EXO'S NAUGHTY BOY

519 49 2
                                    

Tepat jam 12:30 malam, Lay dan D.O berjalan kaki pulang ke rumah setelah penat mengemas cafe mereka. Ahli-ahli yang lain mungkin sudah berada di rumah dan mungkin sudah melelapkan mata.

Tut...tut...tut... (bunyi phone berdering xD)

Lay memandang pelik ke arah D.O. Hatinya tertanya sendirian. Siapakah yang menelefon D.O pada lewat malam begini?

"Lay hyung pergilah masuk dulu. Aku nak jawab panggilan ni dulu." pinta D.O

"Siapa yang call?" tanya Lay untuk merungkaikan kemusykilannya.

"Hyung aku. Dia ni memang suka tidur lambat." jawab D.O.

"Hurmm kalau camtu hyung masuk dulu ya?" kata Lay.

Dengan langkah yang longlai gara-gara penat mengemas cafe, dia melangkah masuk ke dalam rumah dan membiarkan D.O menjawab panggilan hyung kandungnya. Keadaan dalam rumah itu sangat gelap, mungkin EXO sudahpun memasuki alam mimpi.

Lay sengaja membiarkan keadaan rumah yang gelap tanpa membuka lampu kerana tidak mahu mengejutkan membernya yang sedang nyenyak tidur. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya di tingkat 2, tiba-tiba Lay menjerit kuat kerana terkejut lalu rebah pengsan.

D.O yang sedang berbual dengan hyung kandungnya melalui telefon, terkejut kerana terdengar jeritan Lay. Dia terpaksa mematikan panggilan dan berlari masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan Lay.

Ahli-ahli yang lain masing-masing sudah terjaga gara-gara terkejut mendengar jeritan Lay. Seperti D.O, member yang lain semua bergegas ke bilik Lay untuk melihat apa yang telah berlaku. Orang pertama yang sampai ke bilik Lay adalah D.O. D.O membuka suis lampu dan kemudian dia ternampak...

"Apa yang dah jadi? Kenapa Lay hyung pengsan? Kenapa Lay hyung menjerit tadi?" soal D.O bertubi-tubi gara-gara terlalu cemas.

Member-member yang lain sudahpun tiba di bilik Lay. Kelihatan Baekhyun dan Chen seperti serba salah dan panik untuk menjawab soalan D.O.

"Jawablah! Kenapa Lay hyung pengsan?" tanya Chanyeol. Dia sudah hilang sabar melihat Baekhyun dan Chen yang hanya berdiam diri tanpa mahu menjawab soalan D.O tadi.

"Err..." lidah Baekhyun dan Chen menjadi kelu tiba-tiba.

Dan pada masa yang sama, Xiumin ternampak sesuatu yang aneh di bawah katil milik Lay. Kemudian, dia membongkokkan (ntah betul ke tak ejaannya xD) sedikit badannya untuk mengambil sesuatu yang dilihatnya tadi di bawah katil Lay. Suho yang perasan akan perilaku Xiumin yang aneh itu, segera bertanya.

"Apa yang hyung nak ambik tu?" tanya Suho, pelik. Member yang lain turut memandang ke arah Xiumin. Baekhyun dan Chen sudah tergamam melihat sesuatu yang sudahpun selamat berada dalam genggaman Xiumin.

"Ini korang punya ke? Sebab ni ke Lay pengsan?" soal Xiumin serius.

Di tangannya terdapat kain putih beserta tompokan merah pada kain putih tersebut. Kini fahamlah EXO yang sebenarnya Lay menjerit kerana terkejut melihat Baekhyun dan Chen memakai kostum hantu dengan tompokan darah pada kostum tersebut.

"Err... kitorang bukannya sengaja, Xiumin hyung. Lagipun ni semua idea Baek. Aku cuma follow je." jelas Chen, cuba untuk membela diri.

"Banyaklah aku punya idea! Bukan ni idea kau ke? Nak salahkan aku pulak!" jerkah Baekhyun kuat apabila Chen seolah-olah cuba untuk menyalahkan dirinya.

"Sudahlah! Tak kisahlah siapa yang buat. Sendiri buat, sendiri tanggung! Macam mana Lay hyung tak pengsan kalau korang yang buat Lay hyung terkejut?! See? Siapa yang nak bertanggungjawab ni?! Nasib baik Lay hyung takde penyakit jantung tau?!" marah Kai.

"Yang kau ni apahal pulak?! Kau siapa nak tengking2 kitorang hah?!" bentak Baekhyun, bengang.

"Enough! Tak payah nak bergaduh! Benda dah jadi pun." Kris segera menghalang Kai dan Baekhyun daripada bertengkar.

"Macamni jelah! Malam ni biar aku yang jaga Lay. Korang semua boleh sambung tidur balik." Xiumin menawarkan dirinya untuk menjaga Lay.

"It's okay? Tak membebankan kau ke?" tanya Luhan prihatin.

"Beban apanya? Dia kan adik aku jugak. Takpelah, aku okay je." jelas Xiumin dengan ikhlas.

"Ermmm aku temankan kau ya hyung?" Suho menawarkan diri untuk menemani Xiumin menjaga Lay. Maka, member-member yang lain sudah menapak ke bilik tidur masing-masing untuk menyambung lena.

Keesokkan paginya...

"Hyung... aku mintak maaf ya? Aku tak sengaja nak buat hyung terkejut sampai pengsan... Sorry ya?" ucap Chen sambil menundukkan kepalanya. Dia malu dengan sikapnya yang agak melampau itu.

"Aku pun sama, hyung. Maafkan aku ya?" Baekhyun turut melafazkan kata maaf yang ikhlas dari hati. Lay hanya memeluk kedua-dua dongsaengnya dengan pelukan mesra. Kemudian, pelukan dileraikan.

"Aku tak kisah pun. Rilekslah! Aku dah biasalah dengan perangai nakal korang berdua ni. Kalau korang tak nakal and gila-gila, tentu group kita group yang paling boring dalam dunia kan? Dah lah... lupakan je pasal semalam. Rileks okay?" ucap Lay untuk mententeramkan perasaan serba salah yang ada dalam hati Baekhyun dan Chen.

"Tapi sebelum ni nakal biasa je hyung. Semalam je nakal yang luar biasa. Mana boleh rileks! Kitorang betul-betul mintak maaf, hyung..." Baekhyun masih lagi dengan kata-kata maafnya dan Chen pulak masih lagi menundukkan kepalanya tanda rasa bersalah. Lay masih lagi tersenyum manis.

"Sudahlah tu! Tak payah mintak maaf lagi. Macam yang aku cakap tadi, rileks je okay?" balas Lay. Secara ikhlasnya, Lay sendiri sudah terbiasa dengan perangai member-membernya yang agak nakal itu. Jadi, dia tidak kisah asalkan member-membernya sentiasa bersama dengannya.

"Erm... aku pun nak mintak maaf dekat kau sebab aku tengking kat kau semalam. Sorry ya?" kini Baekhyun meminta maaf kepada Kai. Kai menghela nafas.

"Hurmmm... aku pun sama hyung. Sorry jugak..." ucap Kai dengan ikhlas. Kemudian dia tersenyum lalu memeluk tubuh Baekhyun mesra sambil menepuk-nepuk bahu Baekhyun. Member-member yang lain sudahpun tersenyum melihat situasi tersebut.

Walau sebesar mana pun kesalahan orang, tak salah kalau kita memaafkannya dengan ikhlas dan ini boleh mengelakkan dendam. Malah sikap memaafkan kesalahan orang adalah sifat terpuji yang wajar dicontohi.

- To Be Continued -

[ C ] [ MALAY SHORT STORY ] WE ARE ONEWhere stories live. Discover now