PART 23

1.5K 181 53
                                    

-Kelopak mata dikerdipkan beberapa kali namun pandangan tetap gelap.Kepala ditoleh ke kiri dan kanan mencari sekurang-kurangnya setitik cahaya.

Tangan menggagau lalu perlahan-lahan tangan menyentuh mukanya sendiri.Baru saja tangan hendak menyentuh kelopak matanya,tangannya ditarik seseorang lalu digenggam.

"Siapa tu?"Tanya Taehyung sambil mencari dari mana datangnya suara itu.

"Omma..."Terasa rambutnya diraup ke belakang lalu diusap lembut.

"Omma,kenapa gelap?"

Lama soalan itu tergantung sehinggalah kedengaran esakan Puan Kim.

"Omma,kenapa ni?"

"Omma yakin,kamu akan nampak semula..."Berdebar-debar jantungnya berdegup tatkala mendengar kata-kata Puan Kim.

Tangannya perlahan-lahan ditarik dari genggaman Puan Kim.

"Tae…buta?"Bergetar suara tatkala mengungkapkan soalan itu.Sungguh dia takut hendak mendengar jawapannya.

"Omma tahu kamu kuat…"Puan Kim mula menangis teresak-esak.

"Omma…Tae tak nak buta…"Taehyung merintih.Air mata tidak mampu mengalir...

"Tae nak jaga Taekwon…Nak jaga Taegeuk…Macam mana Tae nak jaga anak-anak Tae kalau Tae buta?!"Taehyung mula hilang pertimbangan.

Taehyung mula memukul dirinya sendiri sambil meraung dengan esakan tanpa air mata.

"Taehyung,jangan macam ni!Doktor!"

Rasa tangannya disuntik sebelum tubuhnya terasa lemah.

"Tae nak tengok Taegeuk…Taekwon…"

-Chorong hanya diam memandang dari jauh Taehyung yang duduk bersila sambil menulis selambat mengeja.Sesekali Taehyung mendongak,mata terasa sakit agaknya.

Chorong menekupkan tangan ke mulut,tak mahu mengeluarkan sebarang bunyi.

Kelihatan Taehyung melipat kertas itu setelah selesai menulis lalu tangan meraba-raba permukaan tilam.Setelah tangan menyentuh bantal,kertas diletakkan di bawah bantal.

Perlahan-lahan Taehyung berbaring di atas katil.Taehyung baring menelintang dengan senyap.Beberapa saat kemudian tangan digerak-gerakkan di hadapan mata.

"Tak nampak..."

Chorong menahan esakan melihat kelakuan naif Taehyung.

Chorong menarik nafas lalu dilepaskan perlahan.Air mata dilap.

"Taehyung."Chorong memanggil nama Taehyung ceria seraya menghampiri katil lelaki itu.

"Noona ada berita baik ni."

"Apa dia?"

"Ada orang sudi dermakan mata untuk saeng..."

Chorong tersenyum dengan mata berair tatkala melihat senyuman Taehyung yang kini sudah jarang kelihatan.

"Siapa…?"

Chorong tersenyap.

"Dia tak nak saeng tahu siapa dia tapi dia nak saeng tahu yang dia sayangkan saeng…"

"Semoga di hayat akan datang,saeng pula yang akan tolong dia…"Ujar Taehyung perlahan.

-Taehyung tersenyum tatkala balutan dibuka oleh doktor.Lalu mata meliar memerhati sekeliling.

Taehyung menuruni katil lalu mendekati tingkap.Suasana luar diperhati dengan senyuman penuh kesyukuran.Baru saja dia hendak berlalu pergi,pantulan wajahnya di cermin tingkap menarik perhatiannya.

Mata itu…

"Taehyung-ah!"Kedengaran suara Puan Kim yang menangis sambil mendekati Taehyung.

"Ma…Ni mata siapa...?"Pertanyaan Taehyung membuatkan Puan Kim terhenti melangkah.

"Taehyung-ah…"

Taehyung meraup rambutnya ke belakang dengan nafas yang turun naik.Mata mula berair dan memerah.

"Tae tak nak mata ni!!!"Taehyung terduduk dan mula menangis teresak-esak.

"Pulangkan balik!!!"Taehyung menepuk-nepuk matanya sendiri dengan kuat.

"Taehyung…Jangan macam ni…"

Taehyung bangun lalu gunting di atas dulang yang berada di troli ubatan diambil.

"Taehyung,jangan!!!"

Butterfly[Byuntae But Idiot!Season 2]Where stories live. Discover now