Bahagian 1

43 0 0
                                    

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih, kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan kulupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Televisyen yang terpancar dan matanya saling berpandangan. Yang beza cuma dirinya yang membisu. Izzah 'Aisyah tahu hatinya benar-benar kosong. Meaningless. Ibarat dia kini berada entah di mana, sedang terkapai-kapai meminta bantuan namun dia sendiri tak tahu daripada siapa dan apa.

Dua bulan yang lalu.

"Izzah betul nak balik KL hari ni?"

Dia benar-benar membulatkan azam.

"Ayah jangan risau, Izzah okey. I'll be fine."

Lelaki berumur separuh abad itu langsung tak mampu menyembunyikan resah di hatinya.

"Kalau ada masalah, cepat-cepat telefon ayah." Dia menitipkan pesan. Anak gadisnya tersenyum tawar biarpun hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.

"Izzah pergi dulu, ayah. Assalamualaikum."

Mutakhir.

Air matanya datang tak diundang. Sungguh dia rindu.




Maju Holdings.

Para pekerja bersurai keluar dari bilik mesyuarat. Izzah kembali ke meja kerjanya, menghidupkan kembali komputer riba miliknya lantas membuka aplikasi Gmail. Sudah hampir tiga bulan peti masuk emelnya sepi tanpa emel yang dia nanti-nanti daripada seseorang. Aplikasi Google Hangouts juga sepi. Hanya mampu membelek chat history sebelum segalanya terhenti seperti ini.

arradzikamarulariff: Istiqamah, berterusan. Walaupun amalan tu sekecil-kecil perkara. Contohnya, bersedekah sehari seringgit. Suatu amalan yang berterusan, pahalanya berpanjangan.

izzahaisyahghazali: Saya selalu rasa tak mampu untuk istiqamah. Buat baik selalu tak berterusan. Kalau rasa rajin baru nak buat. Teruk kan?

arradzikamarulariff: Iman manusia kan turun naik. Ada kalanya kita rasa nak kejar semua. Ada ketikanya satu pun kita tak mahu buat. Saya pun macam tu. Masih berusaha nak istiqamah. Jadi tak ada jawapan spesifik untuk soalan awak tu.

Izzah berasa kehilangan. Entah mengapa dia berharapkan saat-saat itu akan berulang kembali.

arradzikamarulariff: Awak tahu apa asas dalam agama?

izzahaisyahghazali: Akidah?

arradzikamarulariff: Lagi?

izzahaisyahghazali: Amalan?

arradzikamarulariff: Lagi? Bagi banyak jawapan. Saya nak tahu apa yang awak faham.

izzahaisyahghazali: Err, kefahaman, keimanan, taqwa? Apa jawapan awak? Saya nak tahu.

arradzikamarulariff: Semua yang awak jawab tu betul, tak ada salah. Tapi jawapan saya ni berdasarkan apa yang saya belajar.

izzahaisyahghazali: Okey Encik Arradzi, jadi apa sebenarnya asas dalam agama?

"Izzah."

Gadis itu tersentak. Lantas kursor di komputer dihalakan ke butang X. Menghapus segala paparannya sebentar tadi.

"Andrew," balasnya usai melihat lelaki teman sekerjanya berbangsa Cina itu sedang tersengih di hadapan.

"Awak tinggal notebook awak dalam meeting room. Nah."

Warkah Cinta Sang KekasihWhere stories live. Discover now