Bab 7

4.1K 81 1
                                    


1 minggu kemudian..

Hubungan aku dengan Syazlina Daina masih sama macam biasa.. Kami makin rapat dan mesra.. Aku nak sangat luahkan perasaan aku dekat dia, tapi aku takut untuk kehilangan dia.. Aku tak kuat weh, sekarang bukan senang nak cari sahabat yang baik.. Yang betul-betul serius, time susah ada, time senang pun ada.. So, aku pun keep it again..

Aku malas nak fikir dulu pasal tu.. Aku pun keluar la kejap dari rumah, turun bawah sebab nak tengok kalau-kalau la ada surat kat dalam mailbox tu.. Lepas aku bukak je, aku nampak la beberapa pucuk surat atas nama aku.. Hehehe

*****

Aku baring atas katil sambil duk tengok dinding.. Aku tengah duk fikir lagi nak terima tawaran sambung belajar yang mana.. Universiti kat Shah Alam ataupun Kolej kat Melaka..

Hurm.. Lama aku dalam keadaan macam tu, akhirnya aku pilih Universiti kat Shah Alam.. So, keputusan aku dah muktamad.. Tapi perlu ke aku bagitau kat Syazlina Daina pasal ni?? Erm, entah la.. Baik aku tidur dari sesak kan kepala otak aku ni.. Mimpi dapat jumpa Syazlina Daina pun jadi la.. Hehehe

*****

Perasaan Syazlina Daina berbelah bahagi, antara cinta dan cita-cita.. Selapas tamat je STPM tahun lepas, perkara ni la yang dia terlalu harap kan, untuk terus sambung perlajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.. Tapi... Antara cinta yang tak pernah terluah dan cita-cita yang di impikan... Yang mana harus dia utama kan?? Dia sendiri pun keliru..

Syazlina Daina mengeluh kecil sambil menatap surat tawaran sambung belajar ke peringkat ijazah, yang di terimanya siang tadi.. Di dalam hati, Syazlina Daina berharap sangat yang Qairisya Fazeera akan belajar di satu universiti dengannya.. Boleh la jumpa hari-hari.. Tinggal satu rumah, satu bilik.. Hehehe

*****

9.00 pagi

Bizz.. Bizzz..

Handphone aku bergetar menandakan ada mesej baru masuk.. Aku yang bermalasan ni pun bukak la.. Nampak je nama Sayang (Syazlina Daina sebenarnya, aku saja nak save nama dia sayang.. haha) yang mesej.. Terus menegak badan aku, macam tiang bendera pun ada.. Maklum la dapat mesej dari yang tersayang la kata kan.. Hehehe..

Qai busy tak?? - Sayang

Tak busy pun.. Napa Syaz?? - Aku

Tak sampai dua minit dah masuk mesej lagi..

Syaz nak jumpa Qai jap lagi boleh?? Nanti Syaz pergi amik Qai tau.. Dalam 20 minit tau.. - Sayang

Hah? Dua puluh minit?? Kena cepat ni, mandi pun tak lagi ni.. Buat malu je.. Hisy.. Baik aku pergi mandi cepat-cepat, bukannya aku tak tau si Syazlina Daina tu.. Cakap je dua puluh minit, tapi sepuluh minit dah sampai.. Bawak kereta macam pelumba F1.. Hisy..

*****

Aku duk tunggu Syazlina Daina yang tak sampai-sampai lagi.. Maklum la, aku mandi laju sangat.. Setakat yang penting je, gosok gigi, cuci muka dan mandi.. Okay la tu.. Lima minit je pun.. Yang penting kalau ada bau something tu perfume playboy aku boleh cover kan.. Hahaha.. Tak lama lepas aku duk bercakap dengan diri sendiri, muncul la kereta Honda Civic hitam Syazlina Daina.. Kan aku daa cakap.. Dia ni cakap je dua puluh minit.. Hehe.. Aku menghampiri kereta dia dengan senyuman paling cute (cute la sangat)..

RAHSIA (GxG) [Completed]Where stories live. Discover now