"Aku terima nikahnya, Yuhana Bt Razali dengan mas kahwin sebanyak RM 22.50 tunai." Dengan sekali lafaz kini sah Mohd Alif Najmi menjadi suaminya. Kalau nak kata dia tak pernah jumpa dengan suaminya ini terasa menipulah pula. Adalah jumpa dua kali; pertama waktu Alif datang rumah untuk makan malam (atas permintaan ibunya) dan yang kedua, semasa keluarganya datang untuk majlis pertunangan. Hmm...itu sahaja pertemuan yang berlaku dan dalam kedua-dua pertemuan tu pun boleh kira berapa patah je dia bercakap dengan suaminya itu. Tapi selepas ini? Hmm..yang itu nantilah fikir. Majlis pada hari itu dibuat secara bersederhana. Tetamu yang datang ucap selamat, dia senyum aja. Sekali sekala dia memandang Alif. Alif sentiasa dengan senyuman darlie (mungkinkah dulu jadi duta?)."Dia memang suka senyum kot." Desis hati kecilnya. Hari sudah malam dan selepas makan malam, dia mengambil tempat di sebelah suaminya yang sedang mengambil angin luar di beranda. Dia ada perkara yang ingin diberitahu.
"Erm, Alif. Sorry if I disturbing you but I have to tell you something... About us." Alif pusing dan memandangnya.
"Ok. Go on." Alif membetulkan duduk.
"Erm... macam ni. Kau..ops! Sorry." Melihat kesukaran Yuhana untuk menyambung ayatnya dek memikirkan kata ganti nama diri yang sesuai untuknya, Alif menjawab:
"Guna je apa-apa yang awak selesa. Saya okay." Yuhana memandang Alif. Alamak dia guna saya-awak lah pula. Tapi aku tak reti! Ah tak kisahlah.
"Ok. Macam ni. Kau tahu kan kau kahwin dengan siapa sekarang ni? I bet my parent must has told you something, right?" kali ini, Alif duduk menghadap Yuhana. Alif mengangguk.
"Tahu! Cik Yuhana atau lebih tepat lagi Puan Yuhana,adalah seorang yang tidak percaya pada cinta? Or lebih tepat, you don't like men? Right?" Yuhana mengangguk. Dia mengangkat ibu jarinya.
" Good. As long as you know that, please don't expect anything from me. Okay?" Alif mengangguk faham. Senyum dan tetap cool. Kemudian Yuhana melangkah pergi. Alif senyum.
****
Yuhana pulang lewat malam itu. Maklumlah hampir hujung bulan. Dateline nak dekat. Sebaik meletakkan beg di sofa, muncul seorang lelaki dari dapur.
"Hana baru sampai? How's work? Is everything ok?" Yuhana blur sekejap. Siapa dia ni? Oh, Alif Najmi a.k.a suami dia. Dan baru dia ingat sudah seminggu dia berkahwin dengan Alif. Mananya nak ingat, sehari lepas akad, dia pindah ke rumah Alif. Kemudian dia sibuk dan kebanyakan masanya dihabiskan di pejabat. Nothing happen. Just that.
"Ok je. Macam biasalah bila nak dekat dateline." Balas Yuhana. Dia mengurut bahunya yang lenguh. Sebaik Alif mengambil tempat di sebelahnya, terus dia bangun.
"Aku masuk bilik dululah. Nak rest."
"Ok. Good night." Balas Alif. Yuhana masih bereaksi dingin. Terus dia masuk ke biliknya. Alif hanya mampu mengeluh. Apa yang penting sekarang ni, hanya sabar.
***
Hujung minggu selepas tarikh dateline adalah hari yang paling heaven bagi Yuhana. Yelah dia boleh rehat yang sesungguhnya dan ganti semula tidur yang tak cukup. Menjadi editor-in-chief bagi sebuah majalah membuatkan dia jarang berada di rumah dan hari-harinya sentiasa dipenuhi dengan kerja. Bukan dia tak tahu dia sudah bersuami dan suaminya ada di rumah, tapi beban kerja yang banyak menghalang. Lagipun Alif pun dah bagi izin untuk dia mengambil masa bagi menyesuaikan diri dengan status baharunya itu. Yuhana menggeliat atas katil. Hakikatnya, dia tidur di bilik kedua di apartment milik Alif. Dia duduk smbil melihat jam loceng disebelah. Jam menunjukkan angka 8.30 dan dari dalam bilik, dia sudah mendengar bunyi dari dapur. Dia tahulah bahawa suaminya itu sedang memasak sarapan. Satu fakta tentang Alif Najmi, dia masak sedap dan sentiasa menyediakan makanan untuk Yuhana; dari sarapan, makan tengah hari hinggalah makan malam. Cuma sama ada dia makan atau tak.
"Haah kan. Aku tak pernah tahu si Alif tu kerja apa. Banyak betul masa dia nak memasak hari-hari." Desis Yuhana. Dia bangun, mengikat rambut ikalnya dan melangkah ke bilik air. Dia dah mandi subuh tadi cuma mahu mencuci muka. Kemudian dia melangkah masuk ke dapur.
"Masak apa?" Soal Yuhana sekadar menegur. Dia malulah juga asyik suami dia je yang memasak. Sudahlah tu, seminggu kahwin tapi tak pernah duduk semeja makan. So at least kenalah berbaik sikit kan dengan suami. Tak kenal macam mana pun, status Alif sebagai suaminya takkan berubah. Alif yang sedang membancuh tepung terpana dan tekejut memandang Yuhana di tepinya.
Pertama sebab Yuhana tiba-tiba muncul disebelahnya dan kedua sebab Yuhana ada betul-betul depan matanya. Macam over lah pula. Tapi itu hakikat. Itulah kali pertama dia melihat Yuhana tanpa tudung. Selama hari ini, dia cuma lihat Yuhana sudah siap ke tempat kerja dan Yuhana balik dari tmpat kerja. Dan yang membuatkan dia terus kmbali membancuh tepung adalah sebab dia terasa mukanya mula kemerahan dek malu. Mahunya dia tak rasa malu kalau Yuhana yang depan matanya kini hanya bertshirt lengan pendek dan berseluar tiga suku panjangnya.
"Pak cik, I'm asking. Masak apa?" Soal Yuhana untuk kali kedua.
"Pancake." Alif balas sepatah. Dia masih tunduk. Malu wei.
"Kau malu tengok aku ke?" soal Yuhana. Matanya cuba mencari mata Alif yang sedang tunduk itu. Segera Alif angkat muka menjauh dari pandangan Yuhana.
"Mana ada." Itu jawapan Alif tapi jelas telinga Alif kemerahan. Yuhana menahan senyum.
"I don't care. Siap sarapan nanti panggil aku." Yuhana melangkah setapak kemudian dia berhenti. Menoleh kearah Alif semula.
"Oh. By the way, lunch hari ini aku masak. Nanti teman aku pergi supermarket." Kata Yuhana kemudian keluar dari dapur. Yuhana melangkah keluar sahaja dari dapur, terus Najmi menarik nafas dalam. Behave Najmi. Bisik hatinya.
YOU ARE READING
Kembalikan Senyumannya [√]
RomancePada Yuhana, kalau lelaki yang dah lama kenal boleh tinggalkan dia, apatah lagi yang baru jumpa. Dia memilih untuk hidup sendiri. Tapi sebab desakan ibubapanya yang tak pernah putus, dia terima Alif. Tapi baru nak kenal, Zarif kembali. *Dahlah Ali...