EXO, WE ARE ONE! [ LAST : PELANGGAN MISTERI ]

471 38 1
                                    

Seperti biasa, setiap hari Isnin hingga hari Jumaat adalah waktu EXO'S CAFE beroperasi. Dan seperti biasa, cafe mereka sentiasa dipenuhi dengan pelanggan dan peminat yang mahu menikmati hidangan yang disediakan di cafe itu.

"Chanyeol! Jangan asyik nak main game je! Ada pelanggan dekat sana, pergi layan. Now!" pekik Suho dalam keriuhan pelanggan dan suara nyanyian Chen, Baekhyun, D.O dan Luhan yang mendendangkan lagu hasil ciptaan mereka. Dengan pantas, Chanyeol segera mengambil pesanan daripada pelanggan yang dikatakan oleh Suho sebentar tadi.

"Ahjusshi! Annyeong ^^ Selamat Datang ke EXO'S CAFE. Ahjusshi nak pesan apa?" soal Chanyeol ramah. Tidak dilupakan, 'happy smile' miliknya yang sudah terhias di wajah kacaknya. Ahjusshi itu membalas senyuman Chanyeol.

"Nak kopi Americano" jawab ahjusshi itu.

Setelah mencatat pesanan ahjusshi itu, Chanyeol segera meminta diri untuk ke dapur. Saat Chanyeol berlalu ke dapur, dia berselisih dengan Suho yang mahu mengambil pesanan pelanggan lelaki yang baru masuk sebentar tadi. Pelanggan lelaki itu sempat menikmati persembahan EXO vocal line yang hebat itu.

"Annyeong ^^ Selamat Datang ke EXO'S CAFE. Encik nak pesan apa?" tanya Suho dengan ramah.

"Ermm... mereka berempat itu kumpulan mana? Awak upah mereka untuk buat persembahan di cafe ni ke?" soal lelaki itu, merujuk kepada Baekhyun, Chen, Luhan dan D.O yang sedang melakukan persembahan. Suho yang pelik dengan pertanyaan lelaki itu hanya tersenyum sebagai tanda keramahan.

"Takdelah. Mereka berempat itu adalah sahabat saya. Cafe ini milik kami semua, seramai 12 orang. Saya selaku ketua dalam kumpulan kami iaitu EXO dan cafe ini. Kami mengusahakan cafe ini bersama-sama. Kebetulan, kami semua minat bidang muzik sejak dari kecil lagi. Macam mereka berempat lebih kepada bidang vokal, termasuklah saya. Selain itu, 3 orang sahabat saya minat rapp dan 4 orang sahabat saya lebih minat ke arah dance. Dan 2 orang daripada 12 orang kini sedang belajar untuk mengubah dan mengarang lagu." terang Suho panjang lebar.

Kelihatan lelaki itu masih lagi tersenyum lalu dia menganggukkan kepalanya sedikit seolah-olah sedang mengikuti rentak nyanyian EXO vocal line itu. Suho masih lagi dengan perasaan peliknya. Tanpa ditahan perasaan peliknya itu, akhirnya Suho bertanya...

"Boleh saya tau kenapa encik tanya pasal kami?" soal Suho, curiga. Lelaki itu masih lagi bereaksi tersenyum manis.

"Boleh saya buat permintaan? Anggaplah permintaan saya ini permintaan seorang pelanggan setia cafe awak" pinta lelaki itu, seperti mengharap. Suho masih lagi menantikan ayat seterusnya yang bakal keluar daripada mulut lelaki itu atau ayat lebih tepat, menantikan apakah permintaan lelaki misteri itu.

"Boleh saya melihat persembahan kamu semua? Seramai 12 orang?"

Walaupun Suho masih lagi berasa pelik namun dia cuba untuk berfikiran positif. Mungkin dia adalah peminat muzik. Yeke??

Tanpa membuang masa, Suho segera mengumpulkan ahli kumpulannya untuk mesyuarat tergempar. Suho jugak meminta Baekhyun, Chen, Luhan dan D.O untuk menghentikan persembahan mereka. EXO vocal line berasa pelik dengan arahan Suho namun masing-masing mengikut arahan ketua tanpa banyak soal.

Pelanggan-pelanggan yang lain sudah pelik melihat EXO vocal line berhenti menyanyi secara tiba-tiba. Kebanyakkan daripada mereka mula berbisik sesama sendiri.

"Kenapa ni hyung?" soal Sehun dengan aneh.

"Ada 'pelanggan misteri' ni nak kita semua buat persembahan." jawab Suho, serius.

"Pelanggan misteri?" soal yang lain, serentak. Agaknya diorang terkejut kot sebab tiba-tiba mereka ada 'pelanggan misteri' xD

"Yup! So sekarang bukan masa main-main. Jom kita buat persembahan yang paling hebat di abad ini!" Suho cuba untuk menaikkan semangat ahli kumpulannya agar mereka semua dapat memberikan kerjasama yang baik.

"Yeah! Jom! EXO, fighting!!" sorak EXO bersemangat lalu mereka semua bersiap sedia di atas pentas bagi melakukan persembahan yang paling terbaik yang pernah mereka lakukan sebelum ini.

Dalam hati Suho, dia sudah nekad yang dia ingin tunjukkan sesuatu yang luar biasa terhadap 'pelanggan misteri' itu. Walaupun dia sendiri tidak tahu tujuan sebenar 'pelanggan misteri' itu membuat permintaan sebegitu namun dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak terjangka dek akal akan berlaku.

Tidak lama kemudian, suasana cafe terus bertukar jadi riuh rendah dengan jeritan pelanggan dan peminat perempuan apabila EXO mula untuk melakukan persembahan dengan lagu hasil ciptaan mereka.

Vocal, rapp dan cheoreografi tarian mereka sangat memikat hati pelanggan dan peminat yang ada di cafe itu. Malah, lirik-lirik lagu mereka sangat indah dan bermakna. Daripada lagu pertama sehinggalah lagu terakhir, 'pelanggan misteri' itu asyik tersenyum melihat persembahan EXO di atas pentas.

Hatinya sudah membuat keputusan muktamad!

Setelah tamat persembahan EXO, Suho segera menapak ke arah 'pelanggan misteri' itu diikuti member EXO yang lain.

"Apa pendapat encik dengan persembahan kami?"

- To Be Continued -

[ C ] [ MALAY SHORT STORY ] WE ARE ONEWhere stories live. Discover now