SAKA

561 20 1
                                    

Halija amat bersyukur kandungan yang dibaja semakin sihat dan semakin membesar. Kandungan yang sudah genap 8 bulan lebih itu membuat hati si ibu semakin berbunga gembira . Tak sabar rasanya apabila mengenangkan anaknya yang bakal melihat dunia kurang dari beberapa hari lagi akan . Terasa baru semalam dia mendapat berita gembira dikurniakan kandungan seberat ibu jari , kini dia mearsa anaknya bergerak-gerak di dalam perutnya dan sebulan lagi dia bakal menimang cahaya mata pertamanya .

Angin sepoi-sepoi yang dingin membuai Ija yang sedang dduk bersantai di bawah pohon rendang yang memang dijadikan kawasan untuk aunty's aunty's bergosip. Suasana kampung halaman yang memang tidak terdapat di kesesakan Kota metropolitan yang sibuk dengan urusan kerja duniawi . Ija membelai perutnya perlahan . Perasaannya bercampur baur . Ija sengaja mengambil keputusan untuk tinggal di kampung etelah hari bersalinnya semakin mendekat . Ija hanya menunggu hari untuk menyambut anak sulungnya . Duduk di kampung di sisi ibu tersayang memudahkan dan mendamaikan dirinya yang berbadan dua .

Suami Ija akan datang seminggu sebelum hari yang telah ditetapkan . Kekangan kerja yang bertimbun menyebabkan halim melepaskan isterinya di rumah mentuanya . Hatinya yang berdebar menantikan anak sulung yang bakal tiba merisaukan dirinya . Perasaan yang tidak enak menerpa dirinya semasa dia menghantar isterinya ke rumah mentuanya .Halim merasakan sesuatu yang lain semasa tiba di rumah itu tetapi dia cuba membuang jauh perasaan tidak enak itu mungkin hanya perasaan biasa yang dirasai kerana ingin menimang cahaya mata sulung mereka .

Tiba waktu malam, setelah menunaikan solat berjemaah , Ija melipat telekung dan dia menuju ke biliknya untuk menyimpan telekung yang dipakai nya . Beberapa minit berlalu, Ija dudk termenung di tepi tingkap biliknya yang menghadap ke arah rumah jirannya yang sunyi sepi. Beberapa hari dia di situ dia masih belum pernah bertemu dengan jiran sebelah rumahnya itu . Beberapa malam itu jugalah dia asyik melihat keadaan rumah yang gelap dan sunyi . Bulu romanya terasa menegak apabila dia memikirkan benda yang bukan2 . Adakah rumah itu rumah usang terbiar? Rumah berpenghuni tetapi penghuninya tidak menguruskan rumah itu? penghuninya memang suka bergelap atau mereka bekerja malam? . Ija yang terasa seram sejuk tiba2 menutup tingkapnya perlahan2 dan ingin berlalu keluar dari biliknya.

Ija mendapatkan ibu bapanya dan adik2nya yang berkumpul di ruang tamu . Malam itu perasaanya kurang enak . Dia merasakan sesuatu yang lain macam . Bulu romanya semakin menegang . Orang kata kalau bulu roma kita berdiri benda tu ada dekat2 kita atau mungkin ada petanda lain yang akan terjafi . Ija mengucap di dalam hati dan cuba berlagak tenang .Dia menghampiri ibunya dan duduk bersimpuh di sisi ibunya .

Jam menunjukkan angka 10 malam . Ija berlalu ke dalam biliknya dan ingin melelapkan matanya . Perut yang semakit memboyot menyukarkan dia bergerak dan melakukan rutinnya . Semakin dekat hari bersalin semakin sakit dia merasakan pada pinggang dan belakangnya . Baru sahaja hendak melelapkan mata dia terdengar sesuatu yang asing di sebalik tingkap rumahnya . Ija cuba untuk bangun dan ingin mengintai sedikit apa yang berlaku . Dia menjengukkeluar tingkap dan mendapati lampu rumah sebelah di sebuah bilik yang menghadap ke arah belukar terpasang . Perasaan tidak enak mula terdetik di benaknya . Ija menutup tingkap tersebut dan berlalu ke katilnya.

Perasaan Ija semakin kurang senang dan dia tidak dapat melelapkan matanya . Sedang Ija mencuba untuk lelap dia terdengar seprti sesuatu mencakar dinding biliknya . Ija lantas bangun dan berlalu keluar biliknya mendapatkan ibunya . Dia bercerita kepada ibunya dan ibunya mengatakan bahawa jiran sebelah mereka selalu bergelap dan rumah itu kelihatan sangat sunyitapi sebenarnya rumah itu memang ada orang cuma suasananya yang berlainan.

"sebenarnya rumah sebelah tu 'berpenghuni' , cuma orang nya tu tak tahu nak kawal benda tu sudah . jadi benda tu jadi bebas . " kata ibu Ija

"jadi macam mana Ija nak tidur bu . Ija takutlah . Selama ni tak ada pun Ija kena kacau . Malam ni tiba2 dia muncul pula . Macam mana ni ibu ?"

