Part 9

8.6K 269 4
                                    

Yuhana menuam ais di pipi Alif yang sudah kebiruan dek tumbukan Zarif. Dia masih berfikir apa penjelasan yang dia akan beri. Buatnya Alif tak percaya macam mana? Suami mana yang mudah nak percaya penjelasan isteri lepas melihat isterinya dengan lelaki lain depan pintu rumah pula tu.

"I need explanation about things earlier."

Aduh, dia minta penjelasan lah pula. Desis Yuhana. Dia berhenti dan duduk menghadap Alif. Dia main jari. Dia nervous. Memang dia tak salah tapi apa yang dia nak cakap?

"Erm... erm... first, aku minta maaf. Itu semua salah faham. Ha! Aku boleh jelaskan. Erm... erm... dia... aku..." kat mana aku nak start explain ni. Yuhana yang tak tahu nak cerita mula dari mana.

"Tak payahlah nak terang. Aku dah tahu." Laju Yuhana memandang Alif. Sudah... Alif salah faham. Yuhana dapat rasa mukanya pucat tak berdarah. Nak nangis pun ada ni.

"A...apa yang kau tahu?" Yuhana melihat Alif yang sudah bangun dari sofa. Alif senyum. Yang ni Yuhana pelik. Tapi dia lagi takut dengan perkataan yang akan keluar dari Alif. Buatnya Alif nak ceraikan aku macam mana? Yuhana sudah membayangkan semua perkara-perkara yang buruk.

"Aku tahu yang kau dengan dia tu tak ada apa-apa dan..."

"Dan?" Yuhana masih berdebar menanti.

"Dan I know you love me. Sooo much." Alif mengenyit matanya kemudian masuk ke biliknya meninggalkan Yuhana di situ. Serta merta kata-kata yang dia ucap tanpa sempat dia berfikir tadi bermain di mindanya macam recorder.

'Apa kau dah buat ni Yuhana?! Tu pengakuan berani mati!!!' Yuhana menjerit sambil menekup mukanya pada sofa. Terasa mukanya membahang. Malu gila wei!!!

***

Dua minggu selepas itu, majlis mereka dibuat di dewan dan mendapat liputan dari media massa. Sudah tiada sebab untuk mereka rahsiakan. Sebelum lagi banyak fitnah yang melanda, baik mereka hebahkan. Mendengar tentang perkahwinan itu, yang paling terkejut mestilah Luk dan Vee. Tak habis-habis Luk dan Vee puji Alif. Tak kurang juga yang puji Yuhana. Mereka berdua melayan tetamu yang datang ucap selamat.

"Terima kasih sebab kembalikan senyuman Hana." Ucap Pn Hidayati. Saat itu, Yuhana sedang berbual bersama rakan sepejabatnya dengan penuh senyuman. Mukanya berseri-seri. Bahagia.

"Tiada masalah ibu sebab saya pun rindu nak tengok senyuman dia dulu. Nampaknya dah kembali." Mereka ketawa.

"Jadi memang betullah kamu pernah kenal dengan Yuhana?" soal En Razali. Alif menganguk dan tersenyum.

Menghala ke petang sedikit, mereka bergerak balik ke rumah ibubapa Alif. Mereka berdua kemudian duduk berehat di taman buatan di rumah banglo setingkat itu.

"Awak, kalau saya tanya ni, jangan marah. Ok?" Yuhana masih kekok sebenarnya nak bahasakan diri 'saya-awak'.

"Hmm. Apa dia?" Alif memandang Yuhana.

"Macam mana awak boleh kenal saya? Saya rasa kita tak pernah jumpa pun sebelum ni." Soal Yuhana.

"Oh. Saya kenal awak dah lama. Tapi kita kasi senang cerita, saya kenal awak tahun lepas. Waktu reporter awak, Luk datang pejabat saya. Dia yang sibuk cerita pasal boss dia yang masih single, lepas dia tahu yang umur kita sebaya tapi kita dua-dua tak kahwin lagi." Jelas Alif.

"Oh, itu kerja si Luk ni. Menjaja cerita aje kerja dia. Ni yang nak kena ni." Yuhana mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Luk. Saat talian diangkat dan Yuhana membebel pada Luk, ingatan Alif sudah melayang waktu pertama kali dia jumpa Yuhana.

'Kita jumpa dah lama. Tapi, setakat ni tak payah ceritalah lagi kot.' Alif tersenyum sendiri. Mengingati kembali detik pertama kali mereka bertemu.

Kembalikan Senyumannya [√]Where stories live. Discover now