"Aduh! Sakitlah, hyung!" Tao mengadu sakit sambil mengurut lembut kepalanya. Baekhyun hanya tersenyum mengejek. Hatinya puas kerana dapat 'cari pasal' dengan Tao.
"Padan dengan muka! Sakit ya? Kesian..." ucap Baekhyun tanpa rasa kasihan. Kemudian dia berlalu pergi menuju ke arah Chanyeol dan Kris yang sedang khusyuk bermain game. Mulut Tao sudah muncung sedepa tanda tidak puas hati.
"Biarkan dia, Tao! Kau sabar jelah dengan dia tu. Macam kau tak kenal perangai Baekhyun tu, kuat menyakat orang!" pujuk Suho selamba. Ketika itu, dia sedang menonton sebuah drama yang amat popular iaitu The Inheritors bersama dengan Kai, Tao dan Sehun.
Sebenarnya, selain daripada Suho, Tao, Baekhyun, Kris, Chanyeol, Kai dan Sehun... mereka juga bersahabat baik dengan D.O, Lay, Luhan, Xiumin dan Chen. Mereka, 12 orang sudahpun menamatkan pelajaran dan kini mereka bersama-sama menguruskan sebuah cafe mereka yang diberi nama EXO'S CAFE. Selain daripada bersahabat baik, mereka juga mempunyai impian yang sama iaitu untuk menjadi penyanyi, penari, rapper dan pencipta lagu yang hebat dan berbakat.
Namun begitu, mereka tidak mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat mereka atas sebab-sebab tertentu tetapi mereka menunjukkan bakat terpendam mereka dengan melakukan persembahan di cafe. Suho, selaku leader EXO telah membuat dan menyusun jadual untuk bergilir-gilir melakukan persembahan di hadapan pelanggan mereka. Setakat ini, reaksi pelanggan tentang persembahan EXO sangat baik malah layanan EXO terhadap pelanggan sangat mesra.
Selain daripada berbakat dalam bidang nyanyian, menari, rap dan mencipta lagu, mereka juga memiliki rupa paras yang handsome dan comel. Tidak dinafikan, mereka mempunyai peminat perempuan yang ramai dan EXO'S CAFE sentiasa penuh dengan pelanggan perempuan. Walaupun privasi mereka sedikit terganggu, namun mereka hanya mampu menerima situasi ini dengan sabar dan mereka menganggap ini semua adalah rezeki mereka untuk terus dikenali.
"Kami sudah pulang!" pekik Chen dengan high vocalnya setelah membuka pintu. Kelihatan D.O, Lay, Luhan dan Xiumin membuntuti langkah Chen masuk ke dalam rumah setelah berjam-jam lamanya mereka membeli belah untuk membeli barang-barang keperluan.
"Kenapa lama sangat, hyung?" soal Kai namun matanya tidak lepas daripada menonton drama popular itu.
"Traffic jam lah! Tu yang lama sangat tu. Anyway, korang dah makan belum? Kalau belum, aku nak masak ni. Korang nak makan apa?" soal D.O lagak seperti seorang ibu. D.O meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi di atas meja makan berdekatan dengan ruang tamu.
"Chicken!!!" jawab 11 suara dengan serentak termasuklah Kris, Chanyeol dan Baekhyun yang dari tadi khusyuk bermain game tanpa melihat situasi yang telah berlaku di sekelilingnya. D.O hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan perlahan.
'Semalam chicken, harini pun chicken lagi. Rasa macam bela hantu raya, asyik mintak ayam je!' bebel D.O lalu dia melangkah masuk ke ruang dapur dan bersedia untuk memasak.
- To Be Continued -

ANDA SEDANG MEMBACA
[ C ] [ MALAY SHORT STORY ] WE ARE ONE
FanfictionPernah tak readers (terutama sekali EXO-L) terfikir... camne eh EXO dibentuk? Camne eh kehidupan EXO sebelum diorang jadi idol boy group yang famous? Dan apa yang membuatkan CEO syarikat rakaman yang terkenal di Korea, iaitu SM Entertaiment terpikat...