PART 21

1.1K 150 17
                                    

-Chorong berjalan berpegangan tangan dengan Taekwon masuk ke dalam kafe. Chorong hanya tersengih melihat Taekwon seronok menghisap lolipop.

Kaunter dilihat.Tiada pula kelibat Taehyung.Pastinya lelaki tu sedang galak mencari Taekwon.

Chorong hanya memerhati seorang perempuan berwajah cemas sedang melajukan langkah mendekati Taekwon.

Perempuan itu bertinggung di hadapan Taekwon lalu tubuh Taekwon dibelek-belek.

"Taekwon pergi mana?Tahu tak mama dengan appa risaukan kamu?"

Mama?Amboi,kau fikir kau tempat di mana anugerah k-idol diberi?Huh!Cemburu mula berputik di hati Chorong.Oh,inilah Kim Taegeuk si seksi tu?

"Awak siapa?Suka hati je bawa lari anak orang."Chorong buat muka tak percaya apabila dirinya dimarah oleh perempuan di hadapan Taekwon itu.

Chorong:Anak orang?Kalau awak nak tahu, dia ni anak saya.

Chorong merenung tajam perempuan itu. Mereka berbalas renungan tajam.

Taekwon:Sorry,mama.Jangan marah Taekwon,jangan marah omma.

Perempuan itu hanya mengeluh lalu mengusap lembut pipi Taekwon.

Semua terkejut apabila ada tangan lain menarik kasar tangan Taekwon.Kelihatan Taehyung dengan wajah merah padamnya.

Taehyung:Oh,rupanya noonalah yang bawa lari Taekwon?Kalau nak ajak gaduh, jangan libatkan Taekwon!
Chorong:Bila masa pula aku bawa lari? Kalau kes ni kes polis pun,aku tak salah sebab aku,omma dia!Kau yang salah,anak kau jatuh kau dekat mana?

Taekwon:Janganlah gaduh…
Taehyung:Taekwon diam!Kalau Taekwon duduk diam-diam tadi,semua ni tak akan jadi!

Lolipop di tangan Taekwon ditarik kasar lalu dibaling.Wajah Taekwon direnung tajam.

Taehyung:Menyusahkan!

Semua tersenyap melihat kelakuan Taehyung.

Taekwon mengetap bibir dengan mata yang menjernih.Taekwon mengesat air mata dan berlalu pergi.

Chorong:Omma cakap,dulu time kecil,kau suka berjalan.Salah ke dia ikut perangai kau?

Taehyung memberikan pandangan kepada Chorong.

Chorong:Kalaulah kau tengok betapa gembiranya dia sebelum kau datang...

-Taekwon menangis teresak-esak berselang-seli dengan batuk sambil tangan tak henti-henti menggosok mata.Memaksa diri agar berhenti menangis...

Rasa simpati terpalit di hati Chorong tatkala melihat teletah polos Taekwon. Chorong perlahan-lahan berjalan mendekati Taekwon.

Sebaik saja sampai di hadapan Taekwon, Chorong duduk bertinggung di hadapan Taekwon.Tangan kecil Taekwon ditarik lalu pipi Taekwon dilap lembut.Taekwon hanya diam tersedu-sedan dengan muka yang merah padam.

Chorong mengalihkan pandangan apabila terdengar derapan kaki menghampiri. Kelihatan Taehyung datang menghampiri. Chorong kembali mengalihkan pandangan ke Taekwon sambil tangan mengelus lembut pipi anaknya.

Taehyung mengambil tempat duduk di sebelah Taekwon yang tak mahu memandangnya.Tubuh Taehyung diangkat lalu didudukkan di atas ribanya.

Taehyung:Kalau pakwe makwe,cemburu tandanya sayang.Kalau bapak anak, marah tandanya sayang…

Taekwon mendongak memandang Taehyung.Taehyung tersenyum.Tangan Taekwon diangkat lalu telapak tangan kecil yang basah dengan air mata itu ditiup-tiup perlahan.

Taehyung:Appa minta maaf tau.
Taekwon:Taekwon yang patut minta maaf. Mianhe,appa.

Mereka sama-sama mengusap kepala sesama sendiri sambil tersenyum petak seraya mengungkapkan 'gwenchana'. Chorong hanya ketawa memerhati.

Taekwon:Jom kita balik.

Senyuman Taekwon membuatkan Chorong dan Taehyung berpandangan.Chorong mengalihkan pandangan memandang Taekwon diikuti Taehyung.

Chorong:Omma kena pergi…
Taekwon:Pergi mana?

Masing-masing terdiam.Kelihatan mata Taekwon mula menjernih.

Taekwon:Omma cakap omma dah sihat…

Perlahan-lahan tubuh Taekwon ditarik rapat ke tubuhnya.Tubuh Taekwon dipeluk erat lalu pandangan dialihkan ke Chorong.

Hiba rasa Chorong tatkala melihat pandangan Taehyung kepadanya. Pandangan itu,…Mengharap dia pergi...

Chorong menunduk terdiam.Chorong memandang lama Taekwon sebelum tangan mengusap lembut kepala Taekwon.

"Omma…Pergi dulu..."

Chorong mengesat air mata yang mula mengalir kemudian perlahan-lahan bangun.

Pelukan semakin dieratkan tatkala Taekwon cuba untuk melepaskan diri. Kedengaran tangisan teresak-esak Taekwon.

Chorong berlalu pergi dengan tersedu-sedan menangis.

Suasana hiba dengan tangisan.

-To be continued-

MAKIN TAK BEST.ヘ(。□°)ヘ

Butterfly[Byuntae But Idiot!Season 2]Where stories live. Discover now