-Aku dudukkan Taekwon dan Taegeuk di atas kerusi sebelum terkocoh-kocoh mengejar katil beroda yang bergerak.
Baru saja aku hendak mendekat,ada tangan lain yang bagaikan sotong melekat menekup mukaku.
"TAK PAYAH IKUT!"
"Wae?!"Aku tak berpuas hati.
"Tak senang aku nak beranak tengok muka kau!"
Sampai hati!Hashtag duduk hujung bilik, hisap jari!
Mukaku ditolak kasar.Aku sudah tersedu-sedu menahan sebak.Baru saja aku hendak mendekat,Chorong sudah menayang kaki kepadaku.
"Pergilah!"Sempat dia cuba nak lempang aku pakai kaki.
"Suka hatilah!"Aku menjerit geram sambil menangis teresak-esak.Sempat aku menayang penumbuk kepadanya.
"Hish,budak ni!"Dia cuba hendak bangun dari katil namun laju jururawat menghalang.
Pintu ditutup rapat.
"Huargh!!!"Aku meraung kesedihan lalu terjelopok jatuh ke lantai.
-Taegeuk yang sudah terlena di atas sofa berbantalkan peha appa aku pandang lama.
"Yang kamu ni sedih semacam kenapa? Macam pertama kali pula."Tegur omma.
"Entahlah…Masih trauma…"Bila terkenang,air mata mula bergenang.
"Perasaan kamu je tu."Appa cuba sedapkan hati aku tapi…
"Tae rasa tak sedap hatilah…"Aduku.
"Sedapkanlah dia.Taruk knorr pasti sedap ke,maggi cukup rasa ke,ajinamoto boleh masak masakan bergoreng ke."Omma berloyar buruk dan pada masa yang sama mengejekku.
Aku betul-betul rasa tak sedap hati…Aku tak suka perasaan ni!
-Air mata dilap perlahan dengan kekura(?) tangan sambil menunduk merenung tangan yang basah dengan air mata. Perlahan-lahan dibiarkan kering dengan sendirinya…
Sampai hati…Dia tak bagi aku ikut masuk sekali…Ini yang nak menangis ni!
Air mata kembali mengalir deras bagaikan air longkang mengalir deras memasuki loji kumbahan.
Dah lama aku dekat sini,menunggu tapi sampai sekarang tak ada apa-apa berita. Apakah semua ini?!
Tersangkut dek trafik ke anak aku di dalam sana?Haiya,wo bu che tao o!
Rambut diraup ke belakang lalu muka aku raup sebelum keluhan berat dilepaskan.Aku bangun lalu tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar.
Kemudian aku mula berjalan-jalan di ruangan menunggu dari hujung sana ke hujung sini berulang-ulang kali.
"Noona cepatlah sikit."Aku merungut dengan mata yang menjernih.Dengar dek Chorong noona,mahu kena lempar dengan labu sayong!
"Encik Kim Taehyung?"
Kedengaran suara seseorang memanggil kuat namaku.Aku menoleh lalu kelihatan seorang doktor berpakaian serba hijau sedang mencari-cari seseorang,cari akulah!
Aku pun dengan selaju mungkin mengalahkan burung unta berlari ke arahnya.
"Doktor,macam mana dengan anak isteri saya?"Bergetar suara aku melontarkan soalan.
"Tahniah sebab dapat baby boy yang handsome and cute."Ucapnya tanpa sebarang senyuman.
"Tapi…"Terhenti kata-kata doktor itu sampai di situ.
Perasaan tu semakin kuat dan aku tak kuat...
"Tapi…?"
"Lagi sorang belum keluar…"
Setapak demi setapak aku mengundur ke belakang.Tatkala tangan menyentuh permukaan dinding yang sejuk,aku melurut jatuh ke lantai dengan badan yang terketar- ketar.
Wajah doktor aku pandang dengan penuh rasa tidak percaya.
"M-mak-maksud doktor?"
"Encik tak tahu wife encik pregnant twin?"
Apa dia yop?!
Dari posisi duduk kini aku terbaring.
"Tapi Encik jangan risau,semua berjalan lancar.Bini Encik masih bertenaga macam baru lepas minum redbull!"
"KIM TAEHYUNG!"Terus aku terduduk tegak tatkala namaku diseru kuat.
"Andwae!!"Kedengaran suara ala-ala Suga menjerit dalam lagu Young Forever dari dalam sana.Amboi,perempuan ke tu?!
Mestilah perempuan,bini aku!
Aku bangun lalu berlari masuk ke dalam bilik tersebut.
"Noona!!!"Aku mendekati namun laju telingaku ditarik.
"Arghhh!!!"Aku menjerit sakit sambil terkulat-kulat.
"Kau bagi inferens,macam mana boleh ada dua ni?!"
Kali ni aku menjerit ala-ala dilwale,lagu janam-janam.Tiba-tiba tersedak air liur pula.
Huk!Huk!
"Pergi,aku tak nak tengok muka kau! Sembilan bulan sepuluh hari kau jangan tunjuk muka dekat aku!" Tubuhku ditolak jauh dari katil.
Aku menangis teresak-esak sambil terkedek-kedek mendekati Chorong sebelum katil aku panjat.
"Jangan naiklah!"Dia cuba menolakku namun aku masih setia bergayut di tepi katil.
"Aduh!"Dia mengaduh sakit.
"Noona!"Aku baring di sebelahnya lalu tubuhnya aku peluk.
"Tepilah!"Dalam sakit pun,sempat dia menghalau.
"Sempitlah!Nak beranak pun tak senang!" Rungutnya geram.
Tanganku sibuk hendak mengusap mukanya namun tangan dia laju menepis-nepis tanganku geram.Tak nak kalah!
Bergegar katil dek pergelutan kami.
"Argh!"Dia menjerit sakit sebelum kepala aku dipeluk kuat.
"Argh!"Kami menjerit serentak.
Semenjak dua menjak ni,Jemah selalu kena tag.^^Terima kasih and sorry sebab tak buat or tak comment,line Wifi tak laju,susah.╯﹏╰Mian.
Thanks and sorry for korang yang comment...Macam yang I cakap,line tak laju.╯ω╰
YOU ARE READING
Butterfly[Byuntae But Idiot!Season 2]
Fiksi PenggemarSedangkan dengan mak sendiri pun kita pernah ajak gaduh(ini spesis calon neraka),inikan pulak suami isteri. gitew.