Bunyi pintu dibuka menandakan anak dara kesayangan Pn Hidayati sudah pulang dari kerja. Bekerja di syarikat penerbitan membuatkan anaknya selalu pulang lewat lagi-lagi bila dekat dengan dateline. Sebaik saja masuk, anaknya itu terus duduk disebelahnya, melepaskan lelah. Dipandang anaknya dengan prihatin. Tahun ini anak dara sulungnya ini akan memasuki angka 3 umurnya. Ya, 30 tahun. Dan yang merisaukannya adalah anak daranya ini masih belum berkahwin. Bukan tiada yang mahu, tapi semuanya ditolak. Dia tidak kira, dia akan pastikan anaknya terima calon yang bakal dia kenalkan kali ini. Walau apa cara sekalipun!
"Kenapa ibu pandang Hana macam tu?" Yuhana perasan pandangan penuh makna ibunya itu. Kalau tak ada apa-apa, ibunya tak akan pandang mukanya yang cantik lagi flawless ni dengan gaya macam nak telan.
"Haih, Hana... lagi dua bulan umur kamu akan jadi angka 3. Jadi ibu..."
"Jadi ibu nak kenalkan calon suami baru untuk Hana?" teka Yuhana. Ya, itulah satu-satunya topik yang biasanya diutarakan bila ibunya ada peluang untuk bercakap dengannya. Pn Hidayati mengangguk dengan tekaan anaknya itu.
"Ibu, Hana bukan niat nak kecewakan ibu. Tapi... Hana ada alasan tersendiri. Maaf untuk kali ini, Hana terpaksa tolak juga. Okaylah ibu, Hana naik atas dulu. Nak mandi." Hana bangun. Dia tak mahu ibunya terus menerus mendesaknya dengan perkara yang bersangkut paut dengan perkahwinan.
"Hana sayang, perkara yang lepas tu biarlah lepas. Bukan semua lelaki macam tu. Please, untuk kali terakhir, pertimbangkanlah calon yang ini. Dia budak baik dan ibu yakin, dia mampu bahagiakan Hana." Kata-kata ibunya mematikan langkah Hana. Dia tertelan air liur. Tekaknya terasa pahit. Dia tersepit antara perasaan sendiri dan rasa bersalahnya pada orang tuanya. Dia menarik nafas dalam.
"Hmm okay. Kali ini Hana akan pertimbangkan. Tapi, kebahagiaan Hana, biar Hana yang tentukan." Kemudian Hana menyambung perjalanannya naik ke bilik. Selepas mandi, Hana duduk di depan cermin, mengeringkan rambutnya. Dia termenung jauh ke dalam cermin. Kata-kata ibunya kali ini entah kenapa, meninggalkan kesan dihatinya.
"Yang lepas tu biarlah lepas." Terngiang kembali kata-kata ibunya tadi. Hana mengeluh.
*****
8 tahun lalu
"What do you mean, Zarif? I...I mean... why so sudden? We have been together for 4 years. 4 years, Zarif! Kenapa tiba-tiba nak putus?" Yuhana meluahkan ketidak puasan hatinya setelah tiba-tiba, tanpa angin mahupun ribut Zarif minta putus dengannya. Zarif hanya memandang Yuhana kosong.
"Well, to put in simple words, my love for you had gone. So, I rasa baik putuskan sahaja. Tiada makna kita bersama kalau tiada rasa cinta." Selamba Zarif berkata umpama 4 tahun selama mereka bersama macam tiada apa-apa makna dalam diri Zarif. Yuhana terpana dengan jawapan Zarif.
"Tapi kita dah janji nak bertunang lepas graduate." Terasa ada sedikit takungan dimatanya. Reaksi Zarif saat ini membuatkan hatinya hiba. Kemana hilangnya Zarif yang selalu menceriakan harinya, Zarif yang sentiasa senyum kepadanya dan Zarif yang selalu memberi semangat kepadanya disaat dia mengalami kesukaran?
"Dan you percaya tu? Huh, stop being so pathetic Yuhana. Sorry but we're done. Tiada apa-apa lagi antara kita lepas ni." kemudian Zarif pergi meninggkalkannya sendirian di sudut cafeteria itu. Dia membuka cermin matanya dan mula menangis. Sejak hari itu, hatinya membeku untuk lelaki. Jika lelaki yang dia kenal lama pun dengan semudah itu pergi, apatah lagi yang baru dia kenal. Datang dan pergi hanya untuk tambah luka yang sedia ada.
"Huh, lelaki semua sama." Kemudian dia memejamkan matanya. Dalam fikirannya, esok di tempat kerja masih ada beberapa artikel yang perlu diedit sebelum dihantar ke bahagian percetakan untuk dicetak.
****
Hari ini, seperti biasa Pn Hidayati setia menunggu di ruang tamu menanti anak daranya itu pulang dari kerja. Kali ini dia tidak sendiri. Dia meminta suaminya untuk turut serta dalam misi memujuk anak daranya yang degil itu. En Razali sekadar menurut cadangan isterinya. Lagipun calon yang isterinya beria-ia mahu kenalkan kepada anak mereka, dia juga mengenalinya. Memang budak yang baik.
Pintu dibuka dan terpacul muka anaknya yang baru pulang dari kerja. "Hana! Meh sini duduk dekat ibu." Pn Hidayati senyum. Yuhana membalas senyuman ibunya dengan senyum tak berapa manis sebab dia tahu kemana arah perbualan mereka kali ini. Tapi, tak apalah. Dia juga memang ingin menyatakan pendiriannya.
"Erm... Yuhana, tentang cadangan ibu semalam..."
"Hana terima."
"Tapi Hana, dia ni budak baik... APA?! Hana cakap apa?" Pn Hidayati dan En Razali sama-sama memandang wajah anak daranya untuk memastikan bahawa telinga mereka tidak salah dengar.
"Ya, Hana cakap Hana terima. Tidak kisahlah siapa dia, kalau ibu dan ayah dah berkenan, untuk kali ini Hana akan terima."
"Hana jangan main-main. Bab perkahwinan tak boleh dibuat main-main. Nanti-nanti, waktu majlis akad nikah kamu buat gila tiba-tiba cakap tak nak kahwin, ha mana ayah nak letak muka?" kali ini En Razali buka mulut. Mahu taknya, melihat jawapan Yuhana yang separuh hati tu, buat dia risau.
"Ya ayah. Hana tahu. Dan Hana serius. Well, kalau kami tak bahagia, kami selesai cara baik. Tak salah,kan?" Yuhana senyum bagi meyakinkan oang tuanya. Ya, kali ini dia nekad untuk melangkah keluar dari bayangan Zarif. Dia perlu melangkah dan berubah. Pn Hidayati tersenyum dan memeluk anaknya itu. Hatinya bahagia. Dan dia juga berdoa agar pilihannya ini juga bisa membahagiakan anaknya dan kembalikan senyuman di wajah Yuhana yang telah lama hilang sejak 8 tahun lalu.
YOU ARE READING
Kembalikan Senyumannya [√]
RomansaPada Yuhana, kalau lelaki yang dah lama kenal boleh tinggalkan dia, apatah lagi yang baru jumpa. Dia memilih untuk hidup sendiri. Tapi sebab desakan ibubapanya yang tak pernah putus, dia terima Alif. Tapi baru nak kenal, Zarif kembali. *Dahlah Ali...