Bahagian 4 (AKHIR)

22 0 0
                                    


Izzah melabuhkan punggung di atas katil usai menunaikan solat Maghrib. Telekungnya masih belum ditanggalkan. Dia mencapai sesuatu dari dalam beg tangannya, berupa naskah tulisan Ustaz Pahrol Muhammad Juoi yang dihadiahkan insan misteri bernama Adham Imanuddin yang Izzah sendiri tidak kenal siapa gerangannya. Dia menyelak lembaran buku tersebut sehingga menemukan sampul surat berwarna putih yang diselitnya siang tadi.

"Siapa Adham Imanuddin ni sebenarnya ya Allah?" Izzah berbisik sendirian. Isi sampul tersebut dikeluarkan. Ada enam keping potongan kad-kad kecil di dalamnya. Tiada mesej atau pesanan yang panjang. Cuma tercacat sesuatu yang membuatkan dirinya tertanya-tanya.

Kad pertama.

Baca saat awak berasa inginkan teman. Al-Baqarah ayat 257.

Kitab suci yang diletakkan di atas meja dicapainya. Lembaran al-Quran itu diselak.

Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Izzah tersenyum. "Allah itu pelindung bagi orang-orang yang beriman. Dari kegelapan pada cahaya."

Kad kedua.

Baca saat awak berasa tidak dihargai. Al-Insaan ayat 22.

(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".

Kad ketiga.

Baca saat awak menginginkan hati yang tenteram. Ar-Ra'd ayat 28.

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

"Subhanallah." Hanya itu yang terbit dari bibir.

Kad keempat.

Baca saat awak sedang mencari kedamaian hati. Al-Maaidah ayat 16.

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

"Izzah, Izzah. Tuhan dah lama kirimkan surat cintanya untuk kau fahami. Lihat buktinya. Melalui wahyu berserta rahmat dan kasih sayangnya inilah Dia tunjukkan jalan keselamatan dan kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya. Malah Tuhan akan menunjukkannya jalan yang lurus. Subhanallah."

Kad kelima.

Bacalah saat awak rasa berdosa dan bersalah terhadap sesuatu. Az-Zumar ayat 53.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kad keenam.

Baca saat awak sedang bersedih. Al-Baqarah ayat 25.

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

Warkah Cinta Sang KekasihWhere stories live. Discover now