.. Tiba-tiba pintu toilet terbukak, aku menggelabah terus buat-buat tidur dan tutup muka dengan bantal..

*****

Qairisya Fazeera keluar dari toilet je, roommate dia dah ada.. Tengah tidur la tu, mungkin penat bersesak-sesak dengan orang ramai hari ni.. Kesian pulak aku tengok.. Aku pun pergi la kat roommate aku tu, niat nak tolong selimut kan sebab bilik ni sejuk.. Maklum la bilik pakai aircond, takde kipas.. Aku ni pun macam dah nak beku, dah la baru lepas mandi..

Aku selimut kan je la roommate tak tau nama tu.. Aku pun tarik la bantal yang menutup muka si roommate, tapi tak dapat sebab aku rasa macam bantal tu di tarik balik.. Eh!! Dia ni tidur ke tak sebenarnya?? Kalau tidur takkan la boleh pulak main tarik-tarik bantal dengan aku ni..

Okay.. Ni tak boleh jadi.. Dia nak bergurau dengan aku ye.. Hehehe.. Aku kumpul tenaga sebanyak yang boleh, tarik nafas dalam-dalam... Aku pun merentap bantal tersebut dengan kuat dan ketawa puas hati.. Terserlah la muka si roommate tu...

Zaaap!!

Ketawa aku terus mati dan aku terdiam.. Terkedu.. Terkejut.. Tak sangka.. Semuanya ada.. Keciknya dunia.. Boleh pulak aku jumpa dia kat sini, sebagai roommate dan memang confirm la satu universiti jugak.. Dan sejujurnya... Aku sangat rindu kan dia.. Aku dapat rasakan satu harapan baru muncul dalam hidup aku..

*****

Syazlina Daina terkejut sangat-sangat.. Tak sangka yang Qairisya Fazeera la roommate dia dan tak sangka yang Qairisya Fazeera juga mendapat tawaran sambung belajar di tempat yang sama dengan dia..

Tanpa berfikir panjang, Syazlina Daina terus memeluk tubuh Qairisya Fazeera kemas.. Dia terlalu rindukan Qairisya Fazeera.. Bahagianya dia dapat jumpa Qairisya Fazeera kat sini.. Maknanya orang yang dia nampak tu memang Qairisya Fazeera la..

"Rindunya Syaz kat Qai..." katanya tanpa melepaskan pelukan..

"Sampai hati Qai kan.. Syaz call tak angkat.. Syaz mesej pun langsung tak reply.."

"Dah tu hilang macam tu je.. Qai tak bagitau pun kat Syaz yang Qai dapat belajar kat sini.." kata Syazlina Daina dalam tangisan..

Syazlina Daina dapat rasakan yang Qairisya Fazeera mula memeluknya kemas.. Mungkin cuba memujuk dan keadaan tu membuat tangisan dia makin menggila..

"Syaz... Jangan la nangis macam ni.." pujuk Qairisya Fazeera lembut..

"Qai mintak maaf Syaz.. Qai takde niat pun.. Jangan la macam ni.."

"Tak comel la Syaz nangis-nangis macam ni.. Nanti bengkak mata tu.. Pastu orang cakap Qai ni dera Syaz pulak kan.."

"Baru first day jadi roommate dah jadi macam ni.. Nanti dah lama karang camne pulak.." kata Qairisya Fazeera lagi..

Walaupun aku dah berhenti menangis, tapi aku masih mendiam kan diri dalam pelukan Qairisya Fazeera.. Aku dapat menghidu bau wangian mandian yang di guna kan oleh Qairisya Fazeera.. Wangi sangat bau mandian dia ni.. Berdebar-debar pulak aku di buatnya.. Dan perasaan berdebar tu makin bertambah apabila Qairisya Fazeera merapat kan bibir dia kat telinga aku..

Dup dap dup dap dup dap dup dap!!

Dah rasa macam jantung tu tengah racing pulak..

"Syaz.. Qai pun rindukan Syaz... Rinduuu sangat.. sangat.. sangat...." ujar Qairisya Fazeera dengan nada suara yang tersangat la sexy..

Syazlina Daina rasa jantung dia macam nak gugur.. Rasa macam nak je terkam si Qairisya Fazeera ni.. Dia ni saja nak goda aku ke apa, aku ni dah la tak kuat bila dengan dia ni.. Ishh..

Sebelum aku aku tak dapat nak kawal diri ni.. Baik aku pergi mandi.. Syazlina Daina terus melepaskan pelukan dan mencapai tualanya.. Dan berlari masuk toilet..

RAHSIA (GxG) [Completed]Where stories live. Discover now