"Ija banyak berdoa . tak ada apa tu . Doa pelindung diri jangan lupa. dia tak dekat punya"

Sedang mereka bercerita ,ija terhidu bau yang sangat busuk . Ija bertanya kepada ibunya "Ibu bau apa ni? . Busuknya !!" "Ibu tak hidu apa pun . Baju Ija ni busuk . Belum mandi kali ni" seloroh ibu Ija yang hendak menghilangkan rasa kurang enak di hatinya.

mereka berpindah duduk dari satu tempat ke satu tempat tapi bau yang mereka hidu semakin dekat dan kuat . Bau tu semakin kuat . Ija merasa mual kerana kerap terhidu bau busuk yang tidak menyenangkan . Adik beradik Ija juga keluar dari bilik mereka setelah terdengar seperti cakaran yang bertalu-talu di sekeliling rumah mereka . Selama ini keluarga mereka tidak pernah dikacau malam itu tiba2 pula benda itu naik hantu.

Orang dulu2 pernah berpesan agar sentiasa membaca surah2 adan doa2 bagi melindungi diri ibu mengandung dari gangguan benda halus . Mungkin benda tu ingin mengacau Ija sebab Ija sedang mengandung . Ayah ija bergegas bangun dan mula melaungkan azan agar benda tersebut erhenti mengacau malam mereka. Pelbagai bunyi mengerika yang dapat kami dengar pada malam itu.

'grrgrggrgrgrgrgrgrgr' ' krekkkkkkkkkkkekekkrkkkekekekkkk'

Terasa seperti diperhatikan ,Ija merapatkan tubuhnya ke badan ibunya .Peluh sejuk mula merenik jatuh .Benda tersebut tidak mahu berhenti mengacau . Ayah terpaksa memanggil ustat untuk membantu memagar rumah kami . Hampr jam 12 malam kekacauan itu masih tidak berhenti . Benda itu seperti mahu kan sesuatu . Ija berdoa di dalam hati dia sangat takut kandungannya ada apa2 effect dari apa yang berlaku malam itu.

Selang beberapa minit ,Ustat yang diarahkan untuk membantu pun tiba . Dia membaca ayat2 suci ke atas garam dan menabur ke sekeliling rumah untuk dijadikan bantuan sebagai pendinding . Benda tersebut masih lagi mengacau . Malam itu memang kesemua mereka tidak dapat melelapkan mata sehingga lah jam 3 pagi barulah beransur hilang . Mata yang memberat terus saja terlena . Pada malam esoknya juga sama mereka masih di ganggu dan benda tersebut selalu mengacau Ija yang bersendirian di biliknya .

Suatu malam , Ija terbangun dan ketika itu angka jam menunjukkan 12 malam . Ija terasa ingin membuang air kecil dan berlalu ke dapur kerana tandas berada di bahagian belakang . Lantai dapur rumah keluarga Ija hanya diperbuat daripada kayu dan terdapat banyak lubang2 yang membolehkan sesiapa yang berjalan di atas nampak ada orang di bawah rumah atau tidak .

Sedang Ija berjalan , dia secaa tidak sengaja terlihat lubang tersebut . Ija hampir saja pengsan apabila diaterlihat benda yang mengerikan sedang merenungnya melalui lubang tersebut . Terasa urat sendinya kaku dan beku . Ija terduduk dan dia berundur bersandar ke dinding rumah . Ija membaca doa di dalam hati dan bergegas ke bilik ibunya . Dia mengeutkan ibunya dan meminta agar menemankannyake tandas . Semasa mereka melalui lubang itu , Ija mencuri pandang ke arah lubang tersebut dan mendapati benda tersebut sudah tiada .

Keesokannya , dia menceritakan kepada ibunya apa yang dia lihat . Benda itu merenungnya dalam posisi yang sangat mengerikan . Benda itu seolah olah ingin menerkamnya dengan muka yang mengerikan .

Cerita mengenai benda itu pun sampai ke pengetahuan mereka .Rupanya benda tu adalah saka kepada jiran rumah mereka .Jiran mereka juga pernah mengalami benda yang sama semasa anak mereka mengandung . Benda tersebut nak makan sebab itu dia mengacau Ija . Benda yang telah lama melekat dengan keluarga jirannya itu sangat susah untuk dibuang . Sebab itu lah benda itu menghuni rumah yang kelihatan sentiasa sunyi sepi itu . Rupanya ada sesuatu yang megacau ketenteraman rumah itu sehingga tuannya tidak tau nak buat apa dan takut untuk membuangnya . Benda tersebut hanya boleh dibuang oleh orang yang betul2 kuat keimanan kerana benda tersebut boleh berpindah kepada orang yang cuba membuangnya jika keimanan si pembuang tidak kuat .

Setelah kejadian gangguan yang berlaku Ija terpaksa berpindah sementara ke rumah saudara rapat mereka agar benda tersebut tidak mengacau Ija yang bakal bersalin . Ibu bpa Ija pula setiap malam membaca yassin di rumah agar benda tersebut tidak membuat onar lagi . Rupanya Ibu Ija pernah melihat benda itu merayau di bawah rumah jirannnya tapi dia tidak mempedulikan . Dia juga sering mendengar seperti orang sedang bercerita di sebalik dinding bilikny pada waktu tengah malam tapi dia mengabaikan. bena itu sudah lama ada dari pengamal nenek oyang keluarga jirannya dan rumah jirannya itu adalah kawasan keras. Rutin mereka membaca yassin diteruskan sehingga kehari hari seterusnya agar gangguan tersebut boleh dielakkan .



























#BANYAKKANBERDOADANMEMBACAALQURAN

~a.a~













MISTiKWhere stories live. Discover now