Bab 5

4.6K 94 2
                                    


Dah dua hari Qairisya Fazeera terlantar kat rumah, tak masuk kerja sebab demam panas.. Rasa boring mula menjengah diri, tapi nak pergi kerja pun tak larat nak bangun.. Mrs.Lana dan yang lain asyik monitor aku.. Duk tanya dah makan ke belum?? Makan ubat ke tak?? Dah penat aku jawab, semuanya aku dah buat.. Makan pun dah, makan ubat pun dah.. Dalam masa yang sama aku rindukan Syazlina Daina... Aku rindu nak tengok dia senyum, sentiasa manis dah tak payah nak letak gula.. Alahaii hati, parahnya kau.. Memang sah aku ni dah tak straight..

*****

Syazlina Daina mula tak senang duduk apabila dah dua hari tak nampak Qairisya Fazeera.. Dia terasa hati ke dengan aku?? Tak kan dah berhenti kerja kot?? Tak kan la sampai macam tu.. Aku bersoal jawab dalam hati.. Syazlina Daina ditegur oleh rakan sekerjanya..

"Hoii Syaz!! Kau ni dah napa nyah?? Macam bini hilang suami je aku tengok.." tanya Naili (nama sebenar Mohd Nadzri Suhaimi, entah dari mana pondan ni dapat nama Naili)

"Eh!! Suka-suka hati kau je panggil aku nyah! Aku bukan pondan la.. Aku perempuan tulen okay, bukan macam kau perempuan copy and paste.. Hahaha.." tingkah Syazlina Daina dengan ketewa kuat..

"Kurang asam la kau ni Syaz... Tak baik tau kau cakap macam tu... Mak ni perempuan jugak tau.. Perempuan suci belum disentuh tau.." kata Naili menayang-nayangkan mukanya yang ber "make up" dan badannya yang memakai blouse labuh dan skinny jean..

Syazlina Daina mula rasa meluat dan buat riaksi seolah-olah nak termuntah mendengar kata-kata dan aksi Naili rakan sekerjanya yang mengalahkan perempuan original..

"Syaz.. Kau tak jawab lagi soalan mak tadi.." sambung Naili lagi dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak.. Sambil menggoncang-goncangkan badan Syazlina Daina..

"Hisy!! Sibuk la kau ni.." kata Syazlina Daina sambil menepis-nepis tangan Naili..

"Alaa... Bagitau la kat mak ni..." pujuk Naili lagi sambil menggoncang-goncangkan badan Syazlina Daina secara terus-menerus..

Syazlina Daina yang mulai rimas dengan perbuatan Naili tu, mula menjawab soalan tersebut..

"Iya.. Iya.. Aku nak bagitau la ni.. Tapi boleh tak kau stop goncang-goncang badan aku ni.. Pening kau tau tak??" kata Syazlina Daina dan Naili pun hentikan perbuatannya..

"Okay.. Aku tengah cari Qai yang kerja kat kedai CD depan tu haa.. Dah dua hari dia tak masuk kerja.. Aku rindu dia la weh.." kata Syazlina Daina lagi dengan muka sedihnya..

"Laa.. Napa kau tak cakap awal-awal kat mak ni Syaz.. Kau nak tak no.phone dia tak?? Mak ada ni.." kata Naili sambil menayang-nayangkan iphone 4s nya pada Syazlina Daina..

Wajah Syazlina Daina mulai berseri-seri dan matanya mulai bersinar cahaya.. Tak macam tadi, sugul dan tak bermaya je.. Hehe..

"Weh giler kau tak nak.. Mesti la aku nak.. Bak sini.. Hehehe.." jawab Syazlina Daina bersungguh-sungguh dengan senyuman manisnya..

"Eh!! Kejap.. Jap.. Macam mana kau boleh ada no.phone dia ni??" tanya Syazlina Daina kehairanan..

"Mak baru je mintak dengan kawan dia tu hah.. Mak cakap la hari tu ada order VCD dengan si Qai tu tapi senyap je, takde feedback pun.. So, mak mintak la no.phone si Qai buah hati kau tu sebab nak tanya dia sendiri... Konon-kononnya la.. Tapi mak mintak untuk kau jugak, sebab buat kerja pun tak bermaya.. Rimas mak tengok tau.." jawab Naili gedik..

Syazlina Daina hanya menganggukkan kepala sambil tangannya tengah ligat menaip no.phone Qai dan save di dalam contact iphone 5 nya.. Syazlina Daina tersenyum puas dan melayan customer dengan penuh semangat.. Qai tunggu Syaz mesej tau, kata Syazlina Daina dalam hati..

*****

Qairisya Fazeera yang tengah syok minum air jus oren tu tiba-tiba terbatuk dan tersembur keluar jus oren tersebut.. Dia menepuk-nepuk dadanya dan menggosok-gosok batang tengkuknya untuk meredakan batuk yang masih tersisa..

"Eeeheehemm.. Ehem.. Aduh! Sakitnya! Perit tekak aku.. Ada orang ngumpat aku ke siang-siang hari ni.. Ehemm.." kata Qairisya Fazeera sendirian dengan usaha untuk mengurangkan perit di tekaknya..

Qairisya Fazeera terbaring lesu di atas katil bujangnya.. Mula mengelamun jauh, dia dan Syazlina Daina berjalan di pinggir pantai sambil berpimpingan tangan.. Mereka bercerita dan ketawa mesra..

Tiba-tiba semua bayangan tu hilang, sekelip mata je.. Gara-gara ibu cicak landing terbaik punya kat atas muka Qairisya Fazeera.. Qairisya Fazeera mula geram kerana lamunannya terganggu..

Kurang pendidikan betul la ibu cicak ni.. Aku tengah syok-syok mengelamun, boleh pulak kau kacau aku kan.. Lalu menepis ibu cicak yang masih landing kat atas muka aku tu ke tepi.. Qairisya Fazeera usaha untuk bangun dan ke bilik air.. Arghh!! Tak pasal-pasal nak kena cuci muka lagi sekali.. Sakit jiwa betul.. Bebel Qairisya Fazeera dalam hati..

RAHSIA (GxG) [Completed]Where stories live. Discover now