Part 4

6.9K 247 4
                                    


Yuhana pulang kerumah petang itu bersama aura kegelapan. Alif yang menegur juga dia tidak hiraukan. Terus sahaja dia masuk ke biliknya. Alif panggil makan malam pun dia tidak keluar. Alif duduk di ruang tamu menonton televisyen namun hatinya memikirkan apa yang berlaku pada isterinya itu. Baru sahaja hubungan mereka semakin rapat, tetapi petang ini Yuhana seperti kembali pada asalnya. Dingin seperti ais.

"Ada apa-apa ke yang jadi dengan interview tadi?" Alif berkata perlahan. Ah, hatinya ingin tahu. Perlahan dia berjalan menuju ke bilik isterinya. Dia memulas, pintu itu tidak berkunci. Dia yakin isterinya sudah tidur. Yalah, sudah masuk angka 2 pagi waktu itu dan Alif sahaja yang masih belum tidur. Bilik Yuhana diterangi dengan cahaya lampu tidur dan kelihatan Yuhana sudah tidur mengiring mengadap lampu tidur. Alif berjalan ke sisi katil Yuhana. Dia menarik selimut Yuhana sampai ke bahu. Kemudian dia duduk dilantai sambil melihat wajah isterinya di bawah cahaya lampu.

"Jangan buat aku risau, please. At least say something, kay?" Alif mengeluh. Kemudian dia bangun untuk keluar dari bilik itu. Sebaik melintasi meja kerja Yuhana, matanya tertangkap satu kad yang berada diatas meja itu. Dia mengambil dan tertera nama Zarif disitu. Air muka Alif berubah.

"Apa semua ni..." Alif mengeluh berat.

***

Pagi itu terpaksa Yuhana mengekori Zarif untuk mengambil gambar di mall baru yang dibuka oleh Zarif. Sepatutnya ini kerja Luk. Tapi si Luk tu ada pula kerja yang tak siap. Yang lebih menyebalkan hatinya adalah kerana Zarif sendiri menelefon Madam Alicia dan meminta Yuhana yang menemubual dirinya secara peribadi. Katanya lebih selesa. Akhirnya Yuhana heret Vee bersamanya sebagai jurukamera. Dia mana reti nak ambil gambar.

"Baiklah, selebihnya awak buatlah apa yang patut. Saya sudah maklumkan bahawa majalah S&T akan datang. Jadi mereka semua akan menjawab apa sahaja soalan yang dikemukakan." Ucap Zarif. Vee mengangguk. Begitu juga Yuhana.

"Cik Yuhana, saya masih ada perkara yang mahu dibincangkan. Boleh kita ke sana?" Zarif menuding jari kearah sebuah café. Mahu atau tak, Yuhana mengangguk. Ini semua demi kerja, Yuhana.

"You can go first, Vee." Yuhana memberi arahan sebelum mengikut langkah Zarif. Mereka masuk ke café dan duduk di satu sudut yang agak terlindung.

"Café latte satu. Hana nak pesan apa-apa? Oh, kejap. Iced Americano. Am I right?" soal Zarif. Dia memandang Yuhana yang memasang muka tanpa riak.

"No. it's okay. Just café latte satu. Saya tak minum." Balas Yuhana kepada pelayan lelaki itu. Pelayan lelaki itu mengangguk dan pergi ke kaunter. Yuhana kembali memandang Zarif. dia cuba kawal perasaan dan emosinya. Kenapa lelaki ini masih mengingati minuman kegemarannya walaupun lepas 8 tahun mereka berpisah? Apa yang lelaki ini mahu darinya?

"Encik ada urusan apa lagi dengan saya? Rasanya saya pun dah dapat semua maklumat yang saya perlukan untuk artikel encik." Yuhana memecah sepi antara mereka. Kalau masing-masing terus membisu, buat apa berjumpa.

"Kenapa panggil saya 'encik'? Kita dah lama kenal kan?" Zarif cuba memancing wanita yang dulu penuh dengan senyuman semasa berbual dengannya. Temubual semalam pun, Yuhana layan dirinya seperti orang asing.

"Ini etika kerja. Saya kena patuhi." Balas Yuhana mendatar. Dia masih menanti apa yang Zarif ingin katakana. Di otaknya sudah merancang, jika berkaitan dengan kerja, dia tunggu. Kalau tak, dia angkat kaki.

"Oh jadi awak hanya akan bercakap perkara yang berkaitan dengan kerja?" sengaja Zarif ingin melengahkan masa. Sudah lama dia tidak berjumpa Yuhana, tak sangka Yuhana akan berubah menjadi secantik itu. Dulu Yuhana gadis yang boleh dikatakan tidak up-to-date cara pemakaiannya. Sangat simple. Dia bersama dengan Yuhana hanya kerana Yuhana terkenal dengan kepandaiannya. Tapi kini, Yuhana nampak sangat elegan. Untung siapa yang dapat Yuhana. Ah... dulu dia juga yang lepaskan peluang itu.

"Ya. Saya akan bercakap mengenai kerja. Jadi ada perkara yang saya perlu masukkan dalam artikel?" Yuhana mula mengeluarkan buku dan pen.

"Tak perlu masukkan dalam artikel tapi perkara ini perlu awak tahu. I miss you, Yuhana." Mendengar kata-kata itu daripada Zarif, lelaki yang dia pernah cintai dan lelaki yang juga buat dia jadi begini, buat Yuhana terasa mual. Kepalanya terasa pening mendengar kata-kata itu. Perasaan benci dan marahnya tiba-tiba meluap. Tapi masih cuba dikawal.

"Perkara yang bersifat peribadi tak layak untuk dimasukkan ke dalam artikel. Sebab tiada apa-apa maklumat penting, saya pergi dulu." Yuhana bangun. Rasanya itulah yang terbaik. Dia risau makin lama disini, hatinya akan goyah. Bayangan Alif bermain dimata. Dia harus ingat status dirinya kini. Walaupun masih rahsia.

"Aku dah bercerai, Hana. Dia... tinggalkan aku." Zarif memberitahu fakta yang satu.

Dulu dia putus dengan Yuhana sebab dia sudah jatuh hati pada anak rakan ayahnya yang jauh lagi cantik dari Yuhana. Mereka berkahwin dan setahun selepas itu, mereka bercerai. Tiada persefahaman katanya. Dan mulai hari itu, dia ingin mencari Yuhana, ingin kembali pada Yuhana tapi malang baginya,Yuhana yang menghilang tanpa jejak. Dan bila dia dapat tahu Yuhana bekerja di majalah S&T, majalah yang dijadualkan akan mengadakan temubual mengenai pembukaan mall miliknya, segera dia batalkan mesyuaratnya di Sabah semata-mata untuk menemui Yuhana. Namun apabila mereka berjumpa kembali, Yuhana memberi layanan dingin kepadanya. Tapi dia tidak marah kerana sedar semuanya berpunca dari dirinya sendiri.

"Dan itu tiada kaitan dengan hidup aku." Balas Yuhana tanpa nada kemudian terus dia melangkah keluar dari café itu. Bimbang hatinya cair. Dia mengeluarkan telefon dan mendail nombor Vee.

"Vee, selesai kerja, awak boleh terus balik. Urusan kita dengan syarikat YG dah habis. Kalau ada sesiapa cari saya, kata saya tak ada. Saya balik rumah. Tak sihat." Talian dimatikan. Yuhana menghidupkan enjin keretanya dan dia memecut ke rumah, mungkin di rumah dia boleh cari ketenangan.


Kembalikan Senyumannya [√]Where stories live. Discover